Sunday, 10 April 2016

KELAS 2 ARIF 2016

Guru Kelas : Puan Zubaidah binti Ramli






Kelas yang ceria, murid yang baik dan guru yang menarik sangat memainkan peranan untuk menambahkan keceriaan semasa pengajaran dan pembelajaran.


PENGAJARAN DAN PEMBELAJARAN ABAD KE 21

Kebanyakkan ibu bapa, guru dan pelajar sudah mula mengenali perubahan pengajaran dan pembelajaran iaitu pembelajaran abad ke-21. Oleh itu, Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM) telah melancarkan inisiatif pembelajaran abad ke-21 secara rintis pada tahun 2014 dan meluaskan pelaksanaan keseluruh negara mulai tahun 2015. 

Rupa dan bentuk pendidikan yang sesuai dengan generasi abad ke-21 telah banyak diperkatakan dan banyak bahan-bahan penulisan yang mengulas mengenai pendidikan yang mampu memenuhi harapan dan keperluan pendidikan masa kini dan masa depan.

Rata-rata pakar pendidikan bersetuju bahawa kaedah pengajaran dan pembelajaran perlu berubah sesuai dengan perkembangan teknologi cyber dan akses kepada internet yang semakin maju.

Kaedah pengajaran konvensional seperti "chalk and talk" semata-mata kurang berhasil menarik minat murid sebaliknya memerlukan kaedah yang lebih dinamik dan kreatif dengan kandungan pengajaran yang relevan sesuai dengan perkembangan semasa.

Semua pihak yang terlibat secara langsung dengan dunia pendidikan perlu menyedari bahawa tiada ruang untuk tidak ikut sama melaksanakan trnsformasi pendidikan.

Malah perubahan dalam pendidikan perlu sentiasa seirin perkembangan zaman atau selangkah kehadapan.

Guru-guru perlu bersedia menerima perubahan dan dapat pula mengurus perubahan dengan cekap dan berkesan agar pengajaran dan pembelajaran menjadi lebih segar dan memenuhi keperluan murid.

 Justeru itu, saya akan kongsikan maklumat beberapa model susun atur kelas abad ke-21 sejajar dengan usaha Kementerian Pendidikan Malaysia dalam melaksanakan trnasformasi pendidikan melalui Pelan Pembangunan Pendidikan Malaysia (PPPM) 2013-2025.

Pelaksanaan pengajaran berdasarkan Kurikulum Standard Sekolah Rendah (KSSR) dan Kurikulum Standard Sekolah Menengah (KSSM) :

  • merupakan penanda aras keberkesanan pendidikan abad ke-21 seperti dihasratkan oleh KPM mulai tahun 2014.
KEMAHIRAN-KEMAHIRAN YANG PERLU DIKUASAI DALAM PDP ABAD KE-21:


CIRI-CIRI PEMBELAJARAN ABAD KE-21:


ELEMEN-ELEMEN YANG TERKANDUNG DALAM KEMAHIRAN ABAD KE-21:



Namun, dalam perlaksanaan pembelajaran abad ke-21 ini terdapat cabaran-cabaran yang perlu di hadapi oleh guru dan pemimpin sekolah. Antaranya ialah :
  • Untuk menyediakan pembelajaran yang menjurus ke arah Kemahiran Berfikir Aras Tinggi (KBAT).
  • Mengurus bilik darjah dan ruang pembelajaran yang lebih dinamik.
  • Bagaimana guru-guru menggunakan pelbagai sumber sokongan teknologi serta maklumat bagi melaksanakan PdP yang efektif dan berkualiti serta relevan dengan perkembangan semasa.
Oleh itu, guru secara berterusan perlu mengemaskini pengetahuan (kandungan kurikulum) dan kompetensi (pedagogi PdP) supaya kekal relevan dengan keperluan semasa dan akan datang.


PEMBELAJARAN ABAD KE-21:


CIRI-CIRI MURID YANG DIHARAPKAN HASIL PEMBELAJARAN ABAD KE-21:














Sekolah Kebangsaan Kampung Baru Kuala Abang telah melaksanakan Penyebaran Pengajaran dan Pembelajaran Abad ke 21 secara perbentangan mengikut tajuk-tajuk yang dipilih. Ianya dilaksakan setiap minggu ditapak perhimpunan mengikut keperluan. Namun, pada 5 April 2016 telah diadakan secara rasmi di dalam bilik mesyuarat yang dihadiri oleh semua guru.

 Pembentang yang dipilih adalah :
1. Pn Rahani binti Hashim
2. Puan Zalina binti Ismail
3. PN Wan Nur Fateehah binti Wan Mohd Nasir
4. Pn Azlina binti Sikholandai
5. Cik Hajjah Noor Azanlina binti Abdullah  


SELAMAT DATANG PK KOKURIKULUM

Tahniah dan Selamat Datang ke Sekolah Kebangsaan Kampung Baru Kuala Abang diucapkan kepada Encik Suhaimi bin Mat Hassan.

Guru-guru dan murid-murid amat mengalu-alukan kedatangan Encik Suhaimi dan bersedia untuk bekerjasama dalam membangunkan SKKB dalam semua bidang.

Selamat menjalankan tugas dengan baik di sekolah baharu. Semoga dapat mengekalkan kecemerlangan dalam bidang kokurikulum dan berjaya mencipta kejayaan demi kejayaan murid dalam bidang pelbagai aktiviti. 






TAHNIAH PUAN MARIAM BINTI DERIS - DARIPADA PK KO-KURIKULUM KE PK HAL EHWAL MURID

Tahniah diucapkan kepada Puan Mariam binti Deris atas pelantikan sebagai PK Hal Ehwal Murid (HEM) mulai 01 April 2016.

Pelantikan ini bagi menggantikan Encik Sabudin bin Mahmud yang telah bertugas di PPD Dungun. 


Selamat menjalankan tugas dalam bidang yang baharu kepada Puan Mariam binti Deris...

Sepintas lalu, antara bidang tugas PK HEM adalah: 

MUKADIMAH

 Guru Penolong Kanan II bertanggungjawab kepada Guru Besar untuk mencapai Dasar Pendidikan Kebangsaan. Guru
Penolong Kanan II bertanggungjawab mempertingkatkan disiplin kebajikan murid  dan penerapan nilai-nilai murni.

               BIDANG TUGAS

            1.1   Menjalankan tugas-tugas Guru Besar semasa, ketiadaan Guru Besar dan Guru Penolong Kanan 1.
            1.2  Mengajar sebilangan waktu mengikut arahan Guru Besar.
            1.3  Bertanggungjawab kepada Guru Besar dalam pengurusan dan pentadbiran Hal Ehwal Murid.
            1.4  Membantu Guru Besar dalam pentadbiran sidang petang bagi sekolah-sekolah yang mempunyai sidang petang.
            1.5  Membantu Guru Besar menyelia dan menilai aktiviti Hal Ehwal Murid.
            1.6  Membantu Guru Besar dalam semua aspek perancangan dan pengurusan sekolah.

               SENARAI TUGAS

            2.1   DISIPLIN
                   2.1.1   Menentukan penerapan amalan-amalan dan nilai-nilai yang murni.
                   2.1.2   Mempastikan undang-undang dan peraturan-peraturan sekolah dikuatkuasakan.
                   2.1.3   Mengambil tindakan yang sesuai terhadap kes-kes murid yang melanggar peraturan -peraturan tatatertib
                              dan salahlaku.
                   2.1.4   Menyelaras dan menyediakan rekod disiplin dan laporan murid.
                   2.1.5   Guru Penasihat Lembaga Pengawas Sekolah.

            2.2   BIMBINGAN DAN KAUNSELING
                   2.2.1   Merancang dan menyelaras pelaksanaan program bimbingan dan kaunseling.
                   2.2.2   Menyelaras dan menyediakan rekod bimbingan dan kaunseling murid dan menyediakan laporan yang
                              diperlukan.
                   2.2.3   Merancang dan melaksanakan program kebajikan dan orientasi bagi murid-murid  baru.

            2.3   KESIHATAN DAN KEBAJIKAN MURID
              2.3.1   Menggunakan kemudahan rawatan murid.   
   2.3.2   Memastikan program-program kesihatan menguruskan kad 001.
                   2.3.3   Menyelaras penyeliaan yang berkaitan dengan kantin murid.
                   2.3.4   Menyelaras segala aktiviti kesihatan dan kebersihan murid.
                   2.3.5   Melaksanakan tugas-tugas yang berkaitan dengan Projek Susu dan lain-lain  rancangan bantuan dan
                              kebajikan murid.
                   2.3.6   Memastikan langkah-langkah keselamatan murid semasa berada di sekolah sentiasa  dilaksanakan.

        2.4   SKIM PINJAMAN BUKU TEKS

             2.4.1   Menyelaras hal-hal pengeluaran, pengambilan, Pengagihan dan hapuskira.
             2.4.2  Menguruskan kutipan-kutipan data, mengawal buku-buku stok dan mengawal bilik  stor.
             2.4.3  Menyediakan anggaran belanjawan mengurus skim Pinjaman Buku Teks (SPBT).

               PENTADBIRAN
            3.1   Mengurus dan mengemaskini Rekod Pendaftar Murid.
            3.2  Menyemak Buku Kedatangan Harian Murid Sidang Pagi.
            3.3  Mengurus kemasukan dan penempatan murid.
            3.4  Mengurus pertukaran murid.
            3.5  Mengurus surat akaun, sijil-sijil murid, surat-surat pengesahan dan pengedaran sijil-sijil  berhenti sekolah.
            3.6  Menyemak buku / kad Kemajuan Murid dan Jadual Markah.
            3.7  Membantu menyediakan anggaran belajawan sekolah.

               TUGAS-TUGAS LAIN
            5.1  Menganggotai Jawatankuasa-jawatankuasa yang diluluskan oleh  Guru Besar dari masa ke semasa.

            5.2  Melaksanakan arahan-arahan dan tugasan-tugasan lain yang diberikan Guru Besar dari  masa ke semasa.




JAMUAN KESYUKURAN SEMPENA SAMBUTAN HARI LAHIR BULAN MAC DAN APRIL

Terima kasih tidak terucap ditujukan kepada Tuan Hj Hanaffee bin Ibrahim iaitu Guru Besar Sk Kampung Baru Kuala Abang kerana telah mengadakan Jamuan Kesyukuran sempena Sambutan Hari Lahir Guru-Guru yang lahir pada Bulan Mac dan April.

Jamuan Kesyukuran di adakan di Kantin Sekolah pada 5 April 2016.

Guru yang terlibat atau yang lahir pada bulan:

 Mac :
1. Tuan Hj Hanaffee bin Ibrahim
2. Sir Muhammad Fadzil bin Hassin
3. Teacher Rohani binti Deraman

April :
1. Ustaz Muhammad Zaharawadi bin Ibrahim
2. Teacher Noor Azanlina binti Abdullah

Penyelaras Sambutan Hari Lahir:
Cikgu Nor Haizi binti Ismail.

Terima Kasih kepada semua atas segalanya.








INDAHNYA MATA YANG MEMANDANG












NILAM 2016

Tahniah NILAM 2016

Majlis penyampaian sijil kepada Pembaca Bulanan Terbanyak Tahap 1 dan 2 bagi bulan Januari hingga Mac 2016.

Pembaca terbanyak:
Tahap 1
Muhammad Zikri Bin Mazlan (2A)
Nor Adlina binti Mohd Azmi (2A)
Sufieya binti Che Yasin (3A)
Siti Syakirah Ayuni binti Zamri (3A)

Tahap 2
Nur Amirah Husna binti Zaifulizam (6A)
Nur Ain Nasyura binti Mohd Azmi (6A)
Nur Aisyah Balqis bin Mohd Zawawi (6A)

Tahniah diucapkan kepada semua yang telah berusaha membaca buku dengan penuh tekun utuk mendapatkan pengetahuan...

Membaca Jambatan Ilmu..