Monday, 3 December 2018

CONTOH RANCANGAN TAHUNAN UNIT PKK 1 PENGGAL

CONTOH RANCANGAN TAHUNAN UNIT PKK SELAMA 1 PENGGAL


RANCANGAN TAHUNAN UNIT  PENGAKAP KANAK-KANAK.

TAHUN :  4

MGU
                    TAJUK
          ISI   KANDUNGAN
                        AKTIVITI
CATATAN / ALATAN
1
PENDAFTARAN
1. Mendaftarkan ahli baru
2. Mengutip yuran pendaftaran
3. Pembahagian kepada sekawan
4. Istiadat Laung Agung



1.  Latihan Istiadat Laung Agung



PKK belum boleh menyertai istiadat sebenar.

2
LENCANA KEAHLIAN


1. Persetiaan Pengakap


2. Prinsip Rukunegara


1.       Latihan Istiadat Laung Agung
2.       Permainan
3.    Penerangan dan mengumpul maklumat
       (Menyalin nota) berkaitan dengan
       Persetiaan Pengakap
4.    Penerangan dan mengumpul maklumat
       berkaitan dengan Prinsip Rukunegara.
5.    Nyanyian pengakap.
6.    Penutup
      
Latihan bersama sekawan
Carta Persetiaan
Pengakap
Buku Log
Carta Rukunegara

3
LENCANA KEAHLIAN


1. Undang-undang Pengakap




1.       Latihan Istiadat Laung Agung
2.       Permainan
3.       Penerangan dan mengumpul maklumat
mengenai undang-undang pengakap
4.    Nyanyian Undang-undang Pengakap
5.       Ujian Persetiaan Pengakap dan   
       Rukunegara  
6.    Penutup



Buku Log
Carta Undang-Undang
Pengakap
4
LENCANA KEAHLIAN


1. Kemahiran Tabik dan Hormat
    Pengakap, Isyarat Hormat  
    Pengakap, Cogankata Pengakap
    “ Buat Habis Baik “

1.       Latihan Istiadat Laung Agung
2.       Permainan
3.       Penerangan dan mengumpul maklumat
       dan tunjuk cara bagaimana tabik hormat yang betul. Menyebut Cogan kata Pengakap Kanak-Kanak “Buat Habis Baik”
4.       Ujian Undang-undang Pengakap .
5.       Nyanyian
6.       Penutup


Buku log
Carta
Potongan gambar
Lisan dan bertulis

5
LENCANA KEAHLIAN


1. Sejarah permulaan pergerakan
    pengakap


1.    Latihan Istiadat Laung Agung
2.    Permainan
3.    Penerangan dan mengumpul maklumat
       mengenai sejarah permulaan Pengakap.
4.    Nyanyian
5.    Ujian Tabik dan Hormat Pengakap,
       Isyarat Hormat Pengakap dan cogankata
       Pengakap
6.    Penutup


Buku log
6
LENCANA KEAHLIAN


1. Cerita Hutan





1.       Latihan Istiadat Laung Agung
2.       Permainan
3.    Guru bercerita memperkenalkan watak:
       Mowgli, Shere Khan, Baloo, Kaa,     
       Baghera dll.
4.       Nyanyian
5.       Ujian Lencana Keahlian - Sejarah
       Pengakap.
6.    Penutup


Rujuk Buku Cerita Hutan.
7
LENCANA KEAHLIAN

1. Istiadat Melantik

1.    Istiadat Laung Agung (PKK baru di luar)
2.    Istiadat Melantik
3.       Menyampaikan Lencana Keahlian.
4.       Permainan
5.       Nyanyian
6.       Penutup
Mulai tarikh ini PKK dibenarkan bersama PKK lain untuk Istiadat Laung Agung.

8
LENCANA WAJIB ( PKK pilih
Salah satu daripada berikut ).
a)   Ahli Renang
b)   Ahli Penunggang Basikal
Rujuk kepada buku skim Program
Latihan Kanak-Kanak.

a) Ahli Renang m.s. 23
b) Ahli Penunggang Basikal m.s.24

Ujian khas boleh diadakan oleh pemimpin (Lencana Ahli Penunggang Basikal) atau orang yang  pakar dalam bidang yang dipilih
 (Lencana  Berenang).
PKK akan dianugerahkan Lencana jika berjaya melaksanakan ujian.
9.
LENCANA KERIS GANGSA

A.      Kesetiaan
B.      Kesihatan dan keselamatan
C.     Kecekapan
D.     Penyertaan
E.      Perkhidmatan
A.  Kesetiaan

1.       Lagu Kebangsaan “Negaraku”
2.       Lambang sejagat  dan cogankata pengakap.
1.       Istiadat Laung Agung
2.       Permainan
3.       Menyalin senikata lagu Negaraku dan
Memahaminya.
4.       Menampal dan mewarnakan lambang
Pengakap.
5.       Nyanyian / tepukan pengakap
6.       Penutup
Rujuk Buku Program Latihan Pengakap Kanak-Kanak.

Buku log

 


10.
LENCANA KERIS GANGSA

C.      Kecekapan

1.       Asas perbarisan
2.       Permainan pasukan
1.       Istiadat Laung Agung
2.       Permainan – Kemahiran bola sepak/bola jaring.
3.       Asas kawat kaki – Senang diri. Sedia,kiri pusing, kanan pusing, dan lain-lain.
4.       Nynyian pengakap

5.       Ujian menynayikan lagu “Negaraku”
6.     Penutup

Rujuk Buku Program Latihan PKK ms 6
11.
LENCANA KERIS GANGSA
A.      Kesetiaan

3.       Bendera Malaysia dan negeri


4.       Nama orang – orang
Kenamaan.




B.      Kesihatan dan keselamatan
1.       Kesihatan Dan Kebersiha
        Badan
1.    Istiadat Laung Agung
2.       Permainan
3.       Pelajar mengenal dan melukis serta mewarnakan bendera Malaysia dan negeri.
4.       Guru menerangkan pengertian warna
Warna pada setiap bendera.
5.       Kerja rumah pelajar dikehendaki mencari
Nama DYMM Yang Dipertuan Agong, DYMM Raja Permaisuri, TYTT atau Yang Dipertuan Besar Negeri.
6.       Pelajar didedahkan dengan kepentingan
Menjaga kebersihan anggota, contohnya  
       Gigi, kuku, rambut, kaki, tangan dsb.
7.       Nyanyian / Penutup



Bendera Malaysia dan negeri.

Buku Log

Keratan gambar – Guru menyemak kerja pelajar pada minggu berikutnya.

Rujuk Buku Program Latihan PKK ms 5

ROHANI DERAMAN
PEMIMPIN PENGAKAP 

Saturday, 10 November 2018

KELAB BOLA TAMPAR

PERATURAN DAN PERLEMBAGAAN

PERLEMBAGAAN KELAB BOLA TAMPAR

1.     NAMA RASMI DAN ALAMAT
1.1   Nama rasmi kelab ialah Kelab Bola Tampar SK KG BARU KUALA ABANG, DUNGUN TERENGGANU.

2.     MATLAMAT
2.1  Melahirkan para pelajar yang mengetahui teknik dan undang-undang permainan bola tampar.
2.2  Mencungkil bakat pelajar dan ahli yang berkebolehan dalam permainan ini.
2.3  Mengembangkan bakat sedia ada dan melahirkan pemain yang berkebolehan untuk mewakili sekolah dalam setiap perlawanan bola tampar.

3.     KEAHLIAN
3.1  Terbuka kepada semua pelajar lelaki dan perempuan yang belajar di SKKB.
3.2  Untuk menjadi ahli, seorang pelajar perlu mendaftar dengan Guru Penasihat dan membayar yuran keahlian.

4.     YURAN KEAHLIAN
4.1  Yuran keahlian adalah sebanyak RM2.00 setahun.

5.     TAMAT KEAHLIAN
5.1  Ahli yang kerap tidak hadir dan tidak menunjukkan minat dalam sebarang aktiviti yang dianjurkan oleh kelab ini.
5.2  Ahli yang tidak membayar yuran keahlian tanpa sebab yang munasabah dalam tempoh 3 bulan.
5.3  Ahli yang melakukan tindakan yang boleh mencemarkan nama baik kelab.

6.     HAK AHLI
6.1  Menyertai apa jua perjumpaan/anjuran kelab bola tampar.
6.2  Ahli yang sah berhak mengundi dan di undi untuk mana-mana jawatan dalam kelab.

7.     MESYUARAT AGUNG TAHUNAN
7.1  Mesti diadakan satu kali setiap tahun.
7.2  Korum yang sah adalah dua pertiga dari jumlah ahli yang sah.
7.3  Semua AJK lama akan meletak jawatan dan AJK baru akan dilantik.
7.4  Proses pemilihan adalah melalui undian dan persetujuan bersama.

8.     PERLEMBAGAAN
8.1  Segala urusan berkaitan dengan kelab perlulah berdasarkan perlembagaan ini.
8.2  Pindaan pada perlembagaan hanya boleh dilakukan dengan persetujuan dua pertiga dari ahli yang sah.

9.     GURU PENASIHAT SERTA KUASANYA
9.1  Guru Penasihat terdiri daripada guru SKKB.
9.2  Guru Penasihat perlu memberi nasihat dalam merancang dan perlaksanaan sesuatu aktiviti.
9.3  Guru Penasihat sentiasa bersama dengan ahli semasa aktiviti.
9.4  Guru Penasihat mempunyai kuasa mutlak dalam semua hal berkaitan dengan kelab termasuk meminda perlembagaan setelah mendapat persetujuan daripada Penolong Kanan Kokurikulum.

10.   AHLI JAWATANKUASA
10.1        Ahli jawatankuasa dilantik semasa mesyuarat Agung.
10.2        Pemilihan ahli jawatankuasa dilakukan secara undian.
10.3        Ahli jawatankuasa kelab hendaklah terdiri daripada :
10.3.1    Pengerusi
10.3.2    Naib Pengerusi
10.3.3    Setiausaha
10.3.4    Bendahari
10.3.5    AJK Kecil seramai 2 orang
10.4        Bilangan ahli jawatankuasa bergantung kepada keperluan kelab.

11.  SENARAI TUGAS /TANGGUNGJAWAB AHLI JAWATANKUASA

11.1        Pengerusi
11.1.1   Mempengerusikan semua mesyuarat dan bertanggungjawab terhadap kesempurnaan mesyuarat.
11.1.2   Meneliti catatan minit mesyuarat dan memastikan segala keputusan diputuskan diambil tindakan sewajarnya.
11.1.3   Menjalankan tugas-tugas lain yang diarahkan oleh Guru Penasihat dari semasa ke semasa.

11.2        Naib Pengerusi
11.2.1   Membantu pengerusi dalam menjalankan tugas dan tanggungjawab yang diberi.
11.2.2   Mempengerusikan mesyuarat semasa ketiadaan pengerusi.
11.2.3   Menjalankan tugas lain yang diarahkan oleh Guru Penasihat.

11.3        Setiausaha
11.3.1   Menguruskan hal-hal mesyuarat.
11.3.2   Mencatat dan menandatangani minit mesyuarat/laporan kegiatan.
11.3.3   Mencatat kehadiran ahli.
11.3.4   Menyimpan dokumen yang berkaitan dengan persatuan.

11.4        Bendahari
11.4.1   Bertanggungjawab menguruskan kewangan kelab.
11.4.2   Membuat dan menyimpan kira-kira berkenaan semua perkara kewangan dan bertanggungjawab tentang kesahihannya.
11.4.3   Melaporkan kedudukan kewangan sekiranya diminta di dalam mesyuarat ahli jawatankuasa.

12.  KEHADIRAN /PENYERTAAN
12.1        Ahli kelab hendaklah menghadiri semua aktiviti yang dijalankan oleh kelab  
      sepanjang tahun.

13.  AKTIVITI
13.1        Aktiviti kelab dijalankan seperti yang dirancang dalam mesyuarat        agung atau    
      mesyuarat ahli jawatankuasa.
13.2       Sebarang pindaan aktiviti akan dilakukan oleh Guru Penasihat dan 
      dimaklumkan kepada semua ahli kelab.

14.  PEMBUBARAN KELAB
14.1         diberi kuasa untuk membubarkan kelab jika didapati melanggar 
      perlembagaan dan Falsafah Pendidikan Negara.

15.  HAL-HAL LAIN
15.1        Setiap ahli perlu mengetahui tanggungjawab sendiri terhadap aktiviti yang  
      dijalankan.
15.2        Ahli-ahli hendaklah sentiasa peka dan mengikut aktiviti dengan penuh minat.

Tuesday, 23 October 2018

KEPIMPINAN MURID FROG CHAMPION - VLE

Murid Frog Champion 
Muhammad Zikry Haikal bin Zamri
Sebagai fasilitator 

Memperkenalkan 
#hourofcode
#mydigitalmaker

Memberi tunjuk ajar
Membimbing
Memudahcara

Kepada murid 2 Arif. 
#Kepimpinan
#HourOfCode
#MyDigitalMake








Monday, 24 September 2018

PENGURUSAN MAKMAL KOMPUTER

Objektif Penubuhan Makmal dan Kelab Komputer Sekolah adalah untuk :    
  • Meningkatkan literasi komputer di kalangan pelajar.
  • Menggalakkan minat dan rasa ingin tahu mengenai komputer.
  • Menyediakan peluang dan kemudahan mempelajari pengatucaraan komputer kepada pelajar dan guru.
  • Menggalakkan perkongsian idea, maklumat dan pengetahuan di kalangan pelajar antara kelab dan  individu dalam masyarakat.
  • Menggalakkan penyertaan , kerjasama dan motivasi dalam proses pembelajaran
  • Menggalakkan penggunaan komputer untuk membantu aktiviti sekolah dan masyarakat.
  • Membantu pelajar berhadapan dengan kehidupan yang semakin berorientasikan komputer.
  • Memupuk sikap yang positif dan mengurangkan kekeliruan mengenai penggunaan komputer dalam kehidupan.
  • Meningkatkan penglibatan pelajar dalam pendidikan komputer dengan menggalakkan penggunaan komputer secara positif.

Organisasi dan Jawatankuasa Pengurusan Makmal Komputer
Bagi melincinkan dan melancarkan pengurusan sesebuah makmal komputer dengan sempurna sebuah jawatankuasa perlu ditubuhkan bagi menguruskan hal-hal yang berkaitan dengan makmal komputer. Jawatankuasa pengurusan makmal komputer boleh ditubuhkan berdasarkan kepentingan dan keadaan sesebuah makmal itu sendiri.
 Penasihat
Penasihat Penasihat terdiri dari guru yang mengajar apa jua matapelajaran. Disamping minat yang mendalam dan motivasi yang tinggi, guru penasihat mestilah mempunyai dedikasi yang tinggi dan rasa penglibatan ikhtisas yang sepenuhnya.
 Peranan Guru Penasihat. 
  • Menubuhkan sebuah jawatankuasa yang dianggotai oleh pelajar-pelajar yang akan membantu dalam  perancangan dan pengurusan makmal dan kelab komputer.
  • Membimbing jawatankuasa kelab dalam merancang dan menghasilkan aktiviti-aktiviti yang menarik dan memelihara minat pelajar yang berbeza-beza kebolehan dalam penggunaan komputer serta mempunyai  keseimbangan dari segi nilai pengetahuan, nilai sosial dan nilai rekreasinya.
  • Mengatur jadual bagi penggunaan komputer oleh ahli-ahli dan pembahagian tugas penyeliaan oleh ahli  jawatankuasa.
  • Menyertai semua perjumpaan formal yang diadakan oleh kelab.
  • Mengadakan perhubungan dengan kelab komputer dari sekolah-sekolah lain dalam usaha mendalami pengetahuannya dan pembahagian aktiviti kelab.
  • Bilangan guru penasihat adalah bergantung kepada bilangan ahli kelab. Penasihat makmal atau kelab komputer sebaik-baiknya mendapat pendedahan dalam penggunaan komputer dan mengikuti latihan dalam pengurusan kelab komputer sekolah. Kandungan latihan sekurang-kurangnya meliputi.

Kemudahan Fizikal
  • Bilik mestilah selesa dan keluasannya mencukupi untuk menampung bilangan komputer, ini pula bergantung kepada peruntukan yang diberi oleh Kementerian Pendidikan , Syarikat Swasta atau orang perseorangan.
  • Bilik komputer sesuai dan boleh dihubungkan secara "Local Area Networking" menggunakan Windos Nt untuk program pembelajaran berbantukan komputer boleh dijalankan.
  • Peralatan untuk pengajaran komputer seperti perisian, panel LCD, OHP dan skrin tayangan perlu diadakan.
  • Kemudahan perabut yang mencukupi termasuk meja, kerusi, almari, rak, papan tulis (white board) dan perkakasan lain seperti penyedut hampagas dan penyapu.
  • Sistem pendawaian elektrik pula mestilah selamat dan mengikut piawaian yang telah ditetapkan oleh Bahagian Pendawaian Jabatan Kerja Raya atau pengesahan dari pihak swasta yang bertauliah.
  • Alat bantuan kebakaran seharusnya disediakan sebagai langkah persediaan untuk kebakaran.
  • Lokasi makmal komputer sebaik-baiknya hendaklah berhampiran dengan bilik guru atau pejabat sekolah. Ini bersesuai kerana kerana dari segi keselamatan ia mudah dikawal selia juga memudahkan guru dan pelajar berulang-alik. Elakkan bilik komputer yang berjauhan dan terpencil, ini akan memudahkan berlakunya pecah masuk terutamanya pada masa cuti sekolah.

Keselamatan Makmal.
Bagi menjamin keselamatan makmal dan penggunanya juga perkakasannya beberapa ciri-ciri yang perlu diikuti seperti : 
  • Talian elektrik mesti dilindungi dari capaian pelajar .
  • kedua-dua pintu tidak boleh dikunci semasa kelas berjalan Pastikan pelan larian kecemasan ditempatkan disekitar kawasan maklaml agar pelajar dapat mengetahui kearah mana mereka patut pergi jika berlaku kecemasan atau kebakaran.
  • Sebaik-baiknya adakan latihan kebakaran secara berkala dengan bantuan Jabatan Bomba dan Penyelamat atau guru-guru yang berpengalaman.
  • Maklumat seperti soalan peperiksaan , maklumat pelajar dan guru perlu dijaga dan orang-orang tertentu  sahaja yang boleh mendapatkannya.
  • Simpan "backup" khasnya untuk data yang penting.
  • Adakan perisian Anti Virus yang terkini.

Peraturan Makmal Komputer 
  • Semua pengguna dilarang membawa makanan atau minuman masuk ke dalam makmal komputer.
  • Beg dilarang sama sekali dibawa ke makmal komputer.
  • Pengguna dilarang membawa masuk/keluar perisian atau diskett dari luar/ dalam ke makmal komputer kecuali dengan izin guru komputer.
  • Guru yang membawa pelajar ke makmal komputer perlu merekod terlebih dahulu nama guru, tingkatan ,waktu dan nombor komputer yang digunakan ke dalam buku log /catatan sebelum memulakan operasi.
  • Pelajar dan pengguna lain tidak dibenarkan memakai kasut semasa di makmal komputer . Kemaskan  makmal komputer sebelum meninggalkannya
  • Laporkan kepada guru pengawas dengan segera jika terdapat sebarang keadaan yang ganjil seperti bunyi,  bau benda terbakar atau apa sahaja yang disyaki dan ganjil.

Penyenggaraan Komputer 
Dalam pengurusan penyenggaraan dan baikpulih komputer beberapa borang/risalah perlu disediakan  seperti borang-borang dan risalah di bawah:
  • Risalah Panduan
  • Jadual Perancangan
  • Jadual Penggunaan
  • Sistem computer
  • Buku Log
  • Buku Stok
  • Rekod Kewangan
  • Peraturan Makmal
  • Rekod Laporan Kerosakan
  • Jadual Tugas Guru Komputer
  • Rekod Pinjaman/ Pulangan
  • Hak Cipta/ Etika
  • Organisasi jawatankuasa
  • Keselamatan Makmal
  • Jenayah Komputer
  • Keselamatan Virus
  • Rekod Stok/Inventori
  • Pengendalian dan Penggunaan Perisian – Cakera Start, Cakera Data, Cakera Luar dan Perisian Asli.

Sistem Fail 
  • Surat Menyurat
  • Minit Mesyuarat
  • Kewangan
  • Pekeliling
  • Jadual Pengajaran
  • Sukatan Pelajaran
  • Biodata Guru
  • Sumber Rujukan
  
Pengurusan Makmal Komputer 
Dalam semua organisasi, aspek pengurusan perlu dititikberatkan. Pengurusan yang cekap dan cemerlang membolehkan organisasi itu berjalan dengan baik dan berkesan. Sehubungan dengan itu pengurusan makmal komputer seharusnya mempunyai ciri-ciri dan matlamat berikut:
  • Makmal komputer boleh dijadikan sebagai satu tempat yang selesa sebagai gedung menimba ilmu juga tempat kajian dalam bidang pendidikan.
  • Semestinya makmal komputer sentiasa berada dalam keadaan keselamatan yang terjamin kebersihannya, kekemasan perabot, perkakasan dan peralatan komputer yang sentiasa dijaga dan dibaikpulih dari semasa kesemasa.
  • Diharapkan proses pengajaran dan pembelajaran dapat dijalankan dengan lancar tanpa gangguan dari komputer dan perkakasannya.
  • Diharap makmal komputer dapat memberi keselesaan kepada pelajar dan guru dimana ianya sudah tentu dapat menyumbang kearah kecemerlangan dunia pendidikan masa kini.

Pengurusan Makmal Komputer (AM)
Garis panduan penggunaan makmal komputer perlu diselaraskan dan diikuti dengan betul oleh semua pihak. Ini perlu kerana keselamatan makmal dan penggunaannya semaksima yang boleh dapat digunakan oleh semua pihak.
Risalah , manual dan buku panduan seharusnya disediakan . Ini memudahkan pengguna mengendalikan semua alat dalam makmal komputer, dengan ini pembaziran masa dapat dikurangkan. Carta aliran , berita semasa dan papan kenyataan hendaklah diadakan supaya pengguna dapat mengetahui maklumat terkini.
Sistem fail dan inventori yang lengkap, kemas dan teratur dapat menolong urusan pentadbiran dilaksanakan dengan lebih tepat dan cepat.
Pihak pengurusan perlu menyediakan jadual tugasan yang lengkap supaya cara penggunaan makmal komputer dapat dijalankan secara teratur dan dengan sendiri dapat mengelak berlaku pertindanan penggunaan makmal komputer antara kelas dan pelajar.
Mengurus hal-hal berkaitan dengan penyenggaraan makmal seperti service aircond, cuci pemacu, mengemaskini direktori dsb.

Pengurusan Pengajaran dan Pembelajaran.
  • Merancang supaya proses pengajaran dan pembelajaran berlaku mengikut sukatan pelajaran literasi komputer yang ditetapkan oleh pihak kementerian.
  • Merancang latihan guru dengan memberi latihan komputer kepada semua guru dan kakitangan sekolah supaya mereka boleh menggunakan komputer untuk mempertingkatkan produktiviti seperti "kemahiran asas menggunakan perkakasan komputer, pengetahuan dan kemahiran asas penggunaan pemprosesan data, pengetahuan dan kemahiran asas penggunaan hamparan elektronik, pengetahuan asas pemgurusan makmal dan penggunaan perisian pendidikan untuk pengajaran dan pembelajaran".
  • Merancang belanjawan dengan menggunakan peruntukan yang diberi untuk mengemaskini bahan pembelajaran bagi perisian dan komponen perkakasan komputer.
  • Bertanggunjawab terhadap proses-proses penyenggaraan komputer jika berlaku kerosakkan.
  • Bertanggungjawab dalam mengurus dan mengawal inventori juga keselamatan makmal dalam proses pengajaran.
  • Bertanggungjawab menyelaras dalam membina soalan untuk matapelajaran literasi komputer.
  • Membantu dalam pengurusan makmal komputer dengan mengadakan sudut-sudut seperti sudut berita, sudut kajian dan sudut maklumat terkini.
  • Membuat perancangan aktiviti literasi komputer bagi pelajar.

Pengurusan Perkakasan.
Semua inventori pembelian dan penggunaan perkakasan atau perisian perlu dicatatkan kedalam buku stok. Ini bertujuan bagi kegunaan pihak Audit dan pihak sekolah bagi perancangan masa akan datang.
Rekod laporan kerosakkan atau baikpulih seharusnya diadakan supaya baik pulih dapat dilaksanakan dan memastikan makmal komputer sentiasa berada didalam keadaan yang baik.

Keselamatan Bilik Komputer
Sekolah yang berkemampuan boleh memasang gril pada tingkap dan pintu makmal. Disamping itu alat penghawa dingin seharusnya diadakan disetiap makmal komputer.
Bilik komputer seharusnya tertutup suya tidak dimasuki habuk atau asap yang sentiasa terdapat di udara kita masa kini. Selain bilik yang tertutup komputer perlu ditutup dengan "penutup" komputer . Ini dapat menambah jangka hayat sesuatu komputer 

Wednesday, 1 August 2018

Bengkel Peningkatan Profesionalisme Guru Bahasa Inggeris Sekolah – Sekolah Negeri Terengganu – Action Oriented Task@ AOT 2018




BTPN Terengganu telah mengadakan Bengkel Peningkatan Profesionalisme Guru Bahasa Inggeris Sekolah – Sekolah Negeri Terengganu – Action Oriented Task@ AOT 2018 pada 22 Julai 2018 di PKG Seri Dungun.Bengkel diadakan bertujuan meningkatkan  pengetahuan guru – guru dalam Struktur Pembelajaran Koperatif dan untuk meningkatkan kreativiti dalam PdP yang berpusatkan pelajar dalam membantu pelaksanaan MBMMBI di sekolah – sekolah negeri Terengganu.Hampir kesemua sekolah ahli(Sekolah Rendah) Daerah Dungun hadir pada bengkel ini. Bengkel telah dikendalikan oleh Pn. Rohaida Ngah, Pegawai SISC+ Bahasa Inggeris dari PPD Marang .Bengkel ini adalah sebahagian daripada Projek TERIC 2018 dan ia ditaja sepenuhnya oleh pihak Exxonmobile.