Monday, 29 February 2016

TAHNIAH LAGI!!!!!

JOHAN BOLA BALING DAERAH DUNGUN 2016

Admin pernah memaparkan wajah-wajah Johan Bola Baling Peringkat Zon Rantau Abang pada minggu lepas, pada kali ini admin tidak akan melepaskan peluang sekali lagi untuk memasyhurkan wajah-wajah Johan Baling Baling Peringkat Daerah Dungun 2016.

Inilah yang dikatakan tuah ayam nampak di kaki, begitu juga tuah pemain-pemain bola baling ini nampak di seluruh anggota badan kerana tangan dan kaki yang begitu tangkas bergerak pantas, minda yang bijak dalam menyusun strategi permainan serta bahasa badan yang begitu bersensitiviti tinggi dalam menyerang pihak lawan hingga mampu merebahkan mereka hingga SKKB menang penuh gaya.

Tahniah untuk berkali-kali kerana telah mengharumkan nama sekolah, membanggakan ibubapa dan mampu menambah keyakinan dalam diri masing-masing. Semoga terus kekal sebagai juara di hati kami.

Kejohanan Bola Baling Peringkat Negeri Terengganu akan berlangsung di Padang SK Atas Tol, Kuala Terengganu pada 27 Feb 2016.
@ Pemilihan Bola Baling Bawah 12 Tahun Majlis Sukan Sekolah Terengganu 2016.

Semoga Berjaya!!!



Dari kiri, Mohammad Faizwan bin Mohd Nordin, Mohammad Syahmi bin Mazlan, Mohammad Aniq bin Saiful Hishah, Muhammad Zahier Irsyad bin Suhardi, Muhammad Iman Hakimi bin Mohd Fauzi dan Muhammad Taufiq bin Zulkifli.

Wednesday, 24 February 2016

PERARAKAN APRESIASI KO-KURIKULUM PERINGKAT SEK. KEB. KAMPUNG BARU KUALA ABANG 2016

Syabas dan Tahniah buat semua warga SKKB atas komitmen yang tinggi terhadap sebarang aktiviti yang dijalankan di sekolah termasuk Program Perarakan Apresiasi Ko-Kurikulum yang dijalankan dengan penuh gemilang. Acara ini telah berlangsung dengan jayanya pada 23 Feb 2016 jam 2 petang atas kerjasama yang erat antara pihak pengurusan, semua guru dan semua murid. Perarakan ini bermula daripada tapak perhimpunan SKKB, keluar pintu utama sekolah menuju ke Kampung Baru Kuala Abang dan berakhir di tempat ianya bermula. 

Semangat kepimpinan dalam diri membuahkan hasil yang terbaik melebihi apa yang diharapkan. Semoga kejayaan akan terus terhasil dalam semua aktiviti yang akan dijalankan di masa akan datang.  
Perancangan yang hebat akan menyerlahkan hasil yang terhebat. 






























Monday, 22 February 2016

SELAMAT DATANG KE KELAS ABAD KE-21

KREATIVITI HIASAN BILIK DARJAH

Sebagai seorang guru kelas, sememangnya mahukan bilik darjahnya ceria dan kemas. Bagaimanapun, tidak semua guru kelas kreatif untuk menghias bilik darjahnya. Satu persoalan yang menjadi tanda-tanyanya, perlukah bilik darjah yang comel, ceria, kemas, bersih dan tersusun?

Ya! Bilik darjah yang ceria, kemas dan bersih sangat penting untuk proses pembelajaran yang sempurna.

Pengurusan bilik darjah yang kondusif dengan mengambil kira susunan, kebersihan, hiasan dan suasana bilik darjah itu adalah penting supaya dapat menyuntik semangat untuk murid belajar. Kebanyakkan bilik darjah sentiasa dalam keadaan bersih, kemas, tersusun, ceria dan cantik. Guru kelas haruslah memainkan peranan penting dalam mewujudkan semua suasana ini supaya ianya berkekalan.  Hiasan di pintu masuk berperanan dalam mencetuskan emosi dan suasana tarikan kepada murid. Jadi, guru kelas dengan bijak telah memulakan keceriaan bermula daripada pintu masuk kelas dengan hiasan yang bersesuaian seperti di dalam gambar..


Ciri ke 5 yang terdapat dalam 10 ciri Pembelajaran Kelas Abad ke-21 ialah Persekitaran Yang Kondusif telah ditonjolkan dalam Kelas Abad ke 21 di Sekolah Kebangsaan Kampung Baru Kuala Abang. Jelas di sini bahawa murid-murid di sekolah ini tidak ketinggalan dalam menempuhi pengalaman pembelajaran Abad ke-21 dengan jayanya. Malah lebih bernasib baik kerana mempunyai segala keperluan yang mencukupi di sekolah termasuk dapat menggunakan komputer @ Chrome book secara individu.  

Persekitaran yang memukau

Sudut Bacaan 

Keselesaan

Sebahagian murid Kelas Abad ke-21 

Kewibawaan terserlah, Keyakinan menyerlah 

Ketenangan dan Kedamaian

Luas Mata Yang Memandang

Keceriaan dan Keunggulan

..............................
KELAS ABAD KE-21 Edisi 1
5 BESTARI
GURU KELAS : PN RAHANI BINTI HASHIM
.............................

Sunday, 21 February 2016

PROGRAM NILAM FEB 2016

PROMOSI NILAM 
21.FEB.2016
1M 1B - 1 MURID 1 BUKU

Jawatankuasa Nilam SKKB telah melancarkan 1Murid 1Buku yang dipromosikan oleh En. Bahaman bin Mohamed Nor. Promosi ini bertujuan membuka minat membaca di kalangan murid-murid dan menggalakkan murid membaca 1buku setiap hari.

Murid digalakkan supaya membaca buku samada yang dipinjam daripada perpustakaan sekolah, dipinjam daripada mana-mana perpustakaan, membeli atau membawa buku sendiri daripada koleksi peribadi masing-masing.

Jika murid membeli buku daripada mana-mana kedai buku, mereka boleh bertukar-tukar buku sesama rakan sekelas untuk menambahkan bacaan masing-masing. Setiap buku yang dibaca boleh direkodkan di dalam buku NILAM. Guru Kelas akan mengumpulnya setiap akhir bulan untuk analisa jumlah bacaan bulanan. 

Ganjaran kepada murid yang banyak membaca akan di umumkan pada setiap bulan dan akhir tahun mengikut kategori yang ditetapkan.

FAEDAH MEMBACA:

1.Pelbagai ilmu pengetahuan dapat diperoleh dengan mengamalkan tabiat membaca
2.Meningkatkan daya fikir seseorang
3.Menambahkan kemahiran atau kepakaran dalam sesuatu bidang yang diceburi
4.Mengisi masa lapang dengan cara yang berfaedah
5.Memperoleh kepuasan dan keseronokan
6.Menenangkan fikiran dan mengurangkan bebanan
7.Menyebarkan ilmu pengetahuan yang diperoleh kepada orang lain
8.Mengelakkan diri daripada melakukan perkara-perkara negatif yang tidak mendatangkan manfaat kepada diri

Marilah kita membaca buku setiap hari!!!....









Jawatankuasa Kerja Pusat Sumber Sekolah 

PROGRAM NILAM

Penasihat
Tn. Hj Hanaffee bin Ibrahim

Pengerusi
Pn Mazurani binti Mat Jusoh

Setiausaha
Pn Rislah Binti Ramli

AJK
En. Bahaman bin Mohamed Nor
( Hebahan/Promosi Nilam)
En Mohd Nor bin Embong
 ( Pungutan Data Bulanan Tahap 11)
Pn Maizura bt Othman 
( Pungutan Data Bulanan Data i-Nilam)
Pn Nor Aznee bt Mohd Zainun 
Pungutan Data Bulanan Tahap 1)

SEKOLAH CERIA.. MURID SELESA.. GURU GEMBIRA..

PROJEK KECERIAAN PERSEKITARAN SEKOLAH

Pengenalan
Sekolah yang ceria dan bersih memberikan keselesaan dan mengambarkan kecintaan serta kerjasama yang tinggi dikalangan warga sekolah. Keceriaan dan kebersihan kawasan sekolah adalah penting bagi meningkat mutu pendidikan kerana mempunyai iklim sekolah yang ceria, tenang dan selesa ke arah tercapainya Visi dan Misi sekolah.

Rasional 
Suasana dan persekitaran sekolah yang bersih, ceria, tenteram amat perlu bagi meningkatkan keselesaan pelajar bagi melahirkan insan yang seimbang dari segi emosi, rohani dan intelek.  

Matlamat 
Bagi mewujudkan sebuah sekolah yang mempunyai persekitaran yang bersih, ceria,  cantik  dan mempunyai kemudahan yang mencukupi untuk pelajar  iaitu selaras visi sekolah bagi mencapai kegemilangan akademik, kokurikulum dan sahsiah warganya yang berteraskan ilmu, iman dan amal.

Objektif
  • Mewujudkan kawasan sekolah yang lebih ceria dan harmonis. 
  • Meningkatkan  kesedaran tentang pentingnya pelbagai kemudahan di kawasan sekolah. 
  • Memupukkan sikap bertanggung jawab terhadap sekolah. 
  • Mewujudkan kerjasama di antara warga sekolah. 
  • Menjadikan kawasan sekolah selesa dan mendorongkan pembelajaran dikalangan pelajar.

TAMAN REFLEKSOLOGI 


 PONDOK NILAM



 TAPAK PERHIMPUNAN


ENGLISH HUT





TAMAN STRAWBERI


 INFO BERTEMA