Wednesday, 21 June 2017

BERSALAMAN MEMOHON KEMAAFAN ERAT HUBUNGAN

 Sebelum sekolah berakhir, 
sebelum Hari Raya, 
sebelum Ramadhan meninggalkan kita 
kami memohon kemaafan atas segala kekhilafan yang dilakukan

semoga hubungan kekal mesra selamanya
ukhuwah terjalin 


























PROGRAM IHYA' RAMADHAN


























Thursday, 15 June 2017

18 CARA MEMULAKAN PdPc

Set Induksi berasal daripada perkataan 'induction' yang bermaksud 'giving rise to something' - membangkitkan, mewujudkan sesuatu kepada sesuatu perkara yang lain. 

Berikut adalah 23 cara memulakan PdPc atau Set Induksi.

1. Video
Video ditunjukkan dan dibincangkan bersama murid. Video perlu ditapis dahulu dan boleh dilihat oleh murid.

2. Nyanyian Lagu
Lagu dinyanyikan  dan lirik dibincangkan. Lagu pula haruslah yang memberi semangat dan rancak. 

3. Perbualan Audio
Audio dipasangkan dan murid kenalpasti mesej dan isi yang disampaikan.

4. Gambar/poster
Gambar/poster ditunjukkan. Murid bincangkan elemen-elemen tertentu seperti objek, perbuatan, proses dan sebagainya.

5. Objek/benda maujud
Objek ditunjukkan dan murid bincangkan. Boleh juga beri murid pegang dan rasa dengan deria sentuhan.

6. Entry Ticket
Murid nyatakan apa yang mereka ingin tahu daripada tajuk pembelajaran dan ditulis pada stickey notes. Kemudian mereka tampal pada dinding. Kemudian semua pergi melihat notes itu. Jika sesiapa ada jawapan kepada notes tersebut, mereka ambil dan kongsikan jawapan kepada kelas. 

7. Running Dictation
Setiap kumpulan ada seorang runner untuk dapatkan maklumat tertentu di sekeliling kelas. Kemudian, balik ke kumpulan dan seorang akan tuliskan maklumat sehingga siap. Dapatan dikongsikan. Maklumat pula perlu yang mudah dan ringkas.

8. Who/What am I?
Satu objek tersembunyi dimasukkan dalam kotak. Kota dilubangkan cukup untuk masukkan tangan. Murid masukkan tangan ke dalam kotak dan meneka apakah objek itu.

9. Jigsaw
Maklumat dipecahkan kepada beberapa kumpulan, kemudian setiap kumpulan akan berkongsi maklumat sehingga maklumat yang lengkap didapatkan.

10. I have, Who has... (Loop)
Kaedah interaktif murid diberi bahan dan biasakan dengan set perkataan yang akan dipelajari. Seorang dari kumpulan bertanya; I have bananas, Who has watermelon? Kumpulan yang ada watermelon pula menjawab, I have watermelon, Who has pineapple? Prinsip Loop..
(refer to previous post: Loop!

11.  Error Detection
Cikgu tunjukkan apa sahaja bentuk bahan media/simulasi dan murid kenalpasti kesilapan atau masalah. Kemudian PdPc dibuat berasaskan Penyelesaian Masalah (Problem Solving).

12. Puppet/Mascott
Perkenal satu watak puppet, mascott dan apa sahaja yang bersesuaian dan murid boleh berbual dengan watak tersebut.

13. Role Play/Simulasi
Satu situasi diberikan dalam bentuk lakonan (guru/guru+murid/murid/murid+murid). Kemudian, situasi ini dibincangkan.

14. Spot the objects
Murid mengenal pasti objek melalui pemerhatian pada sekeliling kelas, kawasan sekolah, gambar, video dan sebagainya.

15. True or False
Tajuk diberikan dan kemudian murid meneka samada beberapa kenyataan adalah Betul ataupun Salah.

16. 2 Truths and A Lie
3 kenyataan diberikan dan murid meneka mana 2 kenyataan yang betul dan 1 yang salah. Dibuat dalam beberapa pusingan.

17.  PreTest
Berikan soalan dan semak jawapan murid. Biarkan murid lihat jawapan mereka yang salah dan betul. 

18. KWL
K: What I Know
W: What I want to know
L: What I learned
Fokus kepada What I Know..Murid samada tuliskan respon di atas sehelai kertas secara individu atau 'whole class approach'.

19. Jigsaw Puzzle
Beberapa keping gambar dipotong dan murid cantumkan. Kemudian murid kongsikan dapatan mereka.

20. Buidling Blocks (Dengan Lego) Atau bahan binaan, kraf
Murid cantumkan bahan binaan mudah mengikut panduan guru dan murid tunjukkan hasil mereka. (Jangan yang susah-susah ya). Contonya, rumah, kereta.

21. Take One Out
Murid diberikan beberapa perkataan, gambar, ayat, atau sebarang bahan. Dalam satu ketgori itu, murid perlu keluarkan satu yang tidak berkaitan daripada rangkaian atau kumpulan tersebut.

22. Grouping
Murid diberikan beberapa bahan dan murid dalam kumpulan bahan-bahan tersebut mengikut kategori atau pengelasan. 

23. Match or Place
Dengan bahan seperti poster, beberapa kepingan kertas atau objek perlu diletakkan di tempat yang sepatutnya dalam gambar. Boleh juga gunakan aplikasi online.

Sumber: http://www.mudahmengajar.com/2017/04/23-cara-memulakan-pdpc-set-induksi.html

Monday, 5 June 2017

6 ASPIRASI MURID - Pelan Pembangunan Pendidikan Malaysia (PPPM)

Aspirasi Murid

Pelan Pembangunan Pendidikan Malaysia akan terus mendukung hasrat Falsafah Pendidikan Kebangsaan untuk pendidikan seimbang sebagai asas aspirasi setiap murid. Pelan ini juga merujuk sistem pendidikan berprestasi tinggi lain untuk membina perincian bagi kemahiran khusus dan atribut yang boleh diterapkan kepada murid bagi membolehkan mereka menerajui pembangunan ekonomi dan dunia global masa hadapan.
6 Aspirasi Murid
  1. Pengetahuan
Di peringkat paling asas, setiap kanak-kanak perlu menguasai sepenuhnya kemahiran literasi dan numerasi. Selain itu, penting bagi setiap murid menguasai mata pelajaran teras seperti Matematik dan Sains. Murid juga perlu didedahkan kepada pengetahuan am yang menyeluruh tentang Malaysia, Asia, dan dunia dari aspek sejarah, manusia, dan geografi. Murid juga digalakkan mengembangkan pengetahuan dan kemahiran dalam bidang lain seperti seni, muzik, dan sukan.

2. Kemahiran Berfikir
Setiap murid akan belajar cara memperoleh ilmu pengetahuan sepanjang kehidupan mereka (menerapkan perasaan ingin tahu dan mengamalkan pembelajaran sepanjang hayat) untuk membolehkan mereka menghubungkan pelbagai disiplin ilmu dan mencipta ilmu yang baharu. Setiap murid perlu menguasai pelbagai kemahiran kognitif termasuk penaakulan dan pemikiran kritis, kreatif, serta inovatif. Bidang ini kurang diberi perhatian, menyebabkan murid kurang berupaya untuk mengaplikasi ilmu pengetahuan dan berfikir secara kritis di luar konteks akademik.
3. Kemahiran Memimpin
Dalam dunia yang saling berhubung kait, kebolehan untuk memimpin dan bekerja dengan orang lain secara berkesan adalah penting. Sistem pendidikan negara akan membantu setiap murid mencapai potensi sepenuhnya dengan mewujudkan peluang yang formal dan bukan formal, bekerja dalam pasukan dan mengamalkan ciri kepimpinan. Dalam konteks sistem pendidikan, kepimpinan merangkumi empat dimensi, iaitu keusahawanan, berdaya tahan, kecerdasan emosi, dan kemahiran berkomunikasi dengan berkesan.
4. Kemahiran Dwibahasa
Setiap kanak-kanak menguasai sekurang-kurangnya bahasa Malaysia sebagai bahasa kebangsaan dan bahasa perpaduan, serta bahasa Inggeris sebagai bahasa komuniksai antarabangsa. Dengan tahap penguasaan bahasa ini selepas menamatkan persekolahan, murid sepatutnya berupaya menggunakan bahasa Malaysia dan bahasa Inggeris dalam persekitaran kerja. Di samping itu, Kementerian akan menggalakkan semua murid untuk mempelajarai bahasa lain sebagai bahasa tambahan.
5. Etika dan Kerohanian
Sistem pendidikan akan memupuk etika dan kerohanian dalam diri setiap murid bagi mendepani cabaran yang akan ditempuhi dalam kehidupan dewasa, agar mereka boleh menyelesaikan konflik secara harmoni, bijak membuat pertimbangan, berpegang kepada prinsip ketika berada dalam situasi yang kritikal, serta berani melakukan sesuatu yang betul. Sistem pendidikan juga berhasrat untuk membentuk individu penyayang yang dapat menyumbang kepada kesejahteraan komuniti dan negara.
6. Identiti Nasional
Identiti nasional yang kukuh terikat dengan prinsip Rukunegara yang diperlukan untuk kejayaan masa depan Malaysia. Setiap murid akan berbangga dikenali sebagai rakyat Malaysia tanpa mengira etnik, agama atau status sosioekonomi. Semangat patriotik perlu dipupuk dalam diri setiap murid dengan cara memahami sejarah negara, dan berkongsi aspirasi yang sama untuk masa depan negara. Demi mewujudkan identiti nasional yang sebenar, semangat kukuh cintakan tanah air diperlukan. Identiti nasional akan dapat dicapai bukan hanya melalui belajar memahami, tetapi juga menerima serta menghayati hakikat kepelbagaian.
Diharapkan maklumat ini dapat membantu guru dalam memahami PPPM dengan lebih baik. Sekiranya guru-guru mempunyai maklumat tambahn boleh berhubung dengan kami supaya kami dapat kongsikan bahan tersebut.

SOALAN UPSR 2016 CEMERLANG


UPSR semakin hampiri
Debaran semakin dirasai
Persediaan PERLU lebih rapi
Doa sepenuh hati
Insha Allah, kejayaan akan dikecapi


Untuk itu, saya sediakan soalan UPSR tahun 2016 untuk latih tubi calon-calon UPSR 2017





Mungkin berminat soalan lain:

LATIH TUBI PELBAGAI SOALAN LAIN


SELAMAT MENCUBA!!!

Saturday, 3 June 2017

CUTI SEKOLAH DALAM BULAN RAMADHAN

SELAMAT BERCUTI

Cuti Sekolah datang lagi....
Selamat Bercuti kepada semua murid Skkb Dungun
Cuti sekolah sehingga 26 Mei hingga 10 Jun  2017
Selain menjalankan ibadat puasa Ramadhan dan membuat aktiviti bersama keluarga, marilah kita latih diri dengan aktiviti pembelajaran di rumah dengan membuat latih tubi soalan-soalan lepas supaya kita mahir dalam menjawab soalan.
Bukan tekan tubi tapi Latih Tubi..
Latih tubi soalan-soalan ini dapat menjadikan kita lebih kreatif dan berfikiran lebih inovatif.
Jangan lupa juga siapkan kerja sekolah yang diberikan oleh guru-guru dalam VLE.
Pastikan log in VLE mengggunakan ID n PW masing-masing.
Siapkan latihan yang disediakan.
Ibubapa boleh bersama anak-anak untuk log in VLE guna ID Parents.
Guru2 akan semak semua latihan yang disediakan dalam VLE sepanjang cuti sekolah.

Selain itu, banyak bahan pembelajaran telah disediakan untuk pembelajaran di rumah:

PEMBELAJARAN INTERAKTIF

Selamat Bercuti dan Selamat Mencuba!!!