Wednesday, 16 November 2016

SERONOKNYA BERSAMA TEKNOLOGI

Terima Kasih Semua Guru yang terlibat dalam Pengurusan Makmal Komputer serta Juruteknik Skkb Dungun. 

Kerjasama Kalian sangat membantu dalam kejayaan murid-murid mengenal erti Teknologi :
Dunia Teknologi Komputer
#FrogVle
#DuniaSainsTeknologi
#TMK
#FrogAsia
#1bestarinet
#PkgPulauSerai

Terutama yang berjasa:
Na Jaslina Dan Muhammad Fadzil Hassin
Pkg Pulau Serai

2016 - kejayaan untuk 2017.
TargetKite










SEKETIKA DI MAJLIS PENGUMUMAN KEPUTUSAN UPSR 2016

Penantian Penuh Pengharapan

Tahniah Kepada Semua Murid Tahun 6 SKKB Keputusan Rasmi telah diumumkan... 

Awak semua Juara Di Hati Kami.. 

Tangga 1 berjaya dilepasi.... 
Tangga seterusnya bakal di daki.. 
Tabahlah Cekalkan Hati... 
Kejayaan pasti dimiliki...  

Hari Esok sedang Menanti...












































KEPUTUSAN UPSR 2016


TAKDIR KITA 

Sinar mentari pagi ini indah memancarkan serinya.. 17 Nov 2016... Cuacanya amat mendamaikan seolah-olah bakal menyampaikan berita gembira kepada seluruh isi alam..

Riak-riak keindahan dari sinar mentari pagi hari ini pasti menjanjikan kebahagiaan kepada semua...

Wajah-wajah ceria yang menantikan saat keputusan UPSR diumumkan, menampakkan riak penuh harapan. Mengharapkan keputusan nanti boleh mengemparkan Alam, mengejutkan semua orang dan menggembirakan hati-hati yang sedang menanti... 

Tiba saatnya, 10 pagi ... keputusan UPSR di umumkan.. 
 Ternyata kali ini betul-betul menggemparkan, mengejutkan dan menampakkan kekecewaan pada semua. Bukan murid-murid sahaja yang kecewa, para guru juga gelisah, ibubapa juga gundah. 

Keputusan yang tidak dijangka...

Kepada ibubapa dan anak-anak UPSR sekalian, 6A bukan penentu kejayaan hakiki kita. Pandanglah kejayaan itu dari sudut yag luas. 6A itu angka paling dinanti oleh semua Calon UPSR, namun marilah kita pandang tepat ke dalam mata hati kita. Usaha telah banyak, latih tubi bertingkat-tingkat, perbincangan memang hebat, Doa sepenuh kudrat, Tawakal pada yang Maha Hebat. Tiada sebab untuk meletakkan kekecewaan itu sebagai tunggak.
Malah, Syukur itu perlu ditunjukkan sebagai yang paling hebat.

Berlapang dada, terima seadanya, UPSR bukan penentu segalanya, UPSR hanya langkah pertama untuk melangkah ke tangga seterusnya. Hari esok masih banyak yang menanti. Ada hikmah disebalik segala perancanganNya.

Menangislah untuk menghilangkan kesedihan, selepas tangisan itu akan berakhirnya kekecewaan.
Bangkitlah dengan Yakin, jadikan hari ini pendorong untuk masa hadapan.

Ingatlah bahawa Allah Maha Adil. Hari ini kecewa, mungkin esok lebih berjaya.



Namun, Keputusan UPSR kali ini memberi ruang kepada kita untuk lebih banyak berfikir..  


KOLEKSI SOALAN LATIH TUBI CUTI SEKOLAH 2016

TAHUN 2