Thursday 22 March 2018

ANUGERAH KECEMERLANGAN PELAJAR PPSR & PBSMR TAHUN 2017

TAHNIAH !!!

Tahniah kepada Muhammad Zikry Haikal Bin Zamri, calon tunggal daripada Sekolah Kebangsaan Kampung Baru Kuala Abang, Dungun yang menerima ANUGERAH KECEMERLANGAN PPSR TAHUN 2017 daripada YAYASAN TERENGGANU. 

Adik  Muhammad Zikry Haikal adalah satu-satunya calon yang mendapat keputusan cemerlang iaitu 6A dalam UPSR 2017 daripada 47 calon kesemuanya.

Terima kasih kepada Bonda Arzoraini binti Zahari selaku Guru Besar Sekolah Kebangsaan Kampung Baru Kuala Abang yang telah berjaya membawa kejayaan cemerlang kepada sekolah sehingga mampu melahirkan murid yang cemerlang di dalam PPSR 2017.

Ibu kepada adik Muhammad Zikry Haikal iaitu Puan Roohani Binti Deraman juga adalah seorang guru yang mengajar di Sekolah Kebangsaan Kampung Baru Kuala Abang sangat berbangga dan bertuah kerana dapat melihat segala perkembangan program yang telah dilaksanakan sepanjang tahun 2017 sehingga lahirnya seorang murid cemerlang.

Penyelaras UPSR iaitu Encik Saifulizan Ghani telah merencanakan pelbagai program demi melihat kejayaan murid-murid dalam UPSR 2017 juga sangat bersyukur kerana telah dapat melahirkan murid cemerlang pada tahun ini.

Kini. adik Muhammad Zikry Haikal bin Zamri telah berjaya menyambung pelajaran ke sekolah menengah iaitu SEKOLAH MENENGAH IMTIAZ. 

Semoga kejayaan sentiasa menjadi milik Adik Muhammad Zikry Haikal bin Zamri serta guru-guru yang mengajar beliau juga sentiasa dalam Rahmat dan keberkatan.

Amiinn. 






























No comments:

Post a Comment