Thursday 26 January 2017

MUAFAKAT MEMBAWA BERKAT

Terima Kasih kepada semua Jawatankuasa PIBG SK Kg Baru Kuala Abang yang telah bertungkus lumus bersama mencurahkan keringat bagi menjayakan Majlis Sanjungan Budi Lambaian Kasih sempena Persaraan Tn Hj Hanaffee bin Ibrahim.

Penyediaan makan dan minum untuk semua jemputan, semua Guru SKKB, Guru-guru KAFA dan kakitangan sekolah telah disempurnakan dengan baik oleh Jawatankuasa PIBG termasuk menaja kesemuanya tanda penghargaan kepada Tuan Hj Hanaffee bin Ibrahim.

Jasa dan bakti kalian amat kami hargai. Silaturrahim antara kita akan terus terjalin bagi menjayakan sebarang aktiviti sekolah dan anak-anak..

Terima kasih tidak terhingga buat semua.

Kalian adalah yang terbaik.


















No comments:

Post a Comment