Monday, 3 December 2018

CONTOH RANCANGAN TAHUNAN UNIT PKK 1 PENGGAL

CONTOH RANCANGAN TAHUNAN UNIT PKK SELAMA 1 PENGGAL


RANCANGAN TAHUNAN UNIT  PENGAKAP KANAK-KANAK.

TAHUN :  4

MGU
                    TAJUK
          ISI   KANDUNGAN
                        AKTIVITI
CATATAN / ALATAN
1
PENDAFTARAN
1. Mendaftarkan ahli baru
2. Mengutip yuran pendaftaran
3. Pembahagian kepada sekawan
4. Istiadat Laung Agung



1.  Latihan Istiadat Laung Agung



PKK belum boleh menyertai istiadat sebenar.

2
LENCANA KEAHLIAN


1. Persetiaan Pengakap


2. Prinsip Rukunegara


1.       Latihan Istiadat Laung Agung
2.       Permainan
3.    Penerangan dan mengumpul maklumat
       (Menyalin nota) berkaitan dengan
       Persetiaan Pengakap
4.    Penerangan dan mengumpul maklumat
       berkaitan dengan Prinsip Rukunegara.
5.    Nyanyian pengakap.
6.    Penutup
      
Latihan bersama sekawan
Carta Persetiaan
Pengakap
Buku Log
Carta Rukunegara

3
LENCANA KEAHLIAN


1. Undang-undang Pengakap




1.       Latihan Istiadat Laung Agung
2.       Permainan
3.       Penerangan dan mengumpul maklumat
mengenai undang-undang pengakap
4.    Nyanyian Undang-undang Pengakap
5.       Ujian Persetiaan Pengakap dan   
       Rukunegara  
6.    Penutup



Buku Log
Carta Undang-Undang
Pengakap
4
LENCANA KEAHLIAN


1. Kemahiran Tabik dan Hormat
    Pengakap, Isyarat Hormat  
    Pengakap, Cogankata Pengakap
    “ Buat Habis Baik “

1.       Latihan Istiadat Laung Agung
2.       Permainan
3.       Penerangan dan mengumpul maklumat
       dan tunjuk cara bagaimana tabik hormat yang betul. Menyebut Cogan kata Pengakap Kanak-Kanak “Buat Habis Baik”
4.       Ujian Undang-undang Pengakap .
5.       Nyanyian
6.       Penutup


Buku log
Carta
Potongan gambar
Lisan dan bertulis

5
LENCANA KEAHLIAN


1. Sejarah permulaan pergerakan
    pengakap


1.    Latihan Istiadat Laung Agung
2.    Permainan
3.    Penerangan dan mengumpul maklumat
       mengenai sejarah permulaan Pengakap.
4.    Nyanyian
5.    Ujian Tabik dan Hormat Pengakap,
       Isyarat Hormat Pengakap dan cogankata
       Pengakap
6.    Penutup


Buku log
6
LENCANA KEAHLIAN


1. Cerita Hutan





1.       Latihan Istiadat Laung Agung
2.       Permainan
3.    Guru bercerita memperkenalkan watak:
       Mowgli, Shere Khan, Baloo, Kaa,     
       Baghera dll.
4.       Nyanyian
5.       Ujian Lencana Keahlian - Sejarah
       Pengakap.
6.    Penutup


Rujuk Buku Cerita Hutan.
7
LENCANA KEAHLIAN

1. Istiadat Melantik

1.    Istiadat Laung Agung (PKK baru di luar)
2.    Istiadat Melantik
3.       Menyampaikan Lencana Keahlian.
4.       Permainan
5.       Nyanyian
6.       Penutup
Mulai tarikh ini PKK dibenarkan bersama PKK lain untuk Istiadat Laung Agung.

8
LENCANA WAJIB ( PKK pilih
Salah satu daripada berikut ).
a)   Ahli Renang
b)   Ahli Penunggang Basikal
Rujuk kepada buku skim Program
Latihan Kanak-Kanak.

a) Ahli Renang m.s. 23
b) Ahli Penunggang Basikal m.s.24

Ujian khas boleh diadakan oleh pemimpin (Lencana Ahli Penunggang Basikal) atau orang yang  pakar dalam bidang yang dipilih
 (Lencana  Berenang).
PKK akan dianugerahkan Lencana jika berjaya melaksanakan ujian.
9.
LENCANA KERIS GANGSA

A.      Kesetiaan
B.      Kesihatan dan keselamatan
C.     Kecekapan
D.     Penyertaan
E.      Perkhidmatan
A.  Kesetiaan

1.       Lagu Kebangsaan “Negaraku”
2.       Lambang sejagat  dan cogankata pengakap.
1.       Istiadat Laung Agung
2.       Permainan
3.       Menyalin senikata lagu Negaraku dan
Memahaminya.
4.       Menampal dan mewarnakan lambang
Pengakap.
5.       Nyanyian / tepukan pengakap
6.       Penutup
Rujuk Buku Program Latihan Pengakap Kanak-Kanak.

Buku log

 


10.
LENCANA KERIS GANGSA

C.      Kecekapan

1.       Asas perbarisan
2.       Permainan pasukan
1.       Istiadat Laung Agung
2.       Permainan – Kemahiran bola sepak/bola jaring.
3.       Asas kawat kaki – Senang diri. Sedia,kiri pusing, kanan pusing, dan lain-lain.
4.       Nynyian pengakap

5.       Ujian menynayikan lagu “Negaraku”
6.     Penutup

Rujuk Buku Program Latihan PKK ms 6
11.
LENCANA KERIS GANGSA
A.      Kesetiaan

3.       Bendera Malaysia dan negeri


4.       Nama orang – orang
Kenamaan.




B.      Kesihatan dan keselamatan
1.       Kesihatan Dan Kebersiha
        Badan
1.    Istiadat Laung Agung
2.       Permainan
3.       Pelajar mengenal dan melukis serta mewarnakan bendera Malaysia dan negeri.
4.       Guru menerangkan pengertian warna
Warna pada setiap bendera.
5.       Kerja rumah pelajar dikehendaki mencari
Nama DYMM Yang Dipertuan Agong, DYMM Raja Permaisuri, TYTT atau Yang Dipertuan Besar Negeri.
6.       Pelajar didedahkan dengan kepentingan
Menjaga kebersihan anggota, contohnya  
       Gigi, kuku, rambut, kaki, tangan dsb.
7.       Nyanyian / Penutup



Bendera Malaysia dan negeri.

Buku Log

Keratan gambar – Guru menyemak kerja pelajar pada minggu berikutnya.

Rujuk Buku Program Latihan PKK ms 5

ROHANI DERAMAN
PEMIMPIN PENGAKAP 

Saturday, 10 November 2018

KELAB BOLA TAMPAR

PERATURAN DAN PERLEMBAGAAN

PERLEMBAGAAN KELAB BOLA TAMPAR

1.     NAMA RASMI DAN ALAMAT
1.1   Nama rasmi kelab ialah Kelab Bola Tampar SK KG BARU KUALA ABANG, DUNGUN TERENGGANU.

2.     MATLAMAT
2.1  Melahirkan para pelajar yang mengetahui teknik dan undang-undang permainan bola tampar.
2.2  Mencungkil bakat pelajar dan ahli yang berkebolehan dalam permainan ini.
2.3  Mengembangkan bakat sedia ada dan melahirkan pemain yang berkebolehan untuk mewakili sekolah dalam setiap perlawanan bola tampar.

3.     KEAHLIAN
3.1  Terbuka kepada semua pelajar lelaki dan perempuan yang belajar di SKKB.
3.2  Untuk menjadi ahli, seorang pelajar perlu mendaftar dengan Guru Penasihat dan membayar yuran keahlian.

4.     YURAN KEAHLIAN
4.1  Yuran keahlian adalah sebanyak RM2.00 setahun.

5.     TAMAT KEAHLIAN
5.1  Ahli yang kerap tidak hadir dan tidak menunjukkan minat dalam sebarang aktiviti yang dianjurkan oleh kelab ini.
5.2  Ahli yang tidak membayar yuran keahlian tanpa sebab yang munasabah dalam tempoh 3 bulan.
5.3  Ahli yang melakukan tindakan yang boleh mencemarkan nama baik kelab.

6.     HAK AHLI
6.1  Menyertai apa jua perjumpaan/anjuran kelab bola tampar.
6.2  Ahli yang sah berhak mengundi dan di undi untuk mana-mana jawatan dalam kelab.

7.     MESYUARAT AGUNG TAHUNAN
7.1  Mesti diadakan satu kali setiap tahun.
7.2  Korum yang sah adalah dua pertiga dari jumlah ahli yang sah.
7.3  Semua AJK lama akan meletak jawatan dan AJK baru akan dilantik.
7.4  Proses pemilihan adalah melalui undian dan persetujuan bersama.

8.     PERLEMBAGAAN
8.1  Segala urusan berkaitan dengan kelab perlulah berdasarkan perlembagaan ini.
8.2  Pindaan pada perlembagaan hanya boleh dilakukan dengan persetujuan dua pertiga dari ahli yang sah.

9.     GURU PENASIHAT SERTA KUASANYA
9.1  Guru Penasihat terdiri daripada guru SKKB.
9.2  Guru Penasihat perlu memberi nasihat dalam merancang dan perlaksanaan sesuatu aktiviti.
9.3  Guru Penasihat sentiasa bersama dengan ahli semasa aktiviti.
9.4  Guru Penasihat mempunyai kuasa mutlak dalam semua hal berkaitan dengan kelab termasuk meminda perlembagaan setelah mendapat persetujuan daripada Penolong Kanan Kokurikulum.

10.   AHLI JAWATANKUASA
10.1        Ahli jawatankuasa dilantik semasa mesyuarat Agung.
10.2        Pemilihan ahli jawatankuasa dilakukan secara undian.
10.3        Ahli jawatankuasa kelab hendaklah terdiri daripada :
10.3.1    Pengerusi
10.3.2    Naib Pengerusi
10.3.3    Setiausaha
10.3.4    Bendahari
10.3.5    AJK Kecil seramai 2 orang
10.4        Bilangan ahli jawatankuasa bergantung kepada keperluan kelab.

11.  SENARAI TUGAS /TANGGUNGJAWAB AHLI JAWATANKUASA

11.1        Pengerusi
11.1.1   Mempengerusikan semua mesyuarat dan bertanggungjawab terhadap kesempurnaan mesyuarat.
11.1.2   Meneliti catatan minit mesyuarat dan memastikan segala keputusan diputuskan diambil tindakan sewajarnya.
11.1.3   Menjalankan tugas-tugas lain yang diarahkan oleh Guru Penasihat dari semasa ke semasa.

11.2        Naib Pengerusi
11.2.1   Membantu pengerusi dalam menjalankan tugas dan tanggungjawab yang diberi.
11.2.2   Mempengerusikan mesyuarat semasa ketiadaan pengerusi.
11.2.3   Menjalankan tugas lain yang diarahkan oleh Guru Penasihat.

11.3        Setiausaha
11.3.1   Menguruskan hal-hal mesyuarat.
11.3.2   Mencatat dan menandatangani minit mesyuarat/laporan kegiatan.
11.3.3   Mencatat kehadiran ahli.
11.3.4   Menyimpan dokumen yang berkaitan dengan persatuan.

11.4        Bendahari
11.4.1   Bertanggungjawab menguruskan kewangan kelab.
11.4.2   Membuat dan menyimpan kira-kira berkenaan semua perkara kewangan dan bertanggungjawab tentang kesahihannya.
11.4.3   Melaporkan kedudukan kewangan sekiranya diminta di dalam mesyuarat ahli jawatankuasa.

12.  KEHADIRAN /PENYERTAAN
12.1        Ahli kelab hendaklah menghadiri semua aktiviti yang dijalankan oleh kelab  
      sepanjang tahun.

13.  AKTIVITI
13.1        Aktiviti kelab dijalankan seperti yang dirancang dalam mesyuarat        agung atau    
      mesyuarat ahli jawatankuasa.
13.2       Sebarang pindaan aktiviti akan dilakukan oleh Guru Penasihat dan 
      dimaklumkan kepada semua ahli kelab.

14.  PEMBUBARAN KELAB
14.1         diberi kuasa untuk membubarkan kelab jika didapati melanggar 
      perlembagaan dan Falsafah Pendidikan Negara.

15.  HAL-HAL LAIN
15.1        Setiap ahli perlu mengetahui tanggungjawab sendiri terhadap aktiviti yang  
      dijalankan.
15.2        Ahli-ahli hendaklah sentiasa peka dan mengikut aktiviti dengan penuh minat.