Bermulanya Program 40 Hari Menjelang UPSR 2016, debaran semakin hangat terasa bukan sahaja kepada murid-murid dan para guru malah para ibubapa juga tidak terkecuali turut merasa kehangatannya.
Kami dari Pihak Pengurusan Sekolah dan barisan guru SKKB ingin menyeru kepada semua ibubapa supaya dapat memberikan kerjasama yang baik dalam menguruskan masa anak-anak, kesihatan diri dan pengurusan kendiri anak-anak supaya mereka sentiasa terjaga.
Penglibatan anak-anak dalam Kelas Tambahan perlu diberi penekanan supaya mereka mahir dalam menjawab soalan dengan teknik yang betul dengan bimbingan guru.
Ibubapa juga disarankan agar memantau segala aktiviti anak-anak semasa berada di rumah dengan memperbanyakkan aktiviti pembelajaran, seimbangkan dengan aktiviti riadah, pengurusan emosi yang baik dan mengamalkan pemakanan yang sihat. Aktiviti keagaman juga tidak dilupakan. Doa ibubapa juga sangat mujarat untuk membuahkan kejayaan kepada anak-anak.
Jangan berusaha atau mengerjakan sesuatu dengan setengah hati, kerana hasil yang akan kamu dapatkan pun akan menjadi setengah sahaja.”
"Lebih baik belajar sedikit demi sedikit tapi rutin."
"Lebih baik belajar sedikit demi sedikit tapi rutin."
Untuk melihat maklumat terperinci mengenai Program 40 Hari Menjelang UPSR 2016 Sekolah Kebangsaan Kampung Baru Kuala Abang, boleh ke LINK di bawah:
Dokumen penting untuk dikongsikan bersama guru-guru tahun 6.
Mesyuarat UPSR Kali ke 4/2016
Encik Saifulizan bin Ghani
Penyelaras UPSR 2016
Menerangkan kepada semua guru tahun 6 tentang Program 40 Hari Menjelang UPSR 2016.
Tn Hj Mahzun Ismail
PK Pentadbiran SKKB
Mempengerusikan Mesyuarat Penting UPSR
Pn Hamidah Chik, Pn Faridah Taha dan Hjh Noor Azanlina Abdullah.
Guru Tahun 6 yang berdedikasi dan semangat tinggi demi mencapai Kejayaan UPSR.
No comments:
Post a Comment