Tuesday 4 April 2017

PAK 21- PEMBELAJARAN ABAD KE 21


Ini pendapat saya tentang PAK21

Mengapa perlunya PAK 21?
Dunia berubah, ilmu dan kemahiran yang diperlukan di tempat kerja turut berubah. Fungsi utama sekolah adalah untuk menyediakan murid untuk masa depan mereka. Namun kita tidak dapat menjangka bagaimana masa depan murid kita nanti, sedangkan kita tidak mampu meramal perubahan 10 tahun akan datang. Oleh itu, kita hanya mampu menyediakan murid dengan kemahiran dan ilmu yang membolehkan mereka mengadaptasikan dan menyesuaikan diri apabila menghadapi dunia luar nanti. Kita tidak lagi boleh menyediakan murid untuk masa depan dengan kaedah masa lampau, oleh itu pendidikan perlu berevolusi.

Apakah fokus PAK 21?
4C. Kenapa 4C? Creativity, Critical thinking, Communication and Collaboration merupakan kemahiran yang perlu dilatih dan diperkembangkan sepanjang PdPc. Sebuah sijil ijazah sekarang tidak lagi menjaminkan sebuah pekerjaan, apatah lagi 10 tahun akan datang. Seorang perlu kreatif dan berfikiran kritikal dalam menyelesaikan masalah di tempat kerja pada masa depan. Mereka juga perlu mahir dalam mengkomunikasikan pemikiran mereka disamping kebolehan bekerjasama dengan rakan sekerja mereka. Banyak syarikat-syarikat besar menjalankan interview dengan pelbagai kaedah baru, bukan lagi macam terdahulu, untuk mencari pekerja yang betul-betul mempunyai kemahiran dan kebolehan “soft skills” seperti di atas. Mengingat fakta dan istilah serta definisi tidak lagi relevan kerana informasi dan data boleh diperolehi di mana-mana, oleh itu, menghafal dan “mindless drilling” tidak lagi relevan dalam PAK 21.

Kriteria PAK 21?
Kenapa wujudnya kriteria seperti penyusunan fizikal bilik darjah, penggunaan BBB seperti Traffic Light, Parking Lot, dan sebagainya? Jika kita mula dengan menghayati tujuan sebenar PAK 21, kita akan faham bahawa benda fizikal seperti yang di atas wujud kerana kita MEMERLUKANNYA dalam PdPc kita, dan bukannya kita wujudkan disebabkan kita inginkan sebuah “Kelas PAK 21”.

Traffic Light dan Parking Lot diwujudkan kerana guru perlu sebuah mekanisma maklum balas dari murid secara sistematik dan terkawal (mungkin disebabkan saiz kelas besar). Namun guru boleh menggunakan pelbagai kaedah untuk mendapat maklum balas. Dengan hanya bertanyakan soalan-soalan yang mencetus pemikiran murid juga dikira sebagai PAK 21.

Susunan meja dan kerusi murid wujud atas KEPERLUAN memudahkan pergerakan dan kolaborasi murid dalam kelas. Jika kita hanya menyusun kelas dalam kumpulan, dan masih mengutamakan kerja individu dan mentafsir kejayaan individu murid sahaja, kita masih belum memahami konsep PAK 21. Murid boleh berada dalam satu kelas kosong tanpa meja dan kerusi, namun jika aktiviti mereka melibatkan kerja kooperatif dan mencabar pemikiran kritikal dan kreativiti mereka, itu sudah pun dikira sebagai PAK 21.

Kata putus
Oleh itu, biarlah kita hayati dahulu tujuan dan konsep PAK 21, sebelum kita memilih “tools” yang sesuai dengan iklim bilik darjah masing-masing. Jangan biar “tools” mendefinisikan PAK 21, tetapi sebaliknya.


No comments:

Post a Comment