UPSR akan bermula 11 Sep 2017 selama 4 hari.
😊 Saya doakan CALON UPSR diberi kesihatan yang baik serta diberi ketenangan untuk menjawab peperiksaan dengan baik dan mencapai kejayaan cemerlang. Aameen.
😊 Berikut tips ibubapa yang mempunyai anak yang menduduki peperiksaan...
*Perkongsian daripada Ustaz Zahazan Mohamed*
✅1. Hari exam ibubapa bangun awal, solat hajat, sahur, puasa & doakan utk mereka dan sekalian orang Islam sepanjang puasa
✅2. Banyakkan sedeqah walaupun pada binatang
✅3. Beri anak minum air zam zam atau air masak banyak
✅4. Pastikan anak mendapat tidur yang mencukupi
✅5. Amalkan doa ayat ke 74 surah al Furqan, Niatkan utk mereka agar diberikan idea, kefahaman & kelancaran dlm menjawab
✅6. Beri anak keyakinan bahawa mereka mampu lakukan yag terbaik, pesan mereka untuk baca doa sebelum memulakan jawapan, berselawat bila menghadapi kesukaran dan petua yang lain
✅7. Ingat ! Jangan sekali kali jadikan anak stres dengan permintaan yang luarbiasa, memadailah kata2 berisi doa, motivasi dan peniup semangat untuk mereka.
Antara surah yg digalakkan utk dibaca:
😊1. Surah alam nasyrah
😊2. Surah al Hasyr ayat 21-24
😊3. Surah al Rahman 1-13
Niatkan semasa membaca surah surah ini agar anak mendapat ilmu, mudah menjawab dgn cemerlang untuk semua calon PEPERIKSAAN UPSR.
No comments:
Post a Comment