Wednesday, 11 January 2017

PEMBELAJARAN ABAD 21


Rupa dan bentuk pendidikan yang sesuai dengan generasi abad 21 telah banyak diperkatakan bagi memenuhi keperluan dan harapan pendidikan masa kini. 

Kaedah konvensional "chalk and talk" semata-mata dilihat memerlukan anjakan kepada kaedah yang lebih dinamik dan kreatif, sesuai dengan teknologi yang ada sekarang. 




Pembelajaran Abad 21 di Malaysia
Pembelajaran Abad 21


Pelaksanaan pengajaran berdasarkan KSSR dan KSSM adalah merupakan penanda aras keberkesanan pendidikan abad 21 seperti yang dihasratkan Kementerian Pendidikan Malaysia mulai tahun 2014, selaras dengan transformasi pendidikan negara dalam Pelan Pembangunan Pendidikan Malaysia (2013 - 2025)




Timeline Pelaksanaan Pembelajaran Abad 21 di Malaysia


1. Kemahiran maklumat dan komunikasi
2. Kemahiran berfikir dan menyelesaikan masalah
3. Kemahiran interpersonal dan arah kendiri




Bagi memastikan proses pembelajaran berlangsung dengan lebih kondusif dan sesuai dengan keperluan Pembelajaran Abad 21, sedikit perubahan bilik darjah perlu dilakukan. 




Contoh susunatur bilik darjah abad ke 21
Contoh susunatur bilik darjah abad ke 21


Susunatur kelas perlu diberi perhatian dengan fungsi yang lebih menyokong dan menggalakkan pembelajaran bersifat kolaboratif. Secara tak langsung membolehkan kemahiran komunikasi pelajar diasah ke tahap yang boleh meyerlahkan lagi kemahiran berfikir mereka.


Bagi menggalakkan penyertaan murid semasa di dalam bilik darjah juga, beberapa Tool Kits Pembelajaran Abad 21 boleh digunakan, antaranya adalah 




Contoh penggunaaan traffic light semasa sesi pdp
Contoh penggunaaan traffic light semasa sesi pdp


1. Parking Lot
3. Hand Signal
4. Papan Ganjaran
5. Exit Ticket

... dan banyak lagi... 




Konsep 4C dalam Pembelajaran Abad 21
Konsep 4C dalam Pembelajaran Abad 21


Ciri-ciri Pembelajaran Abad 21 juga adalah berteraskan kepada konsep 4C
1. Komunikasi

2. Pemikiran Kritis

3. Kolaborasi

4. Kreativiti


Bagi membolehkan kemahiran-kemahiran ini dipertingkatkan dalam pdp, maka beberapa strategi boleh digunapakai semasa proses pengajaran dan pembelajaran.




Gallery Walk merupakan strategi Pembelajaran Abad 21 yang paling popular


Selain itu anda boleh rujuk juga link di bawah bagi melihat lebih banyak lagi strategi-strategi yang menggalakkan Pembelajaran Abad 21



Boleh juga rujuk playlist video Youtube di bawah untuk lebih 10 Strategi P&P Abad 21.



No comments:

Post a Comment