PENGENALAN
Program Khidmat Bantu PSS merupakan satu wahana bagi mencapai matlamat Dasar Pendidikan Kebangsaan. Ia merupakan inisiatif dan tindakan proaktif BTP dan rangkaiannya untuk memberi khidmat bimbingan dan panduan pengurusan dan pemprosesan bahan sumber pendidikan serta urusan pengendalian PSS yang lebih berkesan. Pemantauan terhadap PSS merupakan sebahagian bidang pengurusan sekolah yang perlu diberikan perhatian khusus dari semasa ke semasa.
PSS mempunyai hubungan langsung dengan pelaksanaan program kurikulum dan kokurikulum di peringkat sekolah. Oleh yang demikian, PSS perlu diurus dengan baik agar penggunaan media cetak dan bukan cetak tersebut dapat di manfaat oleh semua guru dan semua murid di sekolah. Adalah menjadi tanggungjawab pihak sekolah untuk memastikan kemudahan disediakan itu dimanfaatkan sepenuhnya. PSS sepatutnya dianggap sebagai tempat yang penting bagi pemupukan tabiat dan kemahiran membaca dalam kalangan murid-murid.
Program ini diharap akan dapat memartabatkan PSS sebagai nadi utama pengajaran dan pembelajaran ke arah kecemerlangan pendidikan. Di samping itu juga diharap agar objektif-objektif berikut dapat dicapai:
- Meningkatkan pengurusan PSS secara keseluruhan khususnya dalam bidang pengurusan bahan, fizikal (susun atur dan keceriaan serta sistem pentadbiran).
- Meningkatkan penggunaan PSS di kalangan guru dan murid sejajar dengan keperluan pendidikan dan aplikasi ICT.
- Meningkatkan kadar pembacaan di kalangan murid sekolah selaras dengan pelaksanaan dan hala tuju program NILAM.
BANTU KHIDMAT PSS DI SK KAMPUNG BARU KUALA ABANG, DUNGUN
Buat pertama kalinya, Program Khidmat Bantu Pusat Sumber Sekolah Peringkat Negeri Terengganu bagi Daerah Dungun Tahun 2017 dijalankan bermula pada 7-9 April 2017 bertempat di PSS Sekolah Kebangsaan Kampung Baru Kuala Abang. Seramai 10 orang peserta yang terdiri daripada Pegawai PKG, Guru Perpustakaan dan Media sekolah-sekolah kelompok, guru-guru SK Kg Baru Kuala Abang serta Pengawas PSS SKKB telah terlibat dalam program tersebut. Program telah dimulakan pada hari pertama dengan taklimat khas.
LAPORAN SEBELUM, SEMASA DAN SELEPAS KHIDMAT BANTU PSS
No comments:
Post a Comment