Saturday, 18 March 2017

KELAS TAMBAHAN CUTI TERANCANG MAC 2017

Kelas Tambahan Cuti Terancang
Hari Pertama
Jumaat 17.3.17
Mohd Nor Embong 
Mithali Jumiry 
Mazurani Mat Jusoh

Kelas Tambahan
Hari Ke2
18.03.17
Terima kasih kepada semua ibubapa mutid tahun 5 dan 6 atas kerjasama menghantar dan mengambil anak2.
Terima kasih:

Bonda Arzoraini Zahari juga bersama menjadi tenaga pengajar Kelas Tambahan Tahun 6

Penyelaras UPSR En Saifulizan Ghani mengajar Tahun 5 dan 6

Hjh Noor Azanlina, Cg Bahaman Mohamed Noor, Cg Maizura Nurazmi, Ustazah Rahani Hashim


4 Subjek Teras untuk 3 hari Kelas Tambahan

Semoga anak2 Skkb terus diberi kesihatan yang baik bagi menjayakan kelas tambahan ini seterusnya dapat bersama keluarga bagi menghabiskan cuti sekolah sehingga 25 Mac 2017.

Musim cuaca yang agak panas, pastikan minum air yang banyak dan membawa air kosong sebagai bekal semasa kelas tambahan.


















PROGRAM GURU PENYAYANG

Guru penyayang seharusnya menjiwai bahawa murid mereka merupakan aset penting yang perlu diberi perhatian, dijaga, dibimbing, dihargai kewujudannya dan disayangi setiap masa. Justeru, adalah diharapka setiap guru menghayati konsep guru penyayang selaras dengan objektif pelaksanaan Amalan Guru Penyayang seperti berikut:
1. Menjiwai amalan penyayang sebagai budaya guru;
2. Menginsafi bahawa kehadiran murid merupakan rahmat kepada sekolah;
3. Menyedari bahawa setiap murid adalah aset kepada sekolah; dan
4. Menghargai sumbangan murid, ibu bapa, komuniti/masyarakat kepada sekolah.
Amalan Guru Penyayang hendaklah dilaksanakan secara berterusan agar menjadi budaya guru di sekolah. Bagi fasa pertama pelaksanaanya, sekolah hendaklah melaksanakan tiga aktiviti berikut:
a. mengalu-alukan kehadiran murid
b. memberi penghargaan kepada murid
c. program mentor mentee
Sehubungan dengan itu, semua sekolah hendaklah merancang strategi pelaksanaanya di peringkat sekolah masing-masing. Aktiviti ‘Mengalu-alukan Kehadiran Murid‘ dan aktiviti ‘Memberi Penghargaan Kepada Murid‘ berjalan seiringan.
Image result for PROGRAM GURU PENYAYANG






PEMBUDAYAAN VLE CUTI SEKOLAH

Kelas Tambahan Cuti Terancang
Bersama membudayakan #vle







PENDAFTARAN MURID TAHUN SATU 2018 DAN 2019

Makluman kepada semua ibubapa/penjaga murid SK KG Baru Kuala Abang.
PENDAFTARAN MURID TAHUN 1 BAGI TAHUN 2018 DAN 2019 telah dibuka kepada
kanak-kanak yang lahir pada 2.1.2011 HINGGA 1.1.2012 yang belum daftar (6 Tahun)
dan
kanak-kanak yang lahir pada 2.1.2012 HINGGA 1.1.2013 ( 5 Tahun ).
TARIKH : Mulai 1 Mac - 30 April 2017
HARI : HARI BEKERJA,
MASA : WAKTU PEJABAT.
* Ibubapa digalakkan mendaftar di laman web
http://public.moe.gov.myhttps://public.moe.gov.my/
Sekiranya mendaftar di laman tersebut, satu salinan hendaklah di hantar ke sekolah.
Sekian, terima kasih.


Tuesday, 14 March 2017

TAHNIAH ! PINGAT EMAS LOMPAT JAUH L12


Tahniah kepada Adik Muhammad Syahmi bin Mazlan
Dari Kelas 6 Arif

Berjaya mengutip Pingat Emas dalam Acara Lompat Jauh bagi L12

Syabas.. Emas yang Pertama bagi tahun 2017.

Rekod baru dicipta setelah sekian lama SKKB menanti.

Tahniah kepada Atlet Muhammad Syahmi bin Mazlan,
Ibubapa dan keluarga..

Terima kasih kepada semua warga SKKB terutama Guru Besar, 
Bonda Arzoraini binti Zahari
PK KO Encik Suhaimi bin Mat Hassan
Jurulatih 
Bahaman Mohamed Nor
Saifulizan Ghani
Mohd Suri Sham Mamat
Muhammad Fadzil bin Hassin

Serta semua guru SKKB.





Thursday, 9 March 2017

SKPMg2 - Standard Kualiti Pendidikan Malaysia Gelombang 2

SKPMg2 ataupun Standard Kualiti Pendidikan Malaysia Gelombang 2 adalah merupakan penggubalan semula SKPM 2010 dengan beberapa penambahbaikan hasil daripada beberapa siri kajian dan mesyuarat. Penambahbaikan kepada SKPMg2 adalah bertujuan untuk meningkatkan kualiti dan juga menyesuaikan SKPM dengan perkembangan pendidikan semasa.


SKPMg2 - Standard Kualiti Pendidikan Malaysia Gelombang 2
SKPMg2 Standard Kualiti Pendidikan Malaysia Gelombang 2

Draf SKPMg2 yang dikeluarkan pada 13 September 2016 oleh Jemaah Nazir dan Jaminan Kualiti ini merupakan piawai yang digunakan bagi menentukan  tahap pencapaian kualiti pendidikan mencakupi beberapa bidang seperti kepimpinan, pengurusan organisasi, pengurusan kurikulum, kokurikulum dan hal ehwal murid, pembelajaran dan pemudahcaraan dan kemenjadian murid.Download



Standard 1 : Kepimpinan

Pengetua / Guru Besar (PGB) berperanan sebagai pemimpin berimpak tinggi yang berupaya menggembleng dan menggerakkan warga sekolah secara bersepadu untuk memajukan sekolah dan meningkatkan kualiti pdp. Download

PGB sebagai Peneraju

PGB sebagai Pembimbing
PGB sebagai Pendorong



Standard 2 : Pengurusan Organisasi

Organisasi sekolah diurus secara cekap dengan mengambil kira potensi dan keperluan warga sekolah, kemudahan sumber dalaman dan luaran untuk meningkatkan keberkesanan pengoperasian sekolah. Download

Pengurusan Sumber Manusia

Pengurusan Aset
Pengurusan Kewangan
Pengurusan Sumber Pendidikan
Iklim
Pengurusan Perpaduan
Permuafakatan Strategik


Standard 3 : Pengurusan Kurikulum, Kokurikulum dan Hal Ehwal Murid

Bidang kurikulum, kokurikulum dan hal ehwal murid diurus secara cekap dan berkesan untuk melahirkan murid yang seimbang dari segi intelek, rohani, emosi, jasmani dan sosial selaras dengan halatuju sekolah. 

Kurikulum Download

Ketetapan Pelaksanaan Kurikulum
Pengurusan Mata Pelajaran
Pengurusan Masa Instruksional
Pengurusan Penilaian Murid

Kokurikulum Download

Ketetapan Pelaksanaan Kokurikulum
Pengurusan Kelab / Persatuan
Pengurusan Badan Beruniform
Pengurusan Sukan / Permainan
Pengurusan Program Kecemerlangan Kokurikulum
Pengurusan Sukan Untuk Semua
Pengurusan Pentaksiran Kokurikulum

Hal Ehwal Murid Download

Ketetapan Pelaksanaan Hal Ehwal Murid
Pengurusan Disiplin Murid
Pengurusan Keselamatan Murid
Pengurusan Kesihatan Murid
Pengurusan Bantuan Pelajaran Murid
Pengurusan Perkhidmatan Bimbingan dan Kaunseling



Standard 4 : Pembelajaran dan Pemudahcaraan

Guru berperanan sebagai pemudah cara dalam pembelajaran dan pengajaran yang berkesan untuk memperkembangkan potensi murid secara menyeluruh dan pencapaian murid pada tahap optimum secara berterusan. Download

Guru Sebagai Perancang

Guru Sebagai Pengawal
Guru Sebagai Pembimbing
Guru Sebagai Pendorong
Guru sebagai Penilai
Murid sebagai Pembelajar Aktif

EXTRA INFO : Standard 4 SKPMg2 : Pembelajaran dan Pemudahcaraan




Standard 5 : Kemenjadian Murid

Murid yang dididik secara holistik dalam pengurusan sekolah yang cekap berupaya mencapai potensi diri yang sepenuhnya dalam penguasaan pengetahuan, dan kemahiran,  berketrampilan, berakhlak mulia, bertanggungjawab dan berkeupayaan mencapai kesejahteraan diri. Download

Kemenjadian Murid Dalam Akademik

Kemenjadian Murid Dalam Kokurikulum
Kemenjadian Sahsiah Murid 


PENDAFTARAN TAHUN 1 BAGI SESI PERSEKOLAHAN 2018 DAN 2019

Salam.
Sedikit info baru yg dikeluarkan oleh Kementerian Pendidikan Malaysia untuk semua ibu bapa yg nak daftarkan anak utk Tahun 1 bagi sesi persekolahan 2018 & 2019..

Semua ibu bapa haruslah mengemukakan permohonan secara online di laman web

          https://public.moe.gov.my

dengan membuat Pendaftaran dalam laman web berkenaan.



Setelah buat pendaftaran..baru ibu bapa boleh mendaftarkan anak2 dengan menggunakan no IC nya sahaja. Setelah no IC dimasukkan..ibu bapa perlu melengkapkan segala maklumat yg dikehendaki seperti maklumat:-

1) Sejarah Tadika/Pra sekolah
2) Maklumat Kesihatan anak seperti Kump. Darah, Sejarah Pengambilan Imunisasi Bayi ( refer pd buku kesihatan anak2 setelah lahir.Kalau lelaki Biru, Perempuan-Pink)
3)Maklumat Penjaga
4) Maklumat Permohonan mengenai sekolah yg hendak dipohon
5) Perakuan permohonan (proses pengakuan utk segala maklumat yg telah diberikan)

Selesai kelima-lima bahagian tu..jangan lupa tekan button HANTAR. Kemudian Cetak Surat Permohonan Sekolah & Surat Persetujuan Kesihatan untuk dihantar ke sekolah yg dipohon bagi proses pengesahan selanjutnya oleh pihak sekolah.. (nak selamat..buat 2 salinan..1 utk simpanan sek dan 1 lg utk simpanan ibu bapa murid)

Selamat Berdaftar..
Jangan suka lengah2kan kerja..nanti anak tak dapat masuk sekolah..jangan salahkan kami ye.. pendaftaran dibuka sehingga 30 April 2017 sahaja. Selepas tarikh itu kami tidak akan melayan apa2 masalah lagi.

Harap maklum.

#Bagi ibubapa yang tidak mahir dengan Pendaftaran online... segera datang jumpa kami.. Kami bersedia membantu anda.. Sila bawa bersama maklumat spt di atas..

Kerjasama antara kita akan cepatkan proses pendaftaran selesai...

Terima kasih...