PELANCARAN PROGRAM JOM KE SEKOLAH
"PAKAT MARI SEKOLAH"
Jom Ke Sekolah bagi Peringkat Sekolah Kebangsaan Kampung Baru 2017 telah dilancarkan pada :
05 Feb 2017
7.30 Pagi
bertempat di Dataran Perhimpuan SKKB
Program ini merupakan program kolaboratif antara Kementerian Pendidikan Malaysia dan Polis Diraja Malaysia (PDRM) dalam usaha menangani permasalahan disiplin dan salah laku murid.
Penglibatan pihak polis dalam kawasan sekolah adalah melalui Pegawai Perhubungan Sekolah (PPS) di semua sekolah Kementerian Pendidikan Malaysia.
Kehadiran PPS melalui program Jom Ke Sekolah pada awal Persekolahan 2017 ini diharapkan akan menjadi medan ke arah membentuk sahsiah murid yang lebih positif.
Objektifnya adalah bagi mewujudkan hubungan mesra dan kolaborasi yang lebih mantap di antara pihak sekolah dan pihak PPS disamping membantu mencegah salah laku disiplin murid sekolah dengan penggunaan Peti Aduan Murid.
No comments:
Post a Comment