Sunday, 19 June 2016

PANDUAN PENGGUNA SYNC - Sync School Messaging


Shah Alam - Trend menggunakan aplikasi grup mesej sekolah semakin mendapat sambutan ramai.
Dengan ada medium komunikasi dua hala, ia boleh merapatkan perhubungan antara pihak sekolah, guru, ibu bapa dan pelajar.
Kini kebanyakan sekolah di negara ini aktif menggunakan Sync School Messaging untuk menyampaikan mesej secara berkesan.
Ketua Pegawai Eksekutif, Sync Lab Sdn Bhd, Zharif Sharif berkata, Sync School Messaging ialah aplikasi telefon pintar (mobile application) yang dibangunkan khas untuk pihak sekolah/PIBG berhubung dengan ibu bapa, pelajar dan guru dalam menyampaikan maklumat terkini dengan mudah dan berkesan melalui telefon bimbit.
"Kegunaan aplikasi ini dapat membantu pihak sekolah/PIBG dalam menyalurkan maklumat penting seperti pengumuman, peringatan, jadual peperiksaan, jemputan dan gambar terus ke telefon bimbit di manajumlah mesej dan ahli tiada had.
"Pelajar, guru, ibu dan bapa disarankan untuk muat turun aplikasi ini bagi membantu mereka mendapatkan maklumat terkini berkaitan sekolah terus ke telefon bimbit melalui ‘Push-Notification’.
"Pengguna boleh maklum balas kehadiran fokus dalam enam aktiviti wajib yang dijalankan pihak sekolah seperti Mesyuarat Agung PIBG, Hari Bertemu Penjaga dan Hari Sukan Sekolah.
"Maklumat tersebut sangat berguna kerana membantu pihak sekolah dari segi persiapan bajet berdasarkan anggaran kehadiran yang diterima.
"Sync dilihat mampu menyelesaikan masalah surat pekeliling yang kerap kali tidak sampai ke tangan ibu bapa. Sekali gus dapat mengelakkan keciciran maklumat penting daripada pihak sekolah," katanya.
Berdasarkan kaji selidik dan maklum balas pelbagai pihak, kata beliau, terdapat permintaan pasaran untuk pihaknya bangunkan sebuah aplikasi yang dapat menyelesaikan masalah yang berlaku di sekolah fokus dalam penyampaian maklumat kepada pihak ibu bapa, penjaga, guru dan pelajar dengan mudah dan berkesan.
Dengan Sync, ibu bapa sentiasa dapat mengikuti perkembangan semasa dan maklumat terkini berkaitan anak di sekolah yang dihantar terus ke telefon bimbit. Ini termasuk pengumuman penting, jadual dan keputusan peperiksaan, pencapaian sekolah dalam akademik dan kokurikulum.
"Guru, pelajar, penjaga, dan ibu bapa disarankan untuk muat turun aplikasi Sync School Messaging di Play Store atau Apple Store secara percuma! Kini 10,173 sekolah di Malaysia ada di Aplikasi Sync, yang telah mendapat kelulusan daripada Kementerian Pendidikan.
"Dengan adanya sokongan ibu bapa, penjaga, guru dan pelajar yang muat turun aplikasi Sync School Messaging di telefon bimbit mereka, ini membantu mempercepatkan proses pelaksanaan Aplikasi Sync di sekolah, tanpa sebarang kos. Untuk maklumat lanjut, boleh layari edu.sync.my.



"Antara impak ketara adalah peningkatan penglibatan ibu bapa dalam aktiviti yang dijalankan pihak sekolah dan PIBG. Ia berjaya menambah dana PIBG melalui Sync, yang mana sumbangan ibu bapa dan penjaga yang prihatin terhadap isu semasa berlaku di sekolah seperti baik pulih infrastruktur bangunan sekolah dan aktiviti pelajar," katanya.
Tambah beliau, Sync boleh dianggap sebagai pelaksana elemen kedua Komunikasi Berkesan di bawah Sarana Ibu Bapa dan Sarana Sekolah, juga dikenal sebagai Pelibatan Ibu Bapa & Komuniti (PIBK) sejajar dengan Pelan Pembangunan Pendidikan Malaysia (PPPM) 2013-2025.

Langkah demi langkah guna aplikasi Sync School Messaging

1. Pentadbir Sekolah (Pengetua, Guru Besar, Guru Penolong Kanan, Hal Ehwal Murid, dan Kokurikulum)
a. Untuk mendaftar akaun sebagai pentadbir Sync@Sekolah, sila layari www.sync.my dan tekan butang Claim
Admin Account.
b. Sila isi butir yang dikehendaki dan kami akan membuat pengesahan akaun melalui panggilan telefon ke pejabat sekolah.
c. Selepas itu, SMS akan dihantar bagi mengesahkan akaun tersebut telah didaftarkan sebagai akaun pentadbir Sync@Sekolah.
d. Sila tekan link yang diterima melalui SMS atau pergi ke Google Play Store (Pengguna Android) atau Apple Store (Pengguna iPhone) dengan kata carian Sync School Messaging dan muat turun aplikasi tersebut.
e. Selepas muat turun Aplikasi Sync, sila masukkan nombor telefon yang didaftarkan sebagai pentadbir dan kod SMS yang diterima.
f. Sebaik sahaja selesai, pihak pentadbir boleh pergi ke Profile Page untuk kongsi link Aplikasi Sync melalui kumpulan WhatsApp/Telegram kepada guru, pelajar dan penjaga di mana jumlah ahli tiada had.
g. Selain itu, pihak Sync juga akan menyediakan sampul surat berserta brosur ke sekolah mengikut jumlah pelajar untuk diedarkan kepada ibu bapa. Sebelum itu pihak sekolah perlu menyediakan surat pekeliling untuk dimasukkan sekali ke dalam sampulsurat sebelum diedarkan kepada ibu bapa.
h. Sekolah boleh mula menghantar mesej dan jemputan kepada kumpulan sasaran; ibu bapa, pelajar dan/atau guru. Taklimat Sync akan diberi berdasarkan Pejabat Pendidikan Daerah
masing-masing.

2. Pengguna (guru, pelajar, penjaga, ibu bapa)
a. Aplikasi Sync boleh dimuat turun di Google Play Store (Pengguna Android) atau Apple Store (Pengguna iPhone) dengan kata carian Sync School Messaging.
b. Selepas muat turun Aplikasi Sync, sila masukkan nombor telefon anda di ikuti dengan kod SMS yang diterima (sekiranya tidak dapat kod SMS, sila hubungi Sync Support di 016 520 4321
(WhatsApp).
c. Sila pilih nama sekolah anda berdasarkan kata kunci sebagai contoh; SK Seksyen 9, SMK Jalan Tiga, SJKC Malim, SJKT Vivekanada, Jika tidak jumpa nama sekolah anda, sila
hubungi Sync Support di 016 520 4321 (WhatsApp).
d. Selepas selesai pendaftaran, untuk ibu bapa/guru yang mempunyai anak di sekolah lain boleh pergi ke Profile Page dan tekan butang Update Schools > Follow More School.
Setiap mesej atau jemputan yang dihantar pihak sekolah, anda akan menerima Pop-up Notification di telefon bimbit.

Sunday, 12 June 2016

i-THiNK 2016

Alat Berfikir Yang Diperkenalkan Dalam Program i-THINK
Peta Pemikiran
Peta Pemikiran adalah alat berfikir yang dipersembahkan dalam 8 bentuk peta pemikiran secara visual yang mudah digunapakai dan difahami merentasi kurikulum. Ia boleh digunapakai oleh murid seawal usia 4 tahun. Ada 8 jenis peta pemikiran yang boleh digunakan.


1. Peta Bulatan / Circle Map
Picture
Thinking process: Defining in Context
(Proses pemikiran :Mendefinisikan mengikut konteks) 
Circle Map digunakan untuk sumbangsaran idea dan mempamerkan pengetahuan sedia berkaitan sesuatu tajuk dengan memberikan maklumat mengikut konteks.
2. Peta Buih / Bubble Map.
Picture
Thinking process: Describing using adjectives
(Proses pemikiran: Menerangkan atau memperihalkan menggunakan adjektif) 

Bubble Map ialah alat yang digunakan untuk memperkaya kebolehan pelajar bagi mengenalpasti atau menunjukkan kualiti. Ia biasanya menggunakan perkataan deskriptif atau huraian.
3. Peta Buih Berganda / Double Bubble Map.
Picture
Thinking process: Compare and Contrast
(Proses pemikiran: Banding beza) 
Double Bubble Map digunakan untuk membanding beza sesuatu.
4. Peta pokok / Tree Map
Picture
Thinking process: Classification
(Proses Pemikiran: Membuat pengelasan)
Tree Map digunakan untuk mengklasifikasi bahan atau idea. Sebagai contoh; ambil sebahagian daripada sesuatu tajuk atau cerita dan kelaskan sebab utama sesuatu keadaan atau situasi.
5. Peta Dakap / Brace Map.
Picture
Thinking process: Part-whole relationship
(Proses Pemikiran: Hubungan bahagian-seluruh)
Brace Map digunakan untuk menganalisis objek fizikal. Garisan sebelah kiri adalah nama atau imej keseluruhan objek. Garisan pada bahagaian kedua ialah bahagian utama. Contoh penggunaan adalah untuk menentukan bahagian dan subbahagian sesebuah mikroskop.
6. Peta Alir / Flow Map
Picture
Thinking process: Sequencing
(Proses Pemikiran: Urutan)
Flow Map digunakan untuk membuat urutan sesuatu. Contoh penggunaannya ialah dalam langkah-langkah untuk penyelesaian masalah.
7. Peta Pelbagai Alir / Multi Flow Map
Picture
Thinking process: Cause and Effect
(Proses Pemikiran: Sebab dan akibat) 
Multi-Flow Map digunakannuntuk menunjuk dan menganalisis hubungan sebab dan akibat. Segiempat yang berada di bahagian tengah adalah peristiwa yang penting. Pada sebelah kirinya adalah sebab-sebab peristiwa tersebut, manakala sebelah kanan pula adalah akibat peristiwa tersebut.
8. Peta Titi / Bridge Map
Picture
Thinking process: Analogies 
(similar relationships, finding relating factors (RF))
(Proses Pemikiran: Analogi, hubungan yang sama, mencari faktor penghubungan) 

Bridge Map memberi peluang kepada pelajar untuk mengaplikasikan proses analogi dengan menggunakan faktor penghubungan.

BERPUASA DI BULAN RAMADHAN

Selamat menjalankan ibadat puasa kepada semua warga SKKB khasnya dan seluruh umat Islam amnya.

Pengertian Puasa: 
Puasa (bahasa Arab: صوم) secara bahasanya boleh diertikan sebagai "menahan diri". Dari segi istilah syarak puasa bermaksud "menahan diri daripada makan, minum dan perkara-perkara yang membatalkan puasa bermula daripada terbit fajar shadiq sehingga terbenam matahari berserta niat".

Berpuasa adalah wajib bagi semua orang Islam.

Firman Allah S.W.T: “ Wahai orang-orang yang beriman, telah diwajibkan ke atas kamu berpuasa sebagaimana telah diwajibkan ke atas umat-umat yang sebelum kamu, semoga kamu menjadi orang-orang yang bertaqwa. “ - (Surah Al-Baqarah: 183)

Hadis Rasulullah s.a.w: Ditegaskan oleh Rasulullah s.a.w melalui sabdanya yang diriwayatkan oleh Ahmad, An- Nasa'i dan Al Baihaqi dari Abu Hurairah, yang bermaksud:

"Sesungguhnya telah datang kepada kamu bulan Ramadhan bulan yang penuh berkat. Allah telah fardhukan ke atas kamu berpuasa padanya. Sepanjang bulan Ramadhan itu dibuka segala pintu Syurga dan ditutup segala pintu neraka serta dibelenggu segala syaitan......."


Berpuasa di Bulan Ramadhan:
  • Bau mulut orang berpuasa itu harum di sisi Allah.
  • Tidur juga dikira ibadah
  • Terdapat satu malam yang lebih baik daripada 1000 bulan

Bulan Ramadhan adalah bulan yang menunjukkan sifat sebenar diri seseorang kerana syaitan yang direjam tidak dapat memainkan peranan seperti bulan-bulan lain.  
  • Jika kita malas di bulan Ramadhan beerti asalnya memang kita adalah seorang yang pemalas.
  • Jika kira selalu mempersendakan seseorang atau suka memperkatakan tentang keburukan seseorang, maka kita memang seorang kaki gosip.
  • Jika enggan bersedekah, liat mengeluarkan sumbangan, maka asalnya memang kita seorang yang kedekut.

Sepanjang bulan Ramadhan yang penuh berkat, marilah kita tetapkan target kebaikan yang akan kita lakukan di bulan ini. Semoga ianya akan berterusan di bulan-bulan seterusnya.
  • Khatam Al-Quran
  • Faham maksudnya
  • Terawih, Solat Hajat
  • Berusaha mencari Lailatul Qadar
  • Menulis buku atau artikel baru.

Target mestilah lebih spesifik, jangan terlalu umum kerana dikhuatiri tiada hasil.


Selamat beribadat dengan penuh ikhlas.


Semoga Ramadhan tahun ini lebih baik untuk kita semua.

Rohani Deraman..
SK Kg Baru Kuala Abang..

Wednesday, 1 June 2016

SELAMAT BERCUTI KEPADA SEMUA MURID DAN CIKGU SKKB SEMPENA CUTI PERTENGAHAN TAHUN 2016

Setiap kali cuti sekolah tiba, pasti ibu bapa selalu memikirkan apakah aktiviti yang boleh mereka lakukan untuk anak-anak agar masa terluang dikala cuti sekolah ini agar ianya tidak membazir begitu sahaja.

Maklum sajalah, pada zaman kini, anak-anak ini kalau ada saja masa terluang tanpa pengawasan atau aktiviti dirancang, ianya satu kebebasan dan macam-macam perkara yang mereka cuba lakukan.

Kalau ibu bapa dapat cuti dan meluangkan masa bersama anak-anak. Inilah masa yang paling sesuai untuk mengeratkan hubungan kekeluargaan setelah masing-masing sibuk dengan aktiviti rutin harian.

 

Aktiviti Cuti Sekolah

Maka, berikut adalah beberapa cadangan dan idea yang boleh membantu anda untuk djadikan panduan aktiviti anak-anak ketika cuti sekolah.

Secara umumnya ianya terbahagi kepada dua iaitu aktiviti bersama ibu bapa dan aktiviti tanpa bersama ibu bapa (tidak dapat cuti).

1. Aktiviti Anak-Anak Bersama Ibu Bapa 
Sebelum bermulanya cuti sekolah, sewajarnya ibu bapa telah merancang lebih awal akan aktiviti yang perlu dilakukan bersama. Ini berikutan penjadualan cuti serta mungkin aktiviti perlukan tempahan atau persiapan awal.

Melancong
Bagi mereka yang berkemampuan, inilah masa terbaik untuk pergi melancong. Tidak dinafikan, ini adalah aktiviti yang amat dinanti dan disukai oleh anak-anak.

Selain dapat mengeratkan hubungan kekeluargaan, melancong sama ada dalam atau luar negara ini dapat membuka minda, menimba pengalaman serta ilmu pengetahuan dan ketenteraman apabila bebas dari rutin harian.

Lawatan Ke Tempat Menarik
Mungkin cuti ibu bapa terhad, maka penuhi dengan melawat tempat yang memberi ilmu sambil dapat berseronok. Antaranya adalah Petrosains, Planetarium, Kidzania, Muzium Negara, Zoo Negara, Muzium Negara, Putrajaya, Bangunan-bangunan mercu tanda dan sebagainya.

Aktiviti yang mudah tapi percayalah, ibu bapa dan anak-anak pasti akan merasai keseronokan disamping mengeratkan hubungan.


Melawat Saudara Mara
Aktiviti ini amat wajar dilakukan di zaman ini. Amat menyedihkan apabila sesama saudara mara sendiri pun tidak kenal. Tidak mustahil bahawa rakan satu asrama yang sekatil (double decker) rupa-rupanya adalah sepupu sendiri pun tak tahu.

Inilah masanya selain di Hari Raya untuk kita membawa anak-anak mengenali serta mengeratkan silaturahim sesama saudara mara yang dekat mahupun jauh. Semoga ikatan kekeluargaan kekal terjalin.

Melawat Mereka Yang Kurang Bernasib Baik
Bawa mereka melawat golongan yang kurang bernasib baik, sama ada dikalangan rakan-rakan mereka sendiri atau mana-mana pusat penjagaan seperti rumah orang-orang tua dan anak-anak yatim.

Anjurkan kepada mereka untuk membawa buah tangan atau minta mereka pilih aktiviti apa yang mereka ingin lakukan di sana. Semoga mereka merasa bersyukur dan menyayangi sesama insan.

Berkebun
Tidak semestinya masa cuti sekolah ini adalah masa untuk aktiviti diluar sahaja. Ketika di rumah, bagi meraka yang punya ruang, lakukanlah aktiviti berkebun atau bercucuk tanam bersama.

Inilah masa untuk mencantikkan halaman dengan pokok bunga-bungaan dan sayur-sayuran yang dapat memberikan hasil untuk santapan bersama. Tanamkanlah rasa cinta anak-anak kepada alam sekitar. Besar manfaatnya andai berbudi kepada tanah!

Hobi Dan Minat
Jika anak-anak punya hobi/minat, inilah masanya untuk ibu bapa memainkan peranan dengan memberi galakan dan bantuan serta diasah agar lebih berkembang. Lakukan bersama mereka atau membawa bersama jurulatih atau mereka yang berkemahiran.

Aktiviti seperti memasak, menjahit, membuat kraf, bertukang, mengaji, menghafaz al-quran, melukis berenang dan sebagainya bukan sahaja hobi yang sia-sia kerana bakat yang terpendam ini mungkin akan membantu mereka untuk menjadi insan yang berjaya dalam bidangnya di masa hadapan.

2. Aktiviti Anak-Anak Tanpa Bersama Ibu Bapa 
Apabila situasi sebegini berlaku, anak-anak pasti akan kecewa. Ibu bapa perlu bijak mengambil hati dan merancang aktiviti agar cuti sekolah mereka tetap terisi seperti rakan-rakan mereka yang lain.

Selain itu, adalah penting untuk ibu bapa pastikan anak-anak ini sentiasa boleh dipantau dan diawasi oleh orang yang dipercayai.

Masuk Kelas Kemahiran
Cuti sekolah pun belajar... tetapi belajar sesuatu yang baru dan yang anak anda minati. Sertai kelas seperti kelas melukis, nyanyian, tarian, memanah, menunggang kuda dan sebagainya. Tidak mustahil jika kemahiran ini menjadi kerjaya satu hari nanti.

Selain itu kelas ilmu seperti kelas keusahawanan, pengucapan awam, komputer & multimedia seperti Grafik, Suntingan Video, bina laman web, Coding dan Membina Apps adalah perkara baru yang boleh memberi kelebihan dan kesenangan di masa hadapan.

Tinggal di Kampung
Bukan untuk menyusahkan datuk dan nenek tetapi percayalah sebenarnya mereka amat menyukainya. Inilah peluang untuk anak-anak menikmati suasana dan menjalani kehidupan di kampung.

Tinggal di kampung adalah satu pengalaman yang perlu anak-anak anda rasai. Hidup tanpa gadget dan hiburan maka masa akan lebih banyak terluang bersama datuk dan nenek menjalani kehidupan harian. Sudah pasti pelbagai nasihat dan ilmu dicurahkan oleh datuk dan nenek.

Aktiviti Sekitar Tempat Tinggal
Libatkan anak-anak anda di dalam program setempat seperti aktiviti masjid, kemasyarakatan, gotong-royong, kenduri atau sebagainya. Ianya satu pendedahan yang bagus untuk anak-anak bergaul dan bermasyarakat.

Ianya dapat mengeratkan hibungan silaturrahim dan berpeluang untuk mengenali lebih ramai rakan-raka baru di luar sekolah. Namun pastikan ada orang yang dipercayai bersama dan memantau aktiviti anak anda.

Kerja Part Time
Ini juga merupakan aktiviti yang menarik dilakukan semasa cuti sekolah. Beri peluang kepada anak-anak menimba pengalaman mencari wang saku sendiri. Berikan bimbingan dan tunjuk ajar untuk bekerja dengan baik, amanah dan jujur.

Namun, pastikan kerja yang dilakukan adalah selamat dan tidak menyalahi undang-undang. Pilihlah kerja yang bersesuaian, selamat dan dilokasi yang berhampiran. InsyaAllah.. dengan panduan, banyak manfaat buat anak-anak anda.

Kem Motivasi
Kem Motivasi sememangnya antara program cuti sekolah yang paling banyak diadakan. Kem Motivasi yang diadakan ini terdapat dalam banyak kategori. Ada yang menumpukan kepada pembinaan sahsiah diri, kepimpinan, akademik dan pelbagai lagi.

Pilihlah Kem Motivasi daripada penganjur yang dikenali dan dijamin keberkesanan programnya supaya anda juga berpuas hati dengan hasilnya nanti.

Kem Ibadah
Ini juga merupakan kem yang amat bagus. Kem Ibadah selalunya akan dipenuhi dengan aktiviti dan program yang berkaitan dengan hal-hal ibadat seperti teknik solat yang betul, memperbaiki bacaan Al-Quran dan aktiviti pemantapan iman.

Malahan kini juga ada kursus pendek cuti sekolah bagi melatih anak-anak untuk mempelajari teknik menghafal Al-Quran. Mudah-mudahan perkara asas agama ini dapat membimbing mereka serta memperkukuhkan iman dan ilmu akhirat.

Jadual Harian
Andai anda tiada pilihan, maka sediakanlah jadual kerja harian untuk anak-anak anda.seperti membasuh baju, melipat kain, mengemas bilik, mencuci tandas dan sebagainya. Didik mereka untuk berdikari.

Lengkapkan jadual dengan masa untuk ulangkaji pelajaran sebagai persedian peperiksaan. Sekalipun mungkin agak membosankan buat anak-anak namun persediaan untuk menghadapi peperiksaan adalah amat penting. Bersusah-susahlah dahulu...

Kebaikan Bersama

Semua yang di atas hanyalah idea aktiviti cuti sekolah untuk rujukan dan tidak semestinya menepati kehendak anda. Fikirkanlah yang terbaik dan bersesuaian dengan kemahuan serta memenuhi kepentingan atau tahap usia anak-anak dan anda.
Penuhilah masa cuti sekolah mereka dan jangan biarkan mereka tanpa arah tujuan. Melalui kesibukan aktiviti disepanjang cuti sekolah, ianya dapat menghindarkan anak-anak ini dari terlibat dengan aktiviti kurang sihat

Gunakan masa yang ada ini sebaik mungkin untuk kebaikan anak-anak dan agar hubungan kekeluargaan lebih erat dan harmoni. Anak gembira... anda pasti ceria!

p/s: Selamat bercuti kepada semua yang bercuti, semoga bahagia dan gembira disamping insan-insan tersayang...