Tuesday, 8 March 2016

TAKLIMAT MEMPERKASAKAN PENGURUSAN MURID SMK DAN SR NEGERI TERENGGANU 2016

TEMPAT         : BILIK SEMINAR CHEMERONG PPD DUNGUN
MASA              : 8.30 PG
HARI               : AHAD
KEHADIRAN : PK HEM SMK DAN SR DAERAH DUNGUN. 

Fasilitator:
Pegawai JPNT dan PPD Dungun 

Taklimat :
1. e Sarana PIBG
2. Aplikasi Pangkalan Data Murid 
3. Proses Permohonan Pendaftaran Murid Tahun 1 2017
4. Amanat dan Salam Perkenalan daripada Pegawai PPD Dungun.

                                     




SENARAI TUGAS PENOLONG KANAN HEM

Pembangunan Diri Pelajar. 

Disiplin
  1. Menentukan penerapan amalan-amalan dan nilai –nilai murni
  2. Memastikan peraturan-peraturan sekolah dikuatkuasakan
  3. Menjadi penasihat Lembaga Pengawas Sekolah.
  4. Mengambil tindakan yang sesuai terhadap kes-kes pelajar yang melanggar tatatertib dan salah laku.
  5. Menyelaras dan menyediakan rekod disiplin pelajar dan laporan pelajar.
  6. Mewujudkan hubungan dua hala di antara sekolah dengan ibu bapa/ penjaga.
Program Perlindungan Pelajar. 
  1. Merancang dan menyelaras program mencegah penyalahgunaan dadah dan program lain diperingkat sekolah.
  2.  Memastikan langkah-langkah keselamatan pelajar semasa berada di sekolah dilaksanakan.
 Kesihatan
  1. Menguruskan kemudahan rawatan pelajar.
  2. Memastikan program-program kesihatan pelajar semasa berada di sekolah dilaksanakan
  3. Menyelaraskan penyeliaan kantin sekolah.
  4. Menyelaras aktiviti kesihatan pelajar.
Skim Pinjaman Buku Teks 
  1. Menyelaraskan pengeluaran, data pengambilan, pengagihan dan hapuskira buku teks.
  2.  Menguruskan kutipan data, mengawal buku stok dan bilik buku SPBT.
  3. Menyediakan anggaran belanjawan bagi pengurusan SPBT.
Biasiswa dan Bantuan. 
  1. Menyelenggarakan Perakuan-perakuan biasiswa dan bantuan.
  2. Mengemaskinikan rekod biasiswa dan bantuan
  3. Menguruskan tuntutan bayaran biasiswa pelajar.
 Pengurusan
  1. Menguruskan dan mengemaskinikan buku rekod pendaftaran pelajar.
  2. Menguruskan kemasukan dan penempatan pelajar.
  3. Menguruskan pertukaran pelajar.
  4. Menyemak buku kedatangan harian pelajar.
  5.  Menguruskan surat akuan, sijil-sijil pelajar, pengesahan dan pengedaran Sijil Berhenti Sekolah.
  6. Membantu menyediakan anggaran belanjawan sekolah
  7. Membantu merancang takwim sekolah.

No comments:

Post a Comment