Salam.
Sedikit info baru yg dikeluarkan oleh Kementerian Pendidikan Malaysia untuk semua ibu bapa yg nak daftarkan anak utk Tahun 1 bagi sesi persekolahan 2018 & 2019..
Semua ibu bapa haruslah mengemukakan permohonan secara online di laman web
https://public.moe.gov.my
dengan membuat Pendaftaran dalam laman web berkenaan.
Setelah buat pendaftaran..baru ibu bapa boleh mendaftarkan anak2 dengan menggunakan no IC nya sahaja. Setelah no IC dimasukkan..ibu bapa perlu melengkapkan segala maklumat yg dikehendaki seperti maklumat:-
1) Sejarah Tadika/Pra sekolah
2) Maklumat Kesihatan anak seperti Kump. Darah, Sejarah Pengambilan Imunisasi Bayi ( refer pd buku kesihatan anak2 setelah lahir.Kalau lelaki Biru, Perempuan-Pink)
3)Maklumat Penjaga
4) Maklumat Permohonan mengenai sekolah yg hendak dipohon
5) Perakuan permohonan (proses pengakuan utk segala maklumat yg telah diberikan)
Selesai kelima-lima bahagian tu..jangan lupa tekan button HANTAR. Kemudian Cetak Surat Permohonan Sekolah & Surat Persetujuan Kesihatan untuk dihantar ke sekolah yg dipohon bagi proses pengesahan selanjutnya oleh pihak sekolah.. (nak selamat..buat 2 salinan..1 utk simpanan sek dan 1 lg utk simpanan ibu bapa murid)
Selamat Berdaftar..
Jangan suka lengah2kan kerja..nanti anak tak dapat masuk sekolah..jangan salahkan kami ye.. pendaftaran dibuka sehingga 30 April 2017 sahaja. Selepas tarikh itu kami tidak akan melayan apa2 masalah lagi.
Harap maklum.
#Bagi ibubapa yang tidak mahir dengan Pendaftaran online... segera datang jumpa kami.. Kami bersedia membantu anda.. Sila bawa bersama maklumat spt di atas..
Kerjasama antara kita akan cepatkan proses pendaftaran selesai...
Terima kasih...
No comments:
Post a Comment