Wednesday, 23 March 2016

PROGRAM PENDIDIKAN ALAM SEKITAR

KELAB PENCINTA ALAM
SKKB 

Seramai empat orang murid daripada Sekolah Kebangsaan Kampung Baru Kuala Abang telah menyertai Program Pendidikan Alam Sekitar yang telah dijalankan Hutan Paya Bakau EcoCare @ Pusat Pendidikan Alam Sekitar pada Mac 2016.

Guru Pengiring : Encik Bahaman bin Mohamed Nor.

















Sunday, 13 March 2016

PENYUMBANG PINGAT MSSD DUNGUN 2016

Syabas kepada Nor Adila Aliana binti Azlisham daripada Kelas 6 Arif SK Kampung Baru Kuala Abang kerana telah berjaya meraih Pingat Gangsa bagi acara Lompat Jauh P12 dalam Kejohanan Olahraga dan Balapan MSSD DUNGUN 2016. 

Dengan ini beliau telah menyumbangkan satu-satunya pingat daripada semua acara yang dipertandingkan, sekaligus telah memecahkan rekod sedia ada. Tahniah kepada Nor Adila Aliana atas kejayan kepda SKKB. Syabas!!!




 Semoga kejayaan yang diraih beliau, mampu memberi semangat kepada atlet sekolah untuk kejohanan akan datang. Insha Allah.....

PROGRAM INSAN BERILMU

Anjuran Panitia Pendidikan Islam 2016

Pertandingan Azan
Pertandingan Bercerita
Pertandingan Bijak Jawi

Khas untuk Tahap 2 sahaja
1 Mac 2016 - Sesi 1
8 Mac 2016 - Sesi 2

Terima kasih diucapkan kepada semua guru yang terlibat terutama Ustaz dan Ustazah daripada Panitia Pendidikan Islam 2016 yang telah bertungkus lumus dan berganding bahu menjayakan program ini bermula daripada ianya dirancang hingga ianya tamat. 

Kepada murid-murid tahap 2 yang mengambil bahagian dan menjayakan program ini diucapkan terima kasih dan syabas kerana berani mencuba. Mereka telah banyak menimba pengalaman daripada program ini dan medikit sebanyak telah menambahkan keyakinan dalam diri untuk berdepan dengan orang ramai.








TIPS KEKAL SEGAR DAN SIHAT DI MUSIM PANAS

Bunga yang segar mengambarkan bahawa ianya telah mengandungi air yang cukup dan pngudaraan yang baik ditambah pula dengan cahaya matahari yang seimbang. 


Begitu juga dengan kita samada yang bergelar murid, pelajar atau pekerja, pastinya inginkan badan yang segar dan sihat selalu. Oleh itu marilah kita sama-sama menjaga kesihatan diri dengan memakan makanan yang seimbang, minum air yang mencukupi dan penjagaan kebersihan diri dengan sempurna.   

 Di bawah ini disertakan 9 Tips kekal sihat di musim panas, semoga ianya membantu kita dalam mengekalkan kesegaran sepanjang hari. 












Semoga dapat memberi manfaat kita semua. 


Tuesday, 8 March 2016

TAKLIMAT MEMPERKASAKAN PENGURUSAN MURID SMK DAN SR NEGERI TERENGGANU 2016

TEMPAT         : BILIK SEMINAR CHEMERONG PPD DUNGUN
MASA              : 8.30 PG
HARI               : AHAD
KEHADIRAN : PK HEM SMK DAN SR DAERAH DUNGUN. 

Fasilitator:
Pegawai JPNT dan PPD Dungun 

Taklimat :
1. e Sarana PIBG
2. Aplikasi Pangkalan Data Murid 
3. Proses Permohonan Pendaftaran Murid Tahun 1 2017
4. Amanat dan Salam Perkenalan daripada Pegawai PPD Dungun.

                                     




SENARAI TUGAS PENOLONG KANAN HEM

Pembangunan Diri Pelajar. 

Disiplin
  1. Menentukan penerapan amalan-amalan dan nilai –nilai murni
  2. Memastikan peraturan-peraturan sekolah dikuatkuasakan
  3. Menjadi penasihat Lembaga Pengawas Sekolah.
  4. Mengambil tindakan yang sesuai terhadap kes-kes pelajar yang melanggar tatatertib dan salah laku.
  5. Menyelaras dan menyediakan rekod disiplin pelajar dan laporan pelajar.
  6. Mewujudkan hubungan dua hala di antara sekolah dengan ibu bapa/ penjaga.
Program Perlindungan Pelajar. 
  1. Merancang dan menyelaras program mencegah penyalahgunaan dadah dan program lain diperingkat sekolah.
  2.  Memastikan langkah-langkah keselamatan pelajar semasa berada di sekolah dilaksanakan.
 Kesihatan
  1. Menguruskan kemudahan rawatan pelajar.
  2. Memastikan program-program kesihatan pelajar semasa berada di sekolah dilaksanakan
  3. Menyelaraskan penyeliaan kantin sekolah.
  4. Menyelaras aktiviti kesihatan pelajar.
Skim Pinjaman Buku Teks 
  1. Menyelaraskan pengeluaran, data pengambilan, pengagihan dan hapuskira buku teks.
  2.  Menguruskan kutipan data, mengawal buku stok dan bilik buku SPBT.
  3. Menyediakan anggaran belanjawan bagi pengurusan SPBT.
Biasiswa dan Bantuan. 
  1. Menyelenggarakan Perakuan-perakuan biasiswa dan bantuan.
  2. Mengemaskinikan rekod biasiswa dan bantuan
  3. Menguruskan tuntutan bayaran biasiswa pelajar.
 Pengurusan
  1. Menguruskan dan mengemaskinikan buku rekod pendaftaran pelajar.
  2. Menguruskan kemasukan dan penempatan pelajar.
  3. Menguruskan pertukaran pelajar.
  4. Menyemak buku kedatangan harian pelajar.
  5.  Menguruskan surat akuan, sijil-sijil pelajar, pengesahan dan pengedaran Sijil Berhenti Sekolah.
  6. Membantu menyediakan anggaran belanjawan sekolah
  7. Membantu merancang takwim sekolah.

Monday, 7 March 2016

KEJOHONAN OLAHRAGA MSSD DUNGUN 2016

KEJOHONAN OLAHRAGA MSSD DUNGUN 2016

"SKKB  TEAM  NELANG 2016"

TARIKH : 6 MAC - 10 MAC 2016
TEMPAT : SMK SULTAN OMAR

"Semangat membara...membawa harapan dan impian SKKB'......TAHNIAH