Monday 15 August 2016

KERTAS KERJA AKTIVITI MEMASAK UNIT BERUNIFORM

            



SEKOLAH KEBANGSAAN KAMPUNG BARU
KUALA ABANG
23050 DUNGUN TERENGGANU


KERTAS KERJA




PERTANDINGAN MEMASAK STEAMBOAT

UNIT BERUNIFORM
SK KG BARU KUALA ABANG
16 OGOS 2016





1.     PENDAHULUAN

Aktiviti Memasak Unit Beruniform merupakan aktiviti wajib tahunan pasukan semua badan beruniform SKKB yang disertai oleh ahli semua pasukan unit beruniform termasuk Pengakap, Tunas Kadet Remaja Sekolah, Tunas Pandu Puteri dan Puteri Islam.

Selari dengan perkembangan semasa yang semakin mencabar ini, kecemerlangan seseorang murid tidak hanya bergantung kepada pencapaian akademik semata-mata bahkan mereka juga perlu memiliki ciri-ciri keyakinan dalam kepimpinan yang mantap, berketrampilan, pekerti yang mulia, dan berkebolehan menyesuaikan diri dengan era globalisasi.

Ciri-ciri ini penting untuk dimiliki oleh setiap ahli pasukan bagi merealisasikan Falsafah Pendidikan Negara. Semoga cita-cita dan hasrat murni ini akan difahami dan dihayati sepanjang aktiviti ini. Di samping itu, semua peserta memasak perlu sentiasa menjunjung nilai permuafakatan dalam melaksanakan setiap aktiviti yang dijalankan bagi mencapai kejayaan yang cemerlang, seperti kata pepatah ‘bulat air kerana pembentung, bulat manusia kerana muafakat’.


2.     LATAR BELAKANG

Segala perancangan dan persiapan telah diadakan dengan teliti untuk memastikan semua ahli unit masing-masing dapat menikmati suasana sebenar aktiviti memasak seperti dalam aktiviti perkhemahan tahunan.

Dijangkakan sejumlah 150 orang peserta akan menyertai  aktiviti memasak Unit Beruniform. Program ini akan melibatkan kesemua guru Penasihat Unit Beruniform beserta kesemua Ahli Jawatankuasa Unit yang berjumlah 31 orang guru. Penglibatan semua guru ini adalah bagi melancarkan segala persiapan sebelum dan selepas aktiviti memasak supaya ianya dapat berjalan dengan jayanya.


3.     RASIONAL
3.1      Aktiviti memasak yang  dijalankan akan dapat menyemai semangat berpasukan, disiplin yang tinggi dan menjana etika bekerjasama dalam menjayakan sesuatu kerja.
3.2      Tema ialah “ SEHATI SEJIWA ”.

4.     OBJEKTIF

4.1  Melahirkan AHLI yang berdisiplin dan bersemangat juang untuk memastikan kecemerlangan yang seimbang dalam bidang kokurikulum dan kurikulum.
4.2  Untuk memberi pendedahan dan pengalaman kepada ahli-ahli tentang aspek memasak secara khasnya dan aspek perkhemahan secara amnya.
4.3  Untuk memupuk semangat kerjasama dan berdikari serta meningkatkan motivasi dan keyakinan diri setiap peserta.


5.     PELAKSANAAN

5.1       TARIKH : 16 OGOS 2016 (1.20-4.20 Petang)     

5.2       TEMPAT MEMASAK

      Perkarangan Kantin Sekolah


6.     SENARAI JAWATANKUASA

6.1  JAWATANKUASA INDUK PERKHEMAHAN UNIT BERUNIFORM

Penaung                       :           Tn Hj Hanaffee bin Ibrahim
Penasihat                     :           En Suhaimi bin Mat Hassan
Pengerusi                     :           Pn Rohani binti Deraman
Setiausaha                    :           Pn Rahani binti Hashim
Bendahari                     :           En Bahaman bin Mohamed Nor
Urusetia                        :           En. Muhammad Zaharawadi bin Ibrahim (Pengakap)
                                                Pn Azlina binti Sikholandai (TKRS)
                                                            Pn Maizura binti Othman (Pandu Tunas Puteri)
                                                            Pn Anida binti Mahmud (Puteri Islam)

 7.        SASARAN
7.1   Setiap Unit perlu mewajibkan kesemua ahli sejumlah 30 orang ahli unit beruniform.
7.1.1      Pengakap         -           30 Peserta
7.1.2      TKRS               -           30 Peserta
7.1.3      Pandu Puteri     -           30 Peserta
7.1.4      Puteri Islam       -           30 Peserta
Jumlah             -           150 Peserta

7.2  Kategori pemilihan peserta:
7.2.1    Peserta yang menyertai aktiviti memasak ini terdiri daripada murid  Tahap 2 sahaja.
8.       KONSEP PEMARKAHAN

8.1  Setiap aktiviti akan menyumbangkan mata kepada Unit masing-masing.
   8.2  Pecahan mata adalah seperti berikut:
Pertama            10 mata
                        Kedua                7  mata
            Tempat ke-3      5  mata
Tempat ke-4      3  mata
8.2  Bagi murid yang menyertai aktiviti ini akan direkodkan juga di dalam PAJSK.

9.         ANGGARAN PERBELANJAAN 
           
Bil
Perkara
RM
1
Gas
  59.00
2
Tisu
  10.50
3
Bahan Steamboat
230.00
4
Bahan Minuman
  29.50
5
Bahan Basah
150.00
6
Mee
  20.00
7
Hadiah Pemenang (Johan)
  30.00

Jumlah
529.00

                       
10.       PENUTUP
Adalah amat diharapkan agar aktiviti memasak Unit Ko-Kurikulum Kali ke-2 dapat dijalankan dengan lebih baik dan berakhir dengan sempurna. Kerjasama daripada para guru dan semua ahli yang terlibat amat diperlukan untuk menjayakan hasrat murni Pihak Pengurusan KoKurikulum SKKB 2016. Semoga tema ”Sehati Sejiwadapat direalisasikan semasa aktiviti dijalankan.





Di sediakan oleh:                                                           Di sahkan oleh:                        



.....................................                                               ............................................
Rohani Deraman                                                           Suhaimi bin Mat Hssan
Setiausaha KoKrikulum                                                  PK Kokurikulum
Sk Kg Baru Kuala Abang                                                SK Kg Baru Kuala Abang


3 comments:

  1. Assalaamualaikum tuan. saya mohon copy n paste ya kertas kerja tuan ini. terima kasih tuan.

    ReplyDelete
  2. Assalaamualaikum tuan. saya mohon copy n paste ya kertas kerja tuan ini. terima kasih tuan.

    ReplyDelete