Friday 8 September 2017

SELAMAT MENEMPUH UPSR 2017

UPSR akan bermula 11 Sep 2017 selama 4 hari.

😊  Saya doakan CALON UPSR diberi kesihatan yang baik serta diberi ketenangan untuk menjawab peperiksaan dengan baik dan mencapai kejayaan cemerlang. Aameen.


😊  Berikut tips ibubapa yang mempunyai anak yang menduduki peperiksaan...

*Perkongsian daripada Ustaz Zahazan Mohamed*

✅1. Hari exam ibubapa bangun awal, solat hajat, sahur, puasa & doakan utk mereka dan sekalian orang Islam sepanjang puasa

✅2. Banyakkan sedeqah walaupun pada binatang

✅3. Beri anak minum air zam zam atau air masak banyak

✅4. Pastikan anak mendapat tidur yang mencukupi

✅5. Amalkan doa ayat ke 74 surah al Furqan, Niatkan utk mereka agar diberikan idea, kefahaman & kelancaran dlm menjawab

✅6. Beri anak keyakinan bahawa mereka mampu lakukan yag terbaik, pesan mereka untuk baca doa sebelum memulakan jawapan, berselawat bila menghadapi kesukaran dan petua yang lain

✅7. Ingat ! Jangan sekali kali jadikan anak stres dengan permintaan yang luarbiasa, memadailah kata2 berisi doa, motivasi dan peniup semangat untuk mereka.

Antara surah yg digalakkan utk dibaca:

😊1. Surah alam nasyrah
😊2. Surah al Hasyr ayat 21-24
😊3. Surah al Rahman 1-13

Niatkan semasa membaca surah surah ini agar anak mendapat ilmu, mudah menjawab dgn cemerlang untuk semua calon PEPERIKSAAN UPSR.

No comments:

Post a Comment