Nyatakan empat sifat terpuji Nabi Muhammad s.a.w. yang utama,
- siddiq (berkata benar),
- amanah (dipercayai),
- tabliq (menyampaikan)
- fatanah (bijaksana).
Buktikan Nabi Muhammad s.a.w mempunyai sifat yang terpuji dan dihormati dalam masyarakat.
- Baginda digelar al-Amin oleh orang Arab Quraisy kerana perkataan dan perbuatan baginda sentiasa dipercayai dan tidak pernah berbohong.
- Nabi juga bersifat dengan sifat amanah sehingga menyebabkan Khadijah binti Khuwailid menyerahkan modal yang besar kepada baginda untuk diperniagakan.
- baginda telah menyampaikan ajaran Islam dengan bersungguh-sungguh setelah dilantik menjadi rasul,
- Baginda juga bersifat penyayang terhadap orang tua dan juga kanak-kanak.
Buktikan Nabi Muhammad s.a.w mempunyai sifat pemimpin yang unggul dan bijaksana dalam menyelesaikan sesuatu masalah.
- Baginda pernah menyelesaikan suatu persengketaan dalam kalangan kabilah Quraisy semasa berumur 35 tahun yang berpunca daripada peristiwa untuk meletakkan semula Hajar Aswad (batu hitam) ke tempat asalnya, iaitu di penjuru timur Kaabah. Hajar Aswad (batu hitam) ini terjatuh semasa banjir melanda kota Makkah
- Baginda telah memeterai Perjanjian Hudaibiyah pada tahun 628 M. dengan orang Arab Quraisy Makkah. walaupun kandungan perjanjian tersebut kelihatan berat sebelah, baginda menerimanya sebagai satu hikmah untuk menyebarkan Islam seterusnya.
Buktikan Nabi Muhammad s.a.w seorang ketua keluarga yang patut dicontohi
- Baginda seorang yang bersifat pengasih dan bertimbang rasa.
- Baginda sering membantu isterinya memasak, menampal pakaian yang koyak, melayan anak, dan membersihkan rumah.
- Anak-anak diberikan pendidikan agama secukupnya dan baginda menjadikan diri baginda teladan kepada anak-anak.
Buktikan Nabi Muhammad s.a.w mengamalkan cara hidup yang sederhana.
- Baginda bergaul dengan semua lapisan masyarakat sama ada yang kaya atau yang miskin.
Buktikan Nabi Muhammad s.a.w bersifat pemaaf.
- Semasa pembukaan semula kota Makkah pada tahun 630 M,.orang Arab Quraisy yang menyerah diri telah diampunkan dan dibebaskan.
SUMBER: Cikgu Sejarah
No comments:
Post a Comment