Monday, 1 January 2018

PHONICS YEAR 2

The words used within the materials are based on the ENGLISH LINUS PUPIL'S MODULE  BOOK 2, the Second  Edition (2017) as what had been required in the Year 2 Phonics SOW. The 2 weeks phonics lessons will only cover selected words based on the phonics table in SOW, serving as an introduction to the language. Further emphasized on phonics will be consolidated throughout the year.

DAY 1
(oy, ir, ue, aw)
READING & WRITING










DAY 2 
(wh, oh, ew, oe, au)
LISTENING & READING










DAY 3
(wh, ph, ew, oe, au)
READING & WRITING










Read the words on the board and write them in the correct boxes.

DAY 4 
(a_e, e_e, i_e, o_e, u_e)
LISTENING & READING












DAY 5
(a_e, e_e, i_e, o_e, u_e)
READING & WRITING













PROGRAM TRANSISI TAHUN 1 2018

Taklimat serta Salam Perkenalan oleh Bonda Arzoraini kepada semua murid tahun 1 sebelum murid tersebut bergerak ke kantin sekolah bagi mengikuti Program Tansisi 2018.

Penyelaras Program Transisi iaitu Puan Nur Haizi bin Ismail bersama semua guru yang mengajar tahun 1 melancarkan Program Transisi yang disempurnakan oleh Bonda Arzoraini Zahari, Guru Besar SK KG Baru Kuala Abang disaksikan oleh semua GPK.





























PERUTUSAN PENGARAH PENDIDIKAN TERENGGANU SEMPENA SESI PERSEKOLAHAN 2018


PERUTUSAN PENGARAH PENDIDIKAN TERENGGANU
SEMPENA SESI PERSEKOLAHAN 2018

Assalamualaikum w.b.t dan Salam Sejahtera kepada semua warga pendidikan negeri Terengganu.
Alhamdulillah pertamanya marilah sama-sama kita menzahirkan setinggi-tinggi kesyukuran ke hadrat Ilahi kerana dengan limpah dan rahmat-Nya kita dikurniakan peluang untuk melangkah ke tahun 2018. Kita bersyukur kerana kita termasuk dalam kalangan  mereka yang sentiasa insaf, peka dan prihatin akan waktu yang datang dan pergi dan sentiasa berusaha  menggunakan sebaik-baiknya untuk manfaat kita bersama-sama.

Sesungguhnya, walaupun tahun 2017 telah dilalui dalam suasana penuh mancabar, namun dari segi kemenjadian pendidikan kita telah diwarnai dengan pelbagai kejayaan dan pencapaian yang membanggakan sama ada di peringkat negeri, kebangsaan mahupun antarabangsa. Saya yakin dan percaya semua pencapaian ini merupakan natijah kepada curahan keringat, usaha yang bersungguh-sungguh, komitmen penuh ikhlas dan kerjasama erat dalam kalangan seluruh warga pendidikan. Kita juga tidak melupakan sokongan padu kerajaan negeri Terengganu melalui prinsip Memperkasakan Pendidikan melalui agenda Transformasi Terengganu Baharu. Kita telah membuktikan bahawa kita mempunyai kekuatan dan keupayaan untuk mengharungi cabaran seterusnya pada tahun-tahun yang mendatang.

Semua guru Terengganu yang dihormati, marilah kita menggembeleng sumber, tenaga, kerjasama padu dan keyakinan bahawa amanah yang kita pikul ini demi membina kekuatan dan masa depan yang lebih baik untuk generasi akan datang. Kita perlu sedar akan hakikat bahawa, kita menghadapi cabaran dan lanskap pendidikan, lantaran perubahan dalam sistem pendidikan. Bagi mengimbangi beban tugas guru yang semakin mencabar, pendidikan Terengganu telah menjadi negeri rintis eRPH iaitu Rancangan Pengajaran Harian Bentuk Softcopy bagi memudahkan guru menulis rancangan harian. Jabatan Pendidikan Terengganu akan sentiasa berusaha mencari pelbagai inovasi demi menjaga kebajikan guru-guru.

Selaku peneraju utama kepemimpinan pendidikan negeri, saya mengajak seluruh warga pendidikan untuk terus fokus dalam Memperkasakan Transformasi Pendidikan bagi memperkukuhkan pencapaian dalam semua aspek. Marilah kita meletakkan negeri Terengganu terus tersohor di peringkat antarabangsa untuk tahun 2018 dan tahun-tahun akan datang. Lantaran itu, kita hendaklah perkukuhkan perpaduan, memantapkan kolaborasi yang produktif, membudayakan inovasi dan berdoa agar kita terus diberikan kekuatan dan keupayaan serta dapat menyempurnakan segala amanah yang telah diberikan ini dengan sebaik mungkin. Guru-guru Terengganu yang hebat lagi budiman, marilah kita bekerja mengikut Operasi Prosedur Standard supaya tindakan kita betul dan tepat dalam menangani pelbagai masalah pendidikan khasnya yang melibatkan karenah murid-murid. Pada masa yang sama, saya menyeru agar PIBG memainkan peranan berkesan dalam menangani isu-isu yang melibatkan masyarakat dan guru. Hal ini penting bagi mengelakkan salah faham dan ketegangan antara guru dan ibu bapa.

Semua warga pendidikan yang dihormati, insya-Allah tahun 2018 akan dikurniakan kejayaan dan pencapaian yang lebih cemerlang demi anak didik yang tercinta  sejajar dengan hasrat kita melahirkan murid Gen-T.
Selamat Tahun Bahru 2018 dan Selamat Maju Jaya

HAJI SHAFRUDDIN BIN HAJI ALI HUSSIN P.J.C.,P.J.K
Pengarah Pendidikan Negeri Terengganu

Wednesday, 22 November 2017

DEBARAN MENANTI KEPUTUSAN UPSR 2017

Tanggal 23 November 2017

Semua sedang menanti
Semua sedang menunggu
Pastinya penuh debaran
Pastinya penuh harapan

Detik 10 pagi
Ia pasti akan tiba
Dub dap dup dap
Semoga keputusan kali ini membawa sinar
Insha Allah

Semoga Dipermudahkan segala urusan kita.
Amiinn

Ro
Skkb Kuala Abang



Saturday, 18 November 2017

SYUKUR DAN SABAR KETIKA DI UJI

Bersyukur Dan Bersabar Ketika Diuji Tanda Orang Yang Bertaqwa


Bersyukur dan bersabar adalah sifat orang yang beriman.

Orang yang bersabar ketika diuji itulah orang yang memperoleh keberkatan yang sempurna dan rahmat dari Allah.
"Dan sungguh akan Kamu berikan cubaan kepadamu dengan sedikit ketakutan, kekurangan harta, jiwa dan buah-buahan.. Dan sampaikanlah berita gembira kepada orang-orang yang sabar.. (Iaitu) orang-orang yang apabila ditimpa musibah, mereka mengucapkan, Inna Lillahi wainna ilaihi raji'un (sesungguhnya kami adalah milik Allah dan kepadaNYA kami kembali).. Mereka itulah yang mendapat keberkatan yang sempurna dan rahmat dari Tuhannya dan mereka itulah orang-orang yang mendapat petunjuk..." (Surah al-Baqarah ayat 155)

Ketika kamu diuji dan sesuatu musibah menimpa, teruskanlah berjalan.. teguhkan langkahmu.. Allah pasti telah menggantikan sesuatu di hadapan nanti. Mungkin sebuah kehidupan yang lebih baik dan indah. Yang lepas biarkanlah. 

Bersabar dan seterusnya bersyukur ketika diuji merupakan satu langkah pendewasaan diri. Dengan masalah kamu tahu menyelesaikan.. dengan musibah kamu akan lebih matang dan dewasa menangani sesuatu situasi. Orang yang berjaya dan berada di atas bukanlah mereka memiliki magik yang membolehkan mereka terbang ke langit... melainkan mereka juga macam kita melepasi rintangan demi rintangan dengan sabar sehingga berjaya.

Akhir kata, bersabarlah ketika diuji. Nasihat ini juga buat penulis ini.. yang kadang-kadang ada turun naiknya bermacam rasa bila diuji. Lantas.. teringat kata Firman Allah SWT dalam al Quran,
 Ketika masalah datang, Allah tidak meminta kita untuk memikirkan jalan keluar hingga penat, Allah hanya meminta kita sabar dan solat.