Saturday 10 November 2018

KELAB BOLA TAMPAR

PERATURAN DAN PERLEMBAGAAN

PERLEMBAGAAN KELAB BOLA TAMPAR

1.     NAMA RASMI DAN ALAMAT
1.1   Nama rasmi kelab ialah Kelab Bola Tampar SK KG BARU KUALA ABANG, DUNGUN TERENGGANU.

2.     MATLAMAT
2.1  Melahirkan para pelajar yang mengetahui teknik dan undang-undang permainan bola tampar.
2.2  Mencungkil bakat pelajar dan ahli yang berkebolehan dalam permainan ini.
2.3  Mengembangkan bakat sedia ada dan melahirkan pemain yang berkebolehan untuk mewakili sekolah dalam setiap perlawanan bola tampar.

3.     KEAHLIAN
3.1  Terbuka kepada semua pelajar lelaki dan perempuan yang belajar di SKKB.
3.2  Untuk menjadi ahli, seorang pelajar perlu mendaftar dengan Guru Penasihat dan membayar yuran keahlian.

4.     YURAN KEAHLIAN
4.1  Yuran keahlian adalah sebanyak RM2.00 setahun.

5.     TAMAT KEAHLIAN
5.1  Ahli yang kerap tidak hadir dan tidak menunjukkan minat dalam sebarang aktiviti yang dianjurkan oleh kelab ini.
5.2  Ahli yang tidak membayar yuran keahlian tanpa sebab yang munasabah dalam tempoh 3 bulan.
5.3  Ahli yang melakukan tindakan yang boleh mencemarkan nama baik kelab.

6.     HAK AHLI
6.1  Menyertai apa jua perjumpaan/anjuran kelab bola tampar.
6.2  Ahli yang sah berhak mengundi dan di undi untuk mana-mana jawatan dalam kelab.

7.     MESYUARAT AGUNG TAHUNAN
7.1  Mesti diadakan satu kali setiap tahun.
7.2  Korum yang sah adalah dua pertiga dari jumlah ahli yang sah.
7.3  Semua AJK lama akan meletak jawatan dan AJK baru akan dilantik.
7.4  Proses pemilihan adalah melalui undian dan persetujuan bersama.

8.     PERLEMBAGAAN
8.1  Segala urusan berkaitan dengan kelab perlulah berdasarkan perlembagaan ini.
8.2  Pindaan pada perlembagaan hanya boleh dilakukan dengan persetujuan dua pertiga dari ahli yang sah.

9.     GURU PENASIHAT SERTA KUASANYA
9.1  Guru Penasihat terdiri daripada guru SKKB.
9.2  Guru Penasihat perlu memberi nasihat dalam merancang dan perlaksanaan sesuatu aktiviti.
9.3  Guru Penasihat sentiasa bersama dengan ahli semasa aktiviti.
9.4  Guru Penasihat mempunyai kuasa mutlak dalam semua hal berkaitan dengan kelab termasuk meminda perlembagaan setelah mendapat persetujuan daripada Penolong Kanan Kokurikulum.

10.   AHLI JAWATANKUASA
10.1        Ahli jawatankuasa dilantik semasa mesyuarat Agung.
10.2        Pemilihan ahli jawatankuasa dilakukan secara undian.
10.3        Ahli jawatankuasa kelab hendaklah terdiri daripada :
10.3.1    Pengerusi
10.3.2    Naib Pengerusi
10.3.3    Setiausaha
10.3.4    Bendahari
10.3.5    AJK Kecil seramai 2 orang
10.4        Bilangan ahli jawatankuasa bergantung kepada keperluan kelab.

11.  SENARAI TUGAS /TANGGUNGJAWAB AHLI JAWATANKUASA

11.1        Pengerusi
11.1.1   Mempengerusikan semua mesyuarat dan bertanggungjawab terhadap kesempurnaan mesyuarat.
11.1.2   Meneliti catatan minit mesyuarat dan memastikan segala keputusan diputuskan diambil tindakan sewajarnya.
11.1.3   Menjalankan tugas-tugas lain yang diarahkan oleh Guru Penasihat dari semasa ke semasa.

11.2        Naib Pengerusi
11.2.1   Membantu pengerusi dalam menjalankan tugas dan tanggungjawab yang diberi.
11.2.2   Mempengerusikan mesyuarat semasa ketiadaan pengerusi.
11.2.3   Menjalankan tugas lain yang diarahkan oleh Guru Penasihat.

11.3        Setiausaha
11.3.1   Menguruskan hal-hal mesyuarat.
11.3.2   Mencatat dan menandatangani minit mesyuarat/laporan kegiatan.
11.3.3   Mencatat kehadiran ahli.
11.3.4   Menyimpan dokumen yang berkaitan dengan persatuan.

11.4        Bendahari
11.4.1   Bertanggungjawab menguruskan kewangan kelab.
11.4.2   Membuat dan menyimpan kira-kira berkenaan semua perkara kewangan dan bertanggungjawab tentang kesahihannya.
11.4.3   Melaporkan kedudukan kewangan sekiranya diminta di dalam mesyuarat ahli jawatankuasa.

12.  KEHADIRAN /PENYERTAAN
12.1        Ahli kelab hendaklah menghadiri semua aktiviti yang dijalankan oleh kelab  
      sepanjang tahun.

13.  AKTIVITI
13.1        Aktiviti kelab dijalankan seperti yang dirancang dalam mesyuarat        agung atau    
      mesyuarat ahli jawatankuasa.
13.2       Sebarang pindaan aktiviti akan dilakukan oleh Guru Penasihat dan 
      dimaklumkan kepada semua ahli kelab.

14.  PEMBUBARAN KELAB
14.1         diberi kuasa untuk membubarkan kelab jika didapati melanggar 
      perlembagaan dan Falsafah Pendidikan Negara.

15.  HAL-HAL LAIN
15.1        Setiap ahli perlu mengetahui tanggungjawab sendiri terhadap aktiviti yang  
      dijalankan.
15.2        Ahli-ahli hendaklah sentiasa peka dan mengikut aktiviti dengan penuh minat.