Friday 9 October 2015

HARI SUKAN NEGARA 2015

Salam Sejahtera..

Bertarikh 10 Oktober 2015, semua sekolah di seluruh negara mengadakan Hari Sukan Negara. SK Kampung Baru Kuala Abang juga tidak terkecuali daripada aktiviti ini. Sambutan yang diberikan oleh semua guru, murid dan warga amat menggalakkan.

Acara sukan tersebut dimulakan dengan ucapan Penyelaras Program, En Bahaman bin Mohamed Noor diikuti dengan ucapan perasmian program oleh Tuan Guru Besar, Tuan Haji Hanaffee bin Ibrahim dan juga acara Senamrobik yang dikendalikan oleh Pn Rohani bt Deraman. Acara senamrobik mengambil masa lebih kurang 30 minit.

Pada jam 9.15 pagi, acara padang bermula iaitu perlawanan akhir futsal padang bagi murid lelaki dan perlawanan akhir bola baling. Kemudian dikuti dengan acara sukaneka dan pertandingan Futsal Lagend. Majlis penutup telah diadakan pada jam 11.30 pagi.

Sesungguhnya program pada hari dianggap sangat berjaya dan memberi impak yang tinggi terutama kepada murid-murid SKBB Kuala Abang. Foto berkaitan  acara pada hari ini akan  dimuatnaik dalam masa yang terdekat.

Terima kasih daripada admin






No comments:

Post a Comment