SRI PETALING: Sukan
seni mempertahankan diri campuran atau MMA bakal mewarnai Hari Sukan Negara
yang akan diadakan Sabtu ini.
Keterujaan ini dikongsi oleh para atlet MMA profesional negara yang memberi sokongon kepada atlet amatur yang bakal beraksi pada hari tersebut.
Selain seni bela diri, mereka juga percaya MMA mampu menjadi aktiviti untuk mengamalkan gaya hidup yang sihat.
Peninju Muay Thai profesional yang juga petarung MMA Malaysia, Saiful Merican menyifatkan Hari Sukan Negara sebagai satu cetusan idea yang terbaik.
“Hari Sukan Negara adalah satu program ataupun cadangan yang terbaik kerana kita di Malaysia harus lebih bersenam.
"Seperti seni bela diri, ramai orang jadikan ini sebagai trend sukan untuk bersenam dan untuk keluarkan peluh.”
Bagi seorang lagi petarung MMA negara, Peter Davis, Hari Sukan Negara adalah program yang baik untuk menggalakkan orang ramai menjadi lebih aktif.
"Pada masa yang sama,orang mengambil inisiatif untuk keluar dan melakukan senaman, ia satu perkara yang besar," kata Peter yang juga merupakan seorang pelakon dan model.
Dalam pada itu, Hari Sukan Negara turut dilihat sebagai satu platform untuk menyatukan rakyat.

Sumber : Astro Awani
No comments:
Post a Comment