Saturday, 9 January 2021

MUAT TURUN KOLEKSI RPT 2021

Muat Turun Koleksi RPT 2021

RPT 2021 Bahasa Melayu Tahun 1 – 6

RPT 2021 Bahasa Inggeris Tahun 1 – 6

RPT 2021 Sains Tahun 1 – 6

RPT 2021 Matematik Tahun 1 – 6

RPT 2021 Pendidikan Islam Tahun 1 – 6

RPT 2021 Pendidikan Moral Tahun 1 – 6

RPT 2021 Pendidikan Muzik Tahun 1 – 6

RPT 2021 Pendidikan Seni Visual Tahun 1 – 6

RPT 2021 Pendidikan Jasmani Tahun 1 – 6

RPT 2021 Pendidikan Kesihatan Tahun 1 – 6

RPT 2021 Bahasa Arab Tahun 1 – 6

  • RPT Bahasa Arab Tahun 1 2021
  • RPT Bahasa Arab Tahun 2 2021
  • RPT Bahasa Arab Tahun 3 2021
  • RPT Bahasa Arab Tahun 4 2021
  • RPT Bahasa Arab Tahun 5 2021
  • RPT Bahasa Arab Tahun 6 2021

RPT 2021 Sejarah Tahun 4 – 6

RPT 2021 Reka Bentuk & Teknologi Tahun 4 – 6

RPT 2021 Teknologi Maklumat& Komunikasi Tahun 4 – 6

Koleksi ini akan saya kemaskini sekiranya terdapat guru-guru yang ingin berkongsi bahan untuk kegunaan bersama. Bahan ini juga akan dikeditkan kepada blog, fanpage atau channel perkongsian cikgu!


Penutup

Semoga dengan perkongsian Koleksi RPT 2021 Lengkap Semua Subjek ini sedikit sebanyak dapat memberikan manfaat kepada rakan-rakan guru yang masih setia ke blog ini. Terima kasih atas sokongan semua.

https://www.cikguayu.my/koleksi-rpt-2021-lengkap-semua-subjek/

Friday, 8 January 2021

GOOGLE CLASSROOM

 https://drive.google.com/file/d/1J-PiD9cT-TEZmxbyVvbpOXg36GM9cOYL/view?usp=sharing

PANDUAN LANGKAH DEMI LANGKAH GOOGLE CLASSROOM

 

PANDUAN LANGKAH DEMI LANGKAH GOOGLE CLASSROOM (2019) BERSERTA VIDEO

Google Classroom menjadi semakin mudah dengan adanya beberapa fitur istimewa yang bersesuaian dengan keperluan pembelajaran abad ke 21. Pelantar pembelajaran ini juga memangkin komunikasi berkesan antara guru dan murid kerana mengutamakan pengajaran dan pembelajaran terbeza serta pembelajaran berbalik. Apakah kelebihan-kelebihan itu?


A: Daftar Kelas
1. Taip classroom.google.com
2. Log masuk dengan akaun gmail anda.
3. Klik pada simbol +. Pilih Create class.
4. Namakan kelas anda. Boleh nyatakan dengan spesifik nama seksyen, bilik jika perlu.
5. Pilih create dan tunggu sebentar sehingga kelas anda didaftarkan.


B: UBAHSUAI KELAS
1. Lihat kelas anda.
2. Ubahsuai tema mengikut pilihan yang ada.
3. Pastikan kod kelas ada tertera.



C: DAFTAR MURID
1. Murid layari classroom.google.com.
2. Murid klik pada Join Class.
3. Murid masukkan kod kelas. Guru paparkan kod kelas kepada murid.
4. Guru menyemak nama murid di bahagian tab 'People'.
5. Guru juga boleh mendaftarkan murid dengan butang 'Add Students' dengan memasukkan alamat email murid.


D: MEMBERI TUGASAN
1. Klik pada bahagian 'tab' 'Classwork'.
2. Pilih 'Assignment'.
3. Namakan tugasan, taipkan arahan, masukkan sebarang pautan atau bahan tambahan. Kemudian pilih kepada siapa tugasan ini diberikan. Setkan tempoh masa dan tarikh akhir.
4. Klik 'Assign'.
5. Lihat tugasan.
6. Lihat kalendar dan senarai tugasan murid dalam folder Google Drive.


E: MEMBERI TUGASAN DENGAN SATU TEMPLATE SERAGAM
1. Klik pada 'tab' 'Classwork'.
2. Klik pada 'Create' dan pilih 'Assignment'.
3. Taipkan nama tugasan, maklumat lanjut.
4. Buka 'tab' baru pada pelayar internet anda.
5. Taipkan docs.google.com. Pastikan anda log masuk dengan akaun gmail yang sama.
6. Buat dokumen baru beserta soalan.
7. Kembali kepada 'pop up' tugasan itu tadi.
8. Tetapkan untuk 'Make a copy for each student'.
9. Klik 'Assign'.


F: PENANDAAN
Menanda menerusi laman web
1. Buka tugasan.
2. Lihat senarai 'Assigned' (Sudah diberikan), 'Turned In' (Sudah menghantar) dan 'Graded' (Sudah ditanda dan diberi markah).
3. Pilih seorang murid, klik dan lihat kertas jawapannnya.
4. Guru berikan komen dan markah.
5. 'Return' (Pulangkan).
6. Tatal ke bawah untuk skrip jawapan murid yang lain pula. Berikan markah dan komen jika perlu.
7. Kembali kepada muka asal tugasan, semak bilangan dan kumpulan 'Assigned', 'Turned In' dan 'Graded'.

Menanda menerusi aplikasi telefon pintar / tablet
1. Buka tugasan.
2. Lihat senarai 'Assigned' (Sudah diberikan), 'Turned In' (Sudah menghantar) dan 'Graded' (Sudah ditanda dan diberi markah).
3. Pilih seorang murid, klik dan lihat kertas jawapannnya.
4. 'Tap' (sentuh) pada ikon pen.
5. Mula menanda dengan pen stylus atau jari.
6. Sentuh pada 'Save'.
7. Berikan markah dan tinggalkan komen.
8. Sentuh pada 'Return'.
Tugasan yang sudah ditanda dikembalikan kepada murid dalam bentuk .pdf dan bertajuk Edited.


G: REKOD MURID
1. Klik pada 'tab' 'People'.
2. Pilih mana-mana murid.
3. Lihat rekod tugasan yang pernah diberikan kepada murid.
4. Gunakan filter untuk memudahkan rekod tugasan murid.


H: BAHAN RUJUKAN
1. Klik pada 'tab' 'Classwork'.
2. Klik pada butang 'Create'.
3. Pilih 'Material'.
4. Berikan tajuk, maklumat dan kemudian klik 'Post'.


I: PENTAKSIRAN/PENTAKSIRAN BILIK DARJAH
1. Klik pada 'tab' 'Grades'.
2. Tatal ke bawah. Lihat rekod markah murid secara melintang.


J: PENGAJARAN BERSAMA (CO-TEACHING)
1. Klik pada 'tab' 'People'.
2. Pada bahagian 'Teachers', klik pada ikon orang.
3. Masukkan email guru tambahan. Guru tambahan tersebut akan menerima email jemputan.


K: GUNA SEMULA HANTARAN (REUSE POST)
1. Pada 'tab' 'Stream', cari ikon 'recycle'.
2. Klik dan pilih mana-mana hantaran (post) walaupun daripada kelas berlainan.
3. Klik 'Post'.


L: PEMBELAJARAN TERBEZA
1.Klik pada 'tab' 'Classwork'.
2. Klik pada butang 'Create'. Pilih 'Assignment'.
3. Taipkan tajuk dan deskripsi tugasan. Pilih murid yang difikirkan akan menerima tugasan ini atas dasar tahap keupayaan pembelajaran terbeza.
4. Klik 'Post'.


M: DIARI GURU
1. Klik pada palang menu (Menu Bar).
2. Klik pada bahagian 'Teaching', 'To-Do'.
3. Lihat Bahagian 'To-review' (untuk ditanda) dan 'Reviewed' (sudah ditanda sepenuhnya).


N: DIARI MURID
1. Klik pada palang menu (Menu Bar).
2. Klik pada bahagian 'Enrolled' dan 'To-Do'.
3. Lihat Bahagian 'To-do' dan 'Done'.


O: PEMILIHAN MURID (ANDROID & CHROMEBOOK SAHAJA)
1. Lancarkan aplikasi Google Classroom dalam telefon pintar, tablet atau chromebook anda.
2. Pilih kelas yang berkenaan.
3. Klik bahagian 'tab' 'People'.
4. Cari ikon 'Students Selector'. Sentuh (tap).
5. Klik butang 'Next'.
6. Klik pada butang-butang yang berkaitan.


Sumber: http://mudahmengajar.blogspot.com/2019/07/panduan-langkah-demi-langkah-google.html

PENGENALAN GOOGLE CLASSROOM

 PENGENALAN GOOGLE CLASSROOM (GC)

Google Classroom ialah perkhidmatan web percuma yang dibangunkan oleh Google untuk sekolah-sekolah yang bertujuan untuk mempermudahkan membuat, mengedarkan dan mengukur tugasan dalam cara tanpa kertas. Tujuan utama Google Classroom adalah untuk menyelaraskan proses perkongsian fail antara guru dan pelajar.[1]


Google Classroom menggabungkan Google Drive untuk penciptaan dan pengedaran tugasan, Dokumen Google, Helaian dan Slaid untuk penulisan, Gmail untuk komunikasi, dan Google Calendar untuk penjadualan. Pelajar boleh dijemput untuk menyertai kelas melalui kod persendirian, atau secara automatik diimport dari domain sekolah. Setiap kelas membuat folder berasingan dalam Drive pengguna masing-masing, di mana pelajar boleh menghantar kerja untuk dinilai oleh guru. 


Telefon mudah alih, tersedia untuk peranti iOS dan Android, biarkan pengguna mengambil gambar dan melampirkan pada tugasan, berkongsi fail dari aplikasi lain, dan mengakses maklumat di luar talian. Guru boleh memantau kemajuan untuk setiap pelajar, dan selepas dinilai, guru boleh kembali kerja, bersama-sama dengan komen.