Thursday, 18 August 2016

PELANCARAN SAMBUTAN HARI KEBANGSAAN PERINGKAT SKKB KUALA ABANG

Di Ambang Merdeka...

Pelancaran Sambutan Bulan Kemerdekaan 2016

Di acarakan oleh En. Mohd Zainudin bin Abdullah sebgai pembuka majlis. Tuan Hj Hanaffee bin Ibrahim memberikan ucapan ringkas sempena Kemerdekaan.

Majlis di teruskan dengan Pelancaran Sambutan Hari Kebangsaan Peringkat SKKB dengan iringan Lagu Negaraku dan beberapa buah Lagu Patriotik termasuk lagu Tema Hari Kebangsaan 2016 iaitu "Sehati Sejiwa".

Kemeriahan sambutan pada kali ini ialah semangat patriotik yang ditunjukkan oleh semua guru dan murid sepanjang ianya berlangsung seiring dengan tema "Sehati SEjiwa".






















#Sehati Sejiwa





PK KOKURIKULUM
En Suhaimi bin Mat Hassan



En Bahaman bin Mohamed Noor
bersama PK KO












































Monday, 15 August 2016

KERTAS KERJA AKTIVITI MEMASAK UNIT BERUNIFORM

            



SEKOLAH KEBANGSAAN KAMPUNG BARU
KUALA ABANG
23050 DUNGUN TERENGGANU


KERTAS KERJA




PERTANDINGAN MEMASAK STEAMBOAT

UNIT BERUNIFORM
SK KG BARU KUALA ABANG
16 OGOS 2016





1.     PENDAHULUAN

Aktiviti Memasak Unit Beruniform merupakan aktiviti wajib tahunan pasukan semua badan beruniform SKKB yang disertai oleh ahli semua pasukan unit beruniform termasuk Pengakap, Tunas Kadet Remaja Sekolah, Tunas Pandu Puteri dan Puteri Islam.

Selari dengan perkembangan semasa yang semakin mencabar ini, kecemerlangan seseorang murid tidak hanya bergantung kepada pencapaian akademik semata-mata bahkan mereka juga perlu memiliki ciri-ciri keyakinan dalam kepimpinan yang mantap, berketrampilan, pekerti yang mulia, dan berkebolehan menyesuaikan diri dengan era globalisasi.

Ciri-ciri ini penting untuk dimiliki oleh setiap ahli pasukan bagi merealisasikan Falsafah Pendidikan Negara. Semoga cita-cita dan hasrat murni ini akan difahami dan dihayati sepanjang aktiviti ini. Di samping itu, semua peserta memasak perlu sentiasa menjunjung nilai permuafakatan dalam melaksanakan setiap aktiviti yang dijalankan bagi mencapai kejayaan yang cemerlang, seperti kata pepatah ‘bulat air kerana pembentung, bulat manusia kerana muafakat’.


2.     LATAR BELAKANG

Segala perancangan dan persiapan telah diadakan dengan teliti untuk memastikan semua ahli unit masing-masing dapat menikmati suasana sebenar aktiviti memasak seperti dalam aktiviti perkhemahan tahunan.

Dijangkakan sejumlah 150 orang peserta akan menyertai  aktiviti memasak Unit Beruniform. Program ini akan melibatkan kesemua guru Penasihat Unit Beruniform beserta kesemua Ahli Jawatankuasa Unit yang berjumlah 31 orang guru. Penglibatan semua guru ini adalah bagi melancarkan segala persiapan sebelum dan selepas aktiviti memasak supaya ianya dapat berjalan dengan jayanya.


3.     RASIONAL
3.1      Aktiviti memasak yang  dijalankan akan dapat menyemai semangat berpasukan, disiplin yang tinggi dan menjana etika bekerjasama dalam menjayakan sesuatu kerja.
3.2      Tema ialah “ SEHATI SEJIWA ”.

4.     OBJEKTIF

4.1  Melahirkan AHLI yang berdisiplin dan bersemangat juang untuk memastikan kecemerlangan yang seimbang dalam bidang kokurikulum dan kurikulum.
4.2  Untuk memberi pendedahan dan pengalaman kepada ahli-ahli tentang aspek memasak secara khasnya dan aspek perkhemahan secara amnya.
4.3  Untuk memupuk semangat kerjasama dan berdikari serta meningkatkan motivasi dan keyakinan diri setiap peserta.


5.     PELAKSANAAN

5.1       TARIKH : 16 OGOS 2016 (1.20-4.20 Petang)     

5.2       TEMPAT MEMASAK

      Perkarangan Kantin Sekolah


6.     SENARAI JAWATANKUASA

6.1  JAWATANKUASA INDUK PERKHEMAHAN UNIT BERUNIFORM

Penaung                       :           Tn Hj Hanaffee bin Ibrahim
Penasihat                     :           En Suhaimi bin Mat Hassan
Pengerusi                     :           Pn Rohani binti Deraman
Setiausaha                    :           Pn Rahani binti Hashim
Bendahari                     :           En Bahaman bin Mohamed Nor
Urusetia                        :           En. Muhammad Zaharawadi bin Ibrahim (Pengakap)
                                                Pn Azlina binti Sikholandai (TKRS)
                                                            Pn Maizura binti Othman (Pandu Tunas Puteri)
                                                            Pn Anida binti Mahmud (Puteri Islam)

 7.        SASARAN
7.1   Setiap Unit perlu mewajibkan kesemua ahli sejumlah 30 orang ahli unit beruniform.
7.1.1      Pengakap         -           30 Peserta
7.1.2      TKRS               -           30 Peserta
7.1.3      Pandu Puteri     -           30 Peserta
7.1.4      Puteri Islam       -           30 Peserta
Jumlah             -           150 Peserta

7.2  Kategori pemilihan peserta:
7.2.1    Peserta yang menyertai aktiviti memasak ini terdiri daripada murid  Tahap 2 sahaja.
8.       KONSEP PEMARKAHAN

8.1  Setiap aktiviti akan menyumbangkan mata kepada Unit masing-masing.
   8.2  Pecahan mata adalah seperti berikut:
Pertama            10 mata
                        Kedua                7  mata
            Tempat ke-3      5  mata
Tempat ke-4      3  mata
8.2  Bagi murid yang menyertai aktiviti ini akan direkodkan juga di dalam PAJSK.

9.         ANGGARAN PERBELANJAAN 
           
Bil
Perkara
RM
1
Gas
  59.00
2
Tisu
  10.50
3
Bahan Steamboat
230.00
4
Bahan Minuman
  29.50
5
Bahan Basah
150.00
6
Mee
  20.00
7
Hadiah Pemenang (Johan)
  30.00

Jumlah
529.00

                       
10.       PENUTUP
Adalah amat diharapkan agar aktiviti memasak Unit Ko-Kurikulum Kali ke-2 dapat dijalankan dengan lebih baik dan berakhir dengan sempurna. Kerjasama daripada para guru dan semua ahli yang terlibat amat diperlukan untuk menjayakan hasrat murni Pihak Pengurusan KoKurikulum SKKB 2016. Semoga tema ”Sehati Sejiwadapat direalisasikan semasa aktiviti dijalankan.





Di sediakan oleh:                                                           Di sahkan oleh:                        



.....................................                                               ............................................
Rohani Deraman                                                           Suhaimi bin Mat Hssan
Setiausaha KoKrikulum                                                  PK Kokurikulum
Sk Kg Baru Kuala Abang                                                SK Kg Baru Kuala Abang


Wednesday, 3 August 2016

PERSEMBAHAN PANITIA BAHASA INGGERIS

Mewakili Murid Tahun 2 Arif bagi persembahan Bahasa Inggeris
Wednesday Is English Day
3 Ogos 2016






BANK SOALAN UPSR 2016



PERUBAAN UPSR 2016
JPN KEDAH 


PERCUBAAN UPSR 2016
PANITIA MATEMATIK SEKOLAH DAERAH SABAK BERNAM

PERCUBAAN UPSR 2016



Anda mungkin berminat :

Koleksi Soalan

KOLEKSI SOALAN PERCUBAAN UPSR TERKINI



KOLEKSI SOALAN PERCUBAAN UPSR 2016






RohaniDeraman
skkampungbaru.blogspot.my

Monday, 1 August 2016

KELAS FAJAR MENYINGSING 2016

Bermulanya Kelas Menyingsing pada 1 Ogos 2016,  semua murid tahun 6 menyertainya melibatkan semua guru SKKB mengikut Mata Pelajaran.

Murid dibahagiakan kepada kumpulan tertentu yang dibimbing oleh seorang guru bagi setiap kumpulan. Kumpulan murid pula terdiri daripada 6-10 orang bagi satu kumpulan.

Manakala tempat bimbingan pula di agihkan kepada bilangan Kumpulan guru bagi setiap hari. Bilik-bilik terlibat adalah Kelas 6 Arif, 6 Bestari, Bilik Pemulihan, Makmal Komputer dan bilik darjah yang dirasakan sesuai mengikut keperluan.
  
Kelas Bimbingan Fajar Menyingsing ini bermula pada jam 7.20 pagi - 7.45 pagi.

Semoga usaha yang berterusan ini dapat membuahkan hasil. Insha Allah.

Kejayaan akan datang seandainya ada Usaha yang bersungguh-sungguh.

Ya Allah, Ya Tuhan kami....
Kurniakanlah kejayaan cemerlang dalam UPSR kepada murid tahun 6 2016, SK Kg Baru Kuala Abang..
Bantu dan berkatilah Kami Ya Allah... Amin 














KOLEKSI SOALAN PERCUBAAN UPSR TERKINI




PERCUBAAN UPSR
KEDAH 

PERCUBAAN UPSR
KEDAH 

UPPM3

MATEMATIK KERTAS 1
UPPM3
  
UPPM3
PPD KT




 UPSR 2016