Monday 29 February 2016

MAJLIS TEMU MURNI IBUBAPA MURID UPSR 2016

Terima kasih kepada semua ibubapa murid tahun 6 yang sudi datang ke Majlis Temu Murni Ibubapa Murid UPSR 2016 yang berlangsung di Makmal Komputer SKKB pada 24 Feb 2016. 
Komitmen yang diberikan amat dihargai dan didoakan semoga anak-anak tuan puan @ anak didik kami beroleh kejayaan cemerlang dalam UPSR 2016.

Majlis disertakan dengan pendedahan Format Baru UPSR 2016, pemakluman murid Target, menghuraikan perancangan program sebelum menjelang UPSR dan pelbagai perkara didedahkan untuk perkongsian bersama. 

Semoga perkongsian ini memberikan pendedahan yang cukup positif kepada semua ibubapa demi kebaikan murid-murid SKKB. Kejayaan murid-murid target kami. 

Semoga terus cemerlang .





















Barisan Guru Tahun 6

En Bahaman bin Mohamed Noor
Pn Hamidah Binti Chik
Pn Mithali binti Jumiry
En Mohd Zainuddin bin Abdullah
Cik Hjh Noor Azanlina binti Abdullah
Pn Rislah binti Ramli
En Saifulizan bin Ghani
En Muhammad Zaharawadi bin Ibrahim
En Muhammad Fadzil bin Hassim
Pn Faridah binti Taha
Pn Zubaidah binti Ramli



KENALI SKKB KUALA ABANG

INDAHNYA PEMANDANGAN DI SEKITAR SEKOLAHKU

Sasaran kami adalah untuk menceriakan setiap sudut di SKKB. Pemandangan yang indah memukau akan membantu menceriakan murid untuk menimba ilmu, mengelakkan rasa bosan dan mewujudkan suasana pembelajaran yang berkesan. 

Terima kasih kepada Tuan Guru Besar yang telah bertungkus lumus dalam mencipta idea menarik, mencari kelainan setiap sudut dan membantu mencurahkan keringat terhadap setiap projek yang dirancang. juga tidak ketinggalan kepada semua guru yang terlibat secara langsung dan tidak langsung, kakitangan serta para pekerja swasta dalam membantu memberikan khidmat dan bakti yang tidak terkira nilainya.  

Terima Kasih....

 Laluan dari Blok C ke Blok B
 Blok B

 Blok A
 Sudut Linus








Pondok Pengawal keselamatan
Kelas Anugerah Bestari 
(Kelas Pemulihan)

TAHNIAH LAGI!!!!!

JOHAN BOLA BALING DAERAH DUNGUN 2016

Admin pernah memaparkan wajah-wajah Johan Bola Baling Peringkat Zon Rantau Abang pada minggu lepas, pada kali ini admin tidak akan melepaskan peluang sekali lagi untuk memasyhurkan wajah-wajah Johan Baling Baling Peringkat Daerah Dungun 2016.

Inilah yang dikatakan tuah ayam nampak di kaki, begitu juga tuah pemain-pemain bola baling ini nampak di seluruh anggota badan kerana tangan dan kaki yang begitu tangkas bergerak pantas, minda yang bijak dalam menyusun strategi permainan serta bahasa badan yang begitu bersensitiviti tinggi dalam menyerang pihak lawan hingga mampu merebahkan mereka hingga SKKB menang penuh gaya.

Tahniah untuk berkali-kali kerana telah mengharumkan nama sekolah, membanggakan ibubapa dan mampu menambah keyakinan dalam diri masing-masing. Semoga terus kekal sebagai juara di hati kami.

Kejohanan Bola Baling Peringkat Negeri Terengganu akan berlangsung di Padang SK Atas Tol, Kuala Terengganu pada 27 Feb 2016.
@ Pemilihan Bola Baling Bawah 12 Tahun Majlis Sukan Sekolah Terengganu 2016.

Semoga Berjaya!!!



Dari kiri, Mohammad Faizwan bin Mohd Nordin, Mohammad Syahmi bin Mazlan, Mohammad Aniq bin Saiful Hishah, Muhammad Zahier Irsyad bin Suhardi, Muhammad Iman Hakimi bin Mohd Fauzi dan Muhammad Taufiq bin Zulkifli.

Wednesday 24 February 2016

PERARAKAN APRESIASI KO-KURIKULUM PERINGKAT SEK. KEB. KAMPUNG BARU KUALA ABANG 2016

Syabas dan Tahniah buat semua warga SKKB atas komitmen yang tinggi terhadap sebarang aktiviti yang dijalankan di sekolah termasuk Program Perarakan Apresiasi Ko-Kurikulum yang dijalankan dengan penuh gemilang. Acara ini telah berlangsung dengan jayanya pada 23 Feb 2016 jam 2 petang atas kerjasama yang erat antara pihak pengurusan, semua guru dan semua murid. Perarakan ini bermula daripada tapak perhimpunan SKKB, keluar pintu utama sekolah menuju ke Kampung Baru Kuala Abang dan berakhir di tempat ianya bermula. 

Semangat kepimpinan dalam diri membuahkan hasil yang terbaik melebihi apa yang diharapkan. Semoga kejayaan akan terus terhasil dalam semua aktiviti yang akan dijalankan di masa akan datang.  
Perancangan yang hebat akan menyerlahkan hasil yang terhebat.