Wednesday 1 August 2018

Bengkel Peningkatan Profesionalisme Guru Bahasa Inggeris Sekolah – Sekolah Negeri Terengganu – Action Oriented Task@ AOT 2018




BTPN Terengganu telah mengadakan Bengkel Peningkatan Profesionalisme Guru Bahasa Inggeris Sekolah – Sekolah Negeri Terengganu – Action Oriented Task@ AOT 2018 pada 22 Julai 2018 di PKG Seri Dungun.Bengkel diadakan bertujuan meningkatkan  pengetahuan guru – guru dalam Struktur Pembelajaran Koperatif dan untuk meningkatkan kreativiti dalam PdP yang berpusatkan pelajar dalam membantu pelaksanaan MBMMBI di sekolah – sekolah negeri Terengganu.Hampir kesemua sekolah ahli(Sekolah Rendah) Daerah Dungun hadir pada bengkel ini. Bengkel telah dikendalikan oleh Pn. Rohaida Ngah, Pegawai SISC+ Bahasa Inggeris dari PPD Marang .Bengkel ini adalah sebahagian daripada Projek TERIC 2018 dan ia ditaja sepenuhnya oleh pihak Exxonmobile.

No comments:

Post a Comment