Wednesday 19 October 2016

PROGRAM GURU PENYAYANG OKTOBER 2016

Penganugerahan Murid Datang Awal

BUDAYA DATANG AWAL

 Penyelaras Guru Penyayang


WARDINA NUR TASNIM  BINTI MOHD ROSWADI
DAN
 MUHAMMAD ADI YUSOF IZZHAMD BIN MOHD ROSWADI


DI ANUGERAHKAN 

MURID TERAWAL DATANG KE SEKOLAH 

SETIAP HARI


BUDAYA DATANG AWAL DI SEKOLAH SAYA.

1.Pengenalan


Budaya datang awal bermaksud semua ahli organisasi datang lebih awal dari waktu yang telah ditetapkan dan tidak bertangguh. 

Amalan lebih awal dari menepati waktu merupakan satu amalan yang patut dijadikan budaya sesebuah organisasi. Budaya lebih awal dari waktu yang telah ditetapkan  perlu diwujudkan pada setiap organisasi supaya hasrat untuk menjadikan warganya berdisiplin dapat menjadi kenyataan. 

Amalan lebih awal dari waktu yang telah ditetapkan, tidak boleh wujud dengan sendiri. Ia perlu diusahakan supaya setiap warga organisasi mengamalkan amalan ini.




2.Usaha-usaha bagi memastikan amalan lebih awal dari menepati waktu, boleh mendisiplin warga organisasi yang bermasalah.


2.1. Pemimpin menjadi teladan

Pemimpin menjadi teladan, merupakan ungkapan yang menjadi keutamaan sekolah bagi memastikan warga organisasi mengamalkan amalan lebih awal dari menepati waktu. 

Pemimpin menjadi teladan bermaksud apa juga tingkahlaku, tutur kata dan cara tindakan pemimpin organisasi akan diteladani oleh warga organisasi tersebut. Warga organisasi sentiasa memerhati serta menilai tingkahlaku dan tindak tanduk pemimpin atau ketua mereka. 


Beberapa usaha telah dilakukan bagi memastikan warga sekolah sentiasa mengamalkan amalan lebih awal dari menepati waktu melalui konsep pemimpin menjadi teladan. Antara usaha-usaha itu adalah:


2.1.1 Datang awal dan menjadi orang pertama sampai ke sekolah. 













2.1.2 Datang ke tempat pengajaran dan pembelajaran tepat pada waktunya. 

Amalan ini juga menjadi perhatian warga sekolah. Boleh dikatakan apabila waktu pengajaran tiba, guru-guru tidak akan berlengah-lengah untuk ke kelas. 




2.1.3 Ketua organisasi memulakan mesyuarat atau majlis rasmi sekolah tepat pada waktu. 

Usaha ini sangat penting kerana warga sekolah sentiasa memerhati dan menilai masa kehadiran pemimpin organisasi dalam sesuatu mesyuarat atau majlis. 

. 


2.2. Mewujudkan budaya menepati waktu

Budaya menepati waktu bermakna semua warga organisasi sentiasa menepati waktu apabila melaksanakan semua aktiviti samada waktu hadir ke tempat bertugas, menyiapkan tugasan atau projek, menjawab surat-surat, mengemukakan maklumat yang dikehendaki, menjelaskan invois dan lain-lain aktiviti yang berkaitan. 

Budaya ini tidak boleh wujud dengan sendirinya. Budayanya perlu diwujudkan. Orang yang bertanggungjawab untuk mewujudkan budaya ini adalah ketua pemimpin organisasi. 

Budaya lebih awal dari menepati waktu diujudkan dalam organisasi saya dengan melakukan beberapa aktiviti, seperti:




2.2.1 Memberi pengitirafan kepada warga sekolah yang sentiasa menepati waktu

Pengitirafan boleh diberi semasa ucapan pemimpin dalam perhimpunan mingguan, memulakan mesyuarat atau dalam majlis-majlis rasmi. 

Pengitirafan ini diberi bagi memenuhi tabiat yang ada pada semua manusia iaitu mereka mahu dihargai dan diitiraf. Apabila tabiat ini dipenuhi, saya yakin mereka akan buat yang paling baik dari apa yang kita harapkan.




2.3. Melaksanakan amalan lebih awal dari tepat waktu (early than functual)




TAHNIAH KEPADA SEMUA WARGA SEKOLAH INI; 
GURU, STAF SOKONGAN, MURID, PEKERJA KEBERSIHAN SWASTA DAN PENGAWAL KESELAMATAN SEKOLAH, YANG DAPAT MENGAMALKAN BUDAYA DATANG AWAL DAN AMALAN LEBIH AWAL.




No comments:

Post a Comment