Sunday, 16 July 2017

PROGRAM MENTOR MENTEE TAHUN 6 SKKB

PENDAHULUAN

Untuk mencapai kecemerlangan, sesuatu usaha yang jitu haruslah dilakukan.
Sejajar dengan misi dan visi sekolah yang menitikberatkan pencapaian cemerlang murid-murid dari segi kurikulum, kokurikulum dan perkembangan sahsiah. Bagi mencapai tujuan ini, semua pihak perlu menggembling tenaga bagi menjayakannya.  Perubahan dan kemajuan dalam bidang pendidikan yang pesat dan sentiasa berubah mengikut peredaran masa menuntut kita warga pendidik agar sentiasa bersedia menghadapi apa jua rintangan. Sehubungan dengan itu, salah satu program ke arah kecemerlangan yang boleh membantu ialah Program MentorMentee.


MATLAMAT

1.   Membantu pihak sekolah melahirkan pelajar-pelajar yang berilmu, berakhlak
      mulia, berkembang secara seimbang dari segi jasmani, emosi, rohani dan
      intelek serta memenuhi keperluan negara menjadi sebuah negara maju
      menjelang tahun 2020.

2.   Menjadikan Sekolah Kebangsaan Kampung Baru Kuala Abang sebagai sekolah contoh di
      daerah Dungun yang cemerlang dalam Ujian Pencapaian Sekolah Rendah .



OBJEKTIF

1.   Membantu dan membimbing murid-murid (mentee ) mengesan potensi dan
      menanam keyakinan diri untuk mencapai kejayaan yang cemerlang dalam
      UPSR 2017.

2.   Memantau perkembangan pelajaran Mentee dari semasa ke semasa agar  
      mencapai sasaran yang ditetapkan oleh Ketua Panitia ataupun sekurang-
      kurangnya berada pada tahap lulus.

3.   Mewujudkan perhubungan mesra di antara murid-murid dan guru-guru SKKB
      dan seterusnya guru-guru boleh membantu menyelesaikan masalah  mereka
      khususnya yang berkaitan dengan pelajaran.

4.   Melahirkan murid-murid SKKB yang mempunyai sahsiah yang terpuji.

5.   Muwujudkan sikap hormat dan sayang murid-murid terhadap rakan mereka,
      guru-guru dan sekolah.