Saturday, 20 February 2016

PONDOK NILAM BERWAJAH BARU

KERJASAMA YANG ERAT
MEMBENTUK 
KEKITAAN YANG HEBAT 

Berkat kerjasama sesama Jawatankuasa Nilam, telah berjaya menghasilkan wajah baru kepada Pondok Bacaan Nilam yang dulunya agak kusam, kini lebih ceria dan segar. Ternyata daya kreativiti yang ditonjolkan oleh guru Jawatankuasa Nilam amat mantap dan kreatif. Syabas diucapkan. 

Semoga ianya lebih bermanfaat dan digunakan sebaik mungkin bagi sebarang aktiviti Nilam. 
Bersama mencipta Kegemilangan SKKB untuk tahun 2016.  






Thursday, 18 February 2016

UNIT KOKURIKULUM

PROGRAM KEPIMPINAN UNIT BERUNIFORM SKKB  2016

Unit yang terlibat :
1. Pengakap
2. Puteri Islam
3. Tunas Puteri
4. TKRS - Tunas Kadet Remaja Sekolah

         Program ini telah berjaya membentuk kerjasama sesama unit di samping menambahkan pengalaman, ilmu pengetahuan dan keyakinan diri. Rasional kursus ini adalah untuk melatih dan membekalkan ilmu pengetahuan kepada pemimpin-pemimpin unit Kokurikulum di kalangan murid-murid SKKB yang masih belum cukup berpengalaman.

        Manakala matlamatnya adalah untuk melatih murid-murid membentuk jati diri sebagai pemimpin yang berkarisma dalam setiap unit beruniform dan membentuk pemimpin di kalangan mereka bagi merancang, mengelola dan melaksana setiap program kokurikulum.
            Pemimpin-pemimpin didedahkan kepada tugas dan tanggungjawab jawatankuasa setiap unit kokurikulum, cara pengurusan fail dan dokumentasi kokurikulum serta konsep kertas kerja dan surat menyurat.









PROGRAM MINGGUAN LINUS


PROGRAM LINUS BAHASA INGGERIS 
SETIAP RABU 
PADA 7.20 -7.40 PAGI

DI PONDOK NILAM SKKB 









JUARA TAKKAN GENTAR

Terima Kasih NESTLE kerana sentiasa bersama Juara walau di mana sahaja. Minuman kegemaran juara iaitu MILO bersama COCO CRUNCH sentiasa mendapat perhatian. Murid-murid SKKB sentiasa melangkah jauh ke hadapan sebagai juara setelah mendapat tenaga daripada MILO seiring slogan MILO "Tenaga Untuk Melangkah Jauh"..
Bersama mencipta kegemilangan 2016.
JUARA TAKKAN GENTAR. 








TARIKH : 16 FEB 2016
TEMPAT : DATARAN PERHIMPUNAN SKKB 


KEJOHANAN BOLA BALING ZON RANTAU ABANG 2016


Kejohanan Bola Baling Zon Rantau Abang Kategori Lelaki dan Perempuan bawah 12 tahun telah berlangsung di Sekolah Kebangsaan Tanjung Pati, Dungun pada 16 Feb hingga 17 Feb 2016. Pasukan Lelaki dari Sekolah Kebangsaan Kampung Baru telah muncul sebagai Johan dan melayakkan pasukan menyertai Kejohanan yang sama ke Peringkat Daerah Dungun. Ianya akan berlangsung pada 22 Feb hingga 23 Feb 2016 . Tahniah diucapkan kepada semua pemain, jurulatih, pengurus pasukan dan guru-guru yang terlibat secara langsung dan tidak langsung. 

        Kami mendoakan kejayaan kepada Pasukan Bola Baling SKKB. Berani bertarung hingga ke peringkat akhir, tidak mudah menyerah dan semangat juang yang tinggi sebagai pendorong kejayaan. Terima Kasih atas segala keringat para pemain. Pulanglah dengan kejayaan...... 











Wednesday, 3 February 2016

PELANTIKAN SEBAGAI PENYELIA KANAN HEM PPD DUNGUN

Assalamualaikum  dan Salam sejahtera

Tahniah diucapkan kepada GPK HEM SKKB Kuala Abang ( Cg Sabudin bin Mahmud ) kerana dilantik menjadi Penyelia Kanan HEM PPD Dungun berkuatkuasa 1 Februari 2016.

Syabas dari pihak sekolah..






Monday, 1 February 2016

MAJLIS WATIKAH PELANTIKAN PEMIMPIN KECIL SKKB KUALA ABANG 2016

Majlis Watikah Pelantikan Pengawas Sekolah, Pengawas Pusat Sumber, Ketua Kelas Dan Penolong Ketua Kelas 2016

Tarikh : 1 Februari 2016
Hari  : Isnin
Masa : 9.00 pagi
Tempat : Makmal Komputer SKKB
Perasmi : Tn Hj Haramayni bin Shamsudin
                ( Pengetua SMK Balai Besar Dungun / Pengerusi Majlis Pengetua Sekolah Menengah                         Daerah Dungun