Tuesday 26 April 2016

KURSUS LITERASI ICT FASA 2

ABADIKAN DI SINI ... 






PEMBELAJARAN ABAD KE 21 (PAK21)


Konsep 4C Dalam Pembelajaran Abad 21 (PAK21)

Pembelajaran Abad 21 atau ringkasnya PAK21 merupakan pendekatan yang semakin ditekankan di Malaysia sejak kebelakangan ini. Apatah lagi dengan keperluan guru untuk bergerak seiring dengan kehendak pelajar masa kini, maka pembelajaran abad 21 wajar diberi perhatian serius bagi meningkatkan lagi kualiti pendidikan negara. Bagi mengetahui perkara yang perlu diberi perhatian dalam Pembelajaran Abad 21. 

Konsep 4C dalam Pembelajaran Abad 21 (PAK21)
Konsep 4C dalam Pembelajaran Abad 21 (PAK21)

Yang pertama CIKGU kena fahamkan apa yg dimaksudkan dgn pembelajaran PAK21. Pembelajaran Abad 21 bukanlah hanya berteraskan kepada susunatur meja serta penggunaan tools seperti traffic light, reward, parking lot sahaja, sebaliknya lebih besar daripada itu. PAK21 ini sebenarnya mestilah berasaskan kepada konsep 4C. Paling penting proses pembelajaran adalah mesti berpusatkan pelajar. 

C - Creativity
Dalam pdp cikgu mesti masukkan unsur kreatif pada aktiviti, kreatif pada bahan, kreatif pada soalan, dan paling penting mampu menjana pelajar untuk menjadi kreatif terutamanya dari segi berfikir.

C - Critical Thinking
Pdp perlu ada unsur yang menggalakkan pelajar berfikir secara kritis. Ini boleh dilakukan dengan cara teknik penyoalan yang betul. (Rujuk sini : http://www.cikguhailmi.com/2015/05/teknik-penyoalan-kbat.html) 

Penggunaan tools seperti I Think, peta minda, soalan KBAT juga mmpu menggalakkan pelajar berfikir secara kreatif


C - Collaboration
Pembelajaran pelajar berlangsung dengan cara berkolaborasi dengan rakan2 mereka yang lain. Buat aktiviti berkumpulan atau berpasangan bagi mereka bertukar2 idea dan pandangan. Banyak strategi yg boleh digunapakai seperti Gallery Walk, Think-Pair-Share dan lain-lain (Rujuk sini : http://www.cikguhailmi.com/2016/02/10-contoh-aktiviti-pembelajaran-abad-21.html)

Cikgu juga boleh cari lebih banyak contoh aktiviti yg menggalakkan pembelajaran kolaboratif dan koperatif.

C - Communication
Pelajar digalakkan untuk berkomunikasi, iaitu menggunakan apa2 bahan dan juga pendekatan bagi menyampaikan ilmu yang mereka faham daripada pembelajaran. Pembentangan, penggunaan kertas mahjong, powerpoint, gambarajah dll membolehkan pelajar untuk berkongsi pengetahuan mereka dgn rakan2 yg lain.


Semoga perkongsian ini mampu membantu cikgu untuk menjadi guru yang baik!

Teknik Penyoalan KBAT ~ CiKGUHAiLMi

Sunday 24 April 2016

MESYUARAT KOKURIKULUM KALI KE 2 / 2016

SURAT PANGGILAN MESYUARAT



SK KAMPUNG BARU KUALA ABANG
23050 DUNGUN, TERENGGANU


Kepada : Semua Guru SKKB

Tuan,

MESYUARAT KO KURIKULUM KALI KE 2/2016

Salam sejahtera. Dengan hormatnya perkara di atas adalah dirujuk.   

2.         Sehubungan dengan itu, tuan/puan dijemput ke mesyuarat tersebut. Ketetapan tarikh dan masa adalah seperti berikut:

            Tarikh              : 27 April 2016
            Hari                 : Rabu
            Masa               : 1.15 petang
            Tempat            : Bilik Mesyuarat SKKB

3.         Agenda mesyuarat adalah seperti berikut:
            3.1 Ucapan Pengerusi Majlis
            3.2 Pengesahan Minit Mesyuarat yang lalu
            3.3 Perkara berbangkit
            3.4 Laporan Aktiviti Ko-kurikulum 2016
            3.5 PAJSK
            3.6 Hal-hal lain
            3.7 Penutup

4.         Kerjasama pihak tuan/puan saya dahului dengan ucapan terima kasih.

Sekian, terima kasih.


“Memperkasakan Transformasi Pendidikan”
“BERKHIDMAT UNTUK NEGARA”     


Saya yang menurut perintah,



ROHANI DERAMAN
Setiausaha Ko Kurikulum
SK Kampung Baru Kuala Abang
23050 Dungun, Terengganu

Wednesday 20 April 2016

PAJSK - PENTAKSIRAN AKTIVITI JASMANI SUKAN DAN KOKURIKULUM

MANUAL PENGGUNA PAJSK

LOG IN PAJSK



MESYUARAT PENGURUSAN KOKURIKULUM KALI KE 2 2016 - PK KO DI PPD DUNGUN



SEKOLAH KEBANGSAAN KAMPUNG BARU KUALA ABANG
23050 DUNGUN, TERENGGANU

LAPORAN MESYUARAT PENGURUSAN KOKURIKULUM KALI KE-2
DAN
TAKLIMAT PENGISIAN ‘ON-LINE’
PENTAKSIRAN AKTIVITI JASMANI, SUKAN DAN KOKURIKULUM (PAJSK)
KEPADA GURU-GURU PENOLONG KANAN KOKURIKULUM SEKOLAH RENDAH DAERAH DUNGUN 2016

Tarikh : 20 April 2016
Masa  : 8 pagi – 12.30 tengahari
Tempat : Bilik Mesyuarat Chemerong PPD Dungun

Dasar Pelaksanaan Kokurikulum
1.     Bangun secara seimbang
2.     Minat dan bakat boleh dikembangkan.
3.     Boleh didik dan mendidik diri sendiri.
4.     Lahir murid untuk keperluan masyarakat dan Negara.
5.     Libat masyarakat dalam agenda pendidikan.

Ke mana?
1.     Pendidikan yang menyeluruh
2.     Kukuh interaksi dan integriti
3.     Kenalpasti dan perluas minat dan bakat
4.     Kukuh dan kaya dengan aktiviti P&P.
5.     Semai dan kukuhkan nilai murni.
6.     Isi masa lapang dengan kegiatan yang berfaedah.
7.     Sekolah tempat menarik dan menggembirakan.
8.     Membuka ruang kerjasama pihak luar dengan sekolah.

Punca Kuasa
 
1.     Peraturan sekolah
2.     Penubuhan Jawatankuasa bimbingan pelajar sekolah
3.     Peraturan-peraturan Pendidikan (Kurikulum Kebangsaan( 1997.


Adakah murid WAJIB sertai aktiviti Ko-Kurikulum? WAJIB..

3 Elemen Kokurikulum
1.     Kelab /Persatuan
2.     Unit Beruniform
3.     Kelab Sukan/Permainan

7 Streategi Kerajaan
1.     Pemantapan Penyertaan
2.     Pemantapan latihan guru/program kejurulatihan
3.     Pengukuhan struktur organisasi.
4.     Penyediaan norma khas peruntukan kewangan cth PIBG di sekolah
5.     Penyediaan struktur yang sesuai dan mencukupi
6.     Pengukuhan ganjaran dan hukuman serta pemberian nilai.
7.     Kerjasama dengan kementerian dan pihak luar kementerian.

Keselamatan di padang
1.     Tempat bermain yang selamat
2.     Kemudahan yang tersedia
3.  Jangan ambil risiko – ubahsuai program/aktiviti mengikut keadaan. Musim panas buat aktiviti dalam bangunan.

Program Sekolah:
1. Adakan Hari Anugerah Kokurikulum sebagai penghargaan mengikut Unit Beruniform, Kelab Sukan/Permainan dan Kelab/ Persatuan.
2.     Sedikan Sijil
3.     Hargai murid/guru yang terlibat secara aktif.

Mengapa perlu daftar ?
1.     Bergerak secara sah
2.     Diiktiraf oleh badan Induk dan KPM/sekolah.
3.     Dapat menikmati kemudahan yang disediakan.
4.     Dapat menyertai program anjuran Badan Induk.

Jika tidak berdaftar….
1.     Bergerak secara haram
2.     Tidak diiktiraf oleh badan Induk dan Sekolah
3.     Tiada pihak yang bertanggungjawab jika adan kemalangan dan sebagainya.

Antara lain aktiviti Kokurikulum di sekolah:
1.     Ceramah Motivasi
2.     Ceramah Kerjaya

Program Daerah/Negeri
1.     Sila sediakan pasukan untuk program daerah, negeri dan kebangsaan.
2.     Wajib sertai perkhemahan sekurang-kurangnya sekali sepanjang tahun.

Masalah yang dihadapi dalam kokurikulum:
1.     Aktiviti yang tidak menarik
2.     Aktiviti yang tidak selaras
3.     Rekod dan pelaporan tidak lengkap.
4.     Penyeliaan pihak sekolah

Pengurusan Peralatan Kokurikulum
1.     Buat anggaran perbelanjaan alat keperluan
2.     Ikut keperluan
3.     Tempat penyimpanan selamat
4.     Stok/inventori
5.     Peraturan penggunaan
6.     Rekod keluar masuk

Indikator Pelaksanaan Kokurikulum
1.     Tahap kemenjadian murid
2.     Tahap penyungguhan murid
3.     Peningkatan masa berkualiti di sekolah





PEMANTAUAN KOKURIKULUM DI SEKOLAH-SEKOLAH OLEH PEGAWAI PPD:
Mulai 24 April 2016

Kerja dengan selesa
Penghantaran dokumen ke PPD
1.     perlu mengikut kehendak PPD
2.     tepati masa
3.     ikut format sebenar
4.     kerjasama

Perkhemahan Peringkat Negeri - Bulan Ogos


TAKLIMAT PENGISIAN ‘ON-LINE’ PENTAKSIRAN AKTIVITI JASMANI, SUKAN DAN KOKURIKULUM
(PAJSK)

Data Murid dalam Aplikasi Pangkalan Data Murid (APDM) mesti tepat dan sahih.
Untuk PAJSK-SPS-APDM

Laman PAJSK

Penting:
A.SEGAK dan BMI
B.PAJSK
1.     Kelab Persatuan - 110 markah
2.     Sukan Permainan -110 markah
3.     Unit beruniform – 110 markah
C. Ekstra Kokurikulum ( sukarela, aktiviti luar sekolah, negeri dan kebangsan)

SEGAK
1.     Mac dan Ogos
2.     Tahap 2 sahaja (tahun 4,5 dan 6)
3.     Dilaksanakan oleh guru yang mengajar PJ
4.     Di isi dalam online oleh guru Kelas.

SIJIL yang dikeluarkan oleh guru pada akhir tahun.
1.     PAJSK
2.     SEGAK











Monday 18 April 2016

TREMS







Sistem Pemantauan Pendidikan Negeri Terengganu atau Terengganu Education Monitoring System (TrEMS), merekod semua pemantauan berpusat secara atas talian yang dibangunkan berdasarkan kepada Sistem Pengurusan Kualiti MS ISO 9001:2008 dan Standard Kualiti Pendidikan Malaysia (SKPM) 2010 bagi memantapkan proses pemantauan. 

TrEMS dapat membantu pihak pengurusan mengurus dengan lebih efektif di mana ianya dapat memaparkan maklumat pemantauan dengan lebih pantas dan berkesan, memastikan semua guru yang mengajar dicerap oleh pengurusan sekolah, mengelakkan pertindihan sekolah dan pemantauan berulang. Di samping menjimatkan masa dalam proses carian rekod, ia juga dapat menjana laporan-laporan berkaitan pemantauan dengan lebih bersistematik.


Pentaksiran Berasaskan Sekolah 
Daripada Wikipedia, ensiklopedia bebas.

Pentaksiran Berasaskan Sekolah atau singkatannya PBS ialah satu pentaksiran yang bersifat holistik iaitu menilai aspek kognitif, afektif dan psikomotor selaras dengan Falsafah Pendidikan Kebangsaan dan kurikulum kebangsaan Malaysia. Pentaksiran ini merupakan sesuatu yang agak baharu dalam pendidikan di Malaysia, yang selaras dengan pelaksanaan Pelan Pembangunan Pendidikan Malaysia (PPPM). Ia memainkan peranan penting bagi tujuan melahirkan murid-murid yang seimbang dalam pelbagai aspek.

Pentaksiran adalah komponen penting dalam pendidikan kerana ia memberi maklumat mengenai perkembangan murid kepada guru, ibubapa dan murid itu sendiri. Hasil pentaksiran boleh membantu guru menilai kaedah pengajaran dan aktiviti yang dilaksanakan dalam proses pengajaran dan pembelajaran.

Kementerian prihatin terhadap dakwaan bahawa sistem pendidikan Negara terlalu berpaksikan peperiksaan. Justeru, Mesyuarat Jemaah Menteri bertarikh 17 Disember 2010 telah bersetuju supaya Pentaksiran Berasaskan Sekolah (PBS) dilaksanakan sebagai sebahagian daripada Program Transformasi Pendidikan.

PBS merupakan satu usaha untuk membangunkan modal insan secara holistik melalui penekanan terhadap penguasaan ilmu pengetahuan, modal intelektual, pembudayaan sikap progresif dan pengamalan nilai, etika serta moral yang tinggi seperti tercatat di dalam Pelan Induk Pembangunan Pendidikan (PIPP), Pelan Integriti Nasional (PIN) dan seperti yang dihasratkan dalam Misi Nasional.

PBS mula dilaksanakan di Sekolah Rendah pada tahun 2011 dan diperkenalkan di peringkat Sekolah Menengah pada tahun 2012. Justeru pada tahun 2016 murid-murid sekolah rendah akan menduduki UPSR yang telah ditambahbaik. Pada tahun 2014 pula PMR akan dilaksanakan sepenuhnya dalam bentuk PBS.


Komponen Pentaksiran 

Komponen PBS terdiri daripada dua kategori iaitu akademik dan bukan akademik. Kategori akademik terdiri daripada Pentaksiran Sekolah (PS) dan Pentaksiran Pusat (PP), manakala kategori bukan akademik terdiri daripada Pentaksiran Psikometrik (PPsi) dan Pentaksiran Aktiviti Jasmani, Sukan dan Kokurikulum (PAJSK). Kedua-dua kategori ini memberi pengiktirafan dan autonomi kepada guru untuk melaksanakan pentaksiran formatif dan sumatif yang berasaskan sekolah.




Thursday 14 April 2016

RAIKAN KEMENANGAN

 Kejayaan diraikan sempena jasa dan keringat yang dicurahkan bagi mengharum nama sekolah sepanjang tahun 2016. Terima kasih kepada semua murid yang terlibat dalam semua acara termasuk sukan, permainan dan Ko Akademik yang telah mendapat kemenangan tersendiri.

Semua acara yang dipertandingkan telah berjaya membuka peluang murid bagi menonjolkan bakat terpendam selain dapat menambahkan keyakinan dalam diri. 

Antara acara tersebut adalah: 
Bola Baling
Bola Jaring
Sepak Takraw
Bola Tampar
Olahraga
Tilawah Al-Quran
Action Song YDSM
Merentas Desa

Syabas dan tahniah kepada semua murid yang terlibat.

Tidak ketinggalan kepada semua guru, semangatmu menjulang Juara walau dalam apa jua acara, aktiviti, pertandingan, perlawanan dan program telah membuka peluang kepada kejayaan.. Terima kasih semua guru, kalian semua adalah terbaik.
Sehati Sejiwa  
Sepakat membawa berkat.