Sunday 10 April 2016

PENGAJARAN DAN PEMBELAJARAN ABAD KE 21

Kebanyakkan ibu bapa, guru dan pelajar sudah mula mengenali perubahan pengajaran dan pembelajaran iaitu pembelajaran abad ke-21. Oleh itu, Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM) telah melancarkan inisiatif pembelajaran abad ke-21 secara rintis pada tahun 2014 dan meluaskan pelaksanaan keseluruh negara mulai tahun 2015. 

Rupa dan bentuk pendidikan yang sesuai dengan generasi abad ke-21 telah banyak diperkatakan dan banyak bahan-bahan penulisan yang mengulas mengenai pendidikan yang mampu memenuhi harapan dan keperluan pendidikan masa kini dan masa depan.

Rata-rata pakar pendidikan bersetuju bahawa kaedah pengajaran dan pembelajaran perlu berubah sesuai dengan perkembangan teknologi cyber dan akses kepada internet yang semakin maju.

Kaedah pengajaran konvensional seperti "chalk and talk" semata-mata kurang berhasil menarik minat murid sebaliknya memerlukan kaedah yang lebih dinamik dan kreatif dengan kandungan pengajaran yang relevan sesuai dengan perkembangan semasa.

Semua pihak yang terlibat secara langsung dengan dunia pendidikan perlu menyedari bahawa tiada ruang untuk tidak ikut sama melaksanakan trnsformasi pendidikan.

Malah perubahan dalam pendidikan perlu sentiasa seirin perkembangan zaman atau selangkah kehadapan.

Guru-guru perlu bersedia menerima perubahan dan dapat pula mengurus perubahan dengan cekap dan berkesan agar pengajaran dan pembelajaran menjadi lebih segar dan memenuhi keperluan murid.

 Justeru itu, saya akan kongsikan maklumat beberapa model susun atur kelas abad ke-21 sejajar dengan usaha Kementerian Pendidikan Malaysia dalam melaksanakan trnasformasi pendidikan melalui Pelan Pembangunan Pendidikan Malaysia (PPPM) 2013-2025.

Pelaksanaan pengajaran berdasarkan Kurikulum Standard Sekolah Rendah (KSSR) dan Kurikulum Standard Sekolah Menengah (KSSM) :

  • merupakan penanda aras keberkesanan pendidikan abad ke-21 seperti dihasratkan oleh KPM mulai tahun 2014.
KEMAHIRAN-KEMAHIRAN YANG PERLU DIKUASAI DALAM PDP ABAD KE-21:


CIRI-CIRI PEMBELAJARAN ABAD KE-21:


ELEMEN-ELEMEN YANG TERKANDUNG DALAM KEMAHIRAN ABAD KE-21:



Namun, dalam perlaksanaan pembelajaran abad ke-21 ini terdapat cabaran-cabaran yang perlu di hadapi oleh guru dan pemimpin sekolah. Antaranya ialah :
  • Untuk menyediakan pembelajaran yang menjurus ke arah Kemahiran Berfikir Aras Tinggi (KBAT).
  • Mengurus bilik darjah dan ruang pembelajaran yang lebih dinamik.
  • Bagaimana guru-guru menggunakan pelbagai sumber sokongan teknologi serta maklumat bagi melaksanakan PdP yang efektif dan berkualiti serta relevan dengan perkembangan semasa.
Oleh itu, guru secara berterusan perlu mengemaskini pengetahuan (kandungan kurikulum) dan kompetensi (pedagogi PdP) supaya kekal relevan dengan keperluan semasa dan akan datang.


PEMBELAJARAN ABAD KE-21:


CIRI-CIRI MURID YANG DIHARAPKAN HASIL PEMBELAJARAN ABAD KE-21:














Sekolah Kebangsaan Kampung Baru Kuala Abang telah melaksanakan Penyebaran Pengajaran dan Pembelajaran Abad ke 21 secara perbentangan mengikut tajuk-tajuk yang dipilih. Ianya dilaksakan setiap minggu ditapak perhimpunan mengikut keperluan. Namun, pada 5 April 2016 telah diadakan secara rasmi di dalam bilik mesyuarat yang dihadiri oleh semua guru.

 Pembentang yang dipilih adalah :
1. Pn Rahani binti Hashim
2. Puan Zalina binti Ismail
3. PN Wan Nur Fateehah binti Wan Mohd Nasir
4. Pn Azlina binti Sikholandai
5. Cik Hajjah Noor Azanlina binti Abdullah  


No comments:

Post a Comment