Salam semua. Kali ni saya nak kongsi sedikit berkenaan proses membina site pembelajaran menggunakan pelantar Frog VLE. Di antara respon paling popular yang biasa diberikan apabila ditanya kenapa tidak menggunakan site Frog VLE untuk P&P ialah "leceh la.." "tak sempat lah nak buat site...".
Jadi di sini saya nak kongsikan berapa lama masa yang saya ambil untuk membina satu site. Kalau tuan puan biasa membaca posting saya berkenaan site P&P ini, saya lebih memilih untuk membina site yang simple yang lebih berfokus untuk mecapai objektif P&P. Saya akui biasanya proses yang mengambil masa untuk membina site ini adalah sewaktu kita mengumpulkan bahan yang nak dimasukkan ke dalam site. Apatah lagi jika kita membina sendiri bahan-bahan tersebut seperti slaid powerpoint, video dan sebagainya.
Jadi, be smart! tak perlu kita nak sediakan bahan tersebut. Google sahaja dan insya Allah kita akan dapat bahan yang sesuai dengan tahap anak murid kita.
Kembali kepada kisah sebenarnya. Oleh kerana final exam dah semakin hampir dan kini masuk minggu ulangkaji, saya plan untuk membuat ulangkaji dengan murid-murid Tahun 2 kelas Dunia Sains & Teknologi saya.
Apa yang saya buat?
Malam tadi sambil menonton bola Arsenal vs Swansea, saya ambil satu buku latihan DST Tahun 2 dan saya snap beberapa mukasurat latihan. Biasalah bila malam pencahayaan pun tak sempurna, gambar kurang jelas jadi saya edit sedikit guna hp je. Kualiti editing tak lah Ok sangat tapi cukuplah jelas untuk dibaca. Lepas tu saya send gambar-gambar tersebut kepada diri saya melalui Telegram.
Pagi ni sampai di sekolah jam 7.05 pagi. Sempat lah nak buat satu site sebelum assembly pada jam 7.30 pagi. Saya masuk makmal, hidupkan laptop dan bermula jam 7.16 a.m.
Next step, buka Telegram Web dan download gambar-gambar latihan yang disnap malam tadi.
Tup tap itu ini jam 7.21 a.m. baru mula bina New site.
Site yang simple sahaja. Guna 2 widget 1) Widget Media 2) Widget Form
buat dalam satu page tu ada 2 kolum. Sebelah letakkan soalan, dan sebelah lagi letakkan widget Form untuk murid taipkan jawapan.
Mudah sangat guna widget Form ni.
Final step, sharekan site pada yang berkenaan. Saya share pada semua warga sekolah je, mudah. Pastikan beri akses "can contribute" supaya murid dapat menaip pada widget Form tadi.
Segalanya selesai pada jam 7.29 a.m. Fuh! sempat untuk berjalan ke tapak perhimpunan.
Siap dapat buat LIMA mukasurat latihan lagi.
Bagaimana pula saya guna site tersebut di dalam kelas?
Selepas log in, saya minta murid membaca Buku Teks DST Online dahulu sebelum saya minta mereka menjawab soalan latihan tadi. 20 minit terakhir, saya akan bersoal jawab dengan semua murid dan meminta mereka memberikan jawapan secara lisan kepada soalan-soalan tadi.
SUMBER: BLOG CIKGU IDRIS
No comments:
Post a Comment