Sunday 25 December 2016

MAKLUMAN KEMASUKAN TINGKATAN SATU KE SEKOLAH KAWALAN

JABATAN PENDIDIKAN NEGERI TERENGGANU, [25.12.16 12:09]

*PERINGATAN KETIGA-MAKLUMAN PENTING KEMASUKAN TINGKATAN SATU KE SEKOLAH KAWALAN TAHUN 2017 BAGI AMBILAN PERTAMA*

Assalamualaikum dan Salam 1Malaysia,

Adalah dimaklumkan bahawa Tarikh Tutup Semakan Pengesahan Penerimaan Tawaran dan Cetak Surat Tawaran/Dokumen adalah pada 26 Disember 2016 jam 12.00 Tengah hari.

Untuk makluman TAMBAHAN dan PENTING , Sistem SEMAKT1 telah dikemaskini dengan membuat penambaikan dari segi pengurusan supaya lebih efisien dengan menambahbaik dan menambah elemen yang baru seperti berikut :-
[PENGGUNA LEVEL - Calon UPSR 2016]
1. 22/12/2016 1330 - Pengesahan Tawaran sama ada menerima atau menolak. Sistem juga boleh mengenalpasti calon yang BELUM membuat pengesahan. Oleh itu, semakan yang dibuat sebelum pada tarikh dan masa ini, STATUS  TERIMA tidak dapat direkodkan. Untuk makluman, rekod terawal yang simpan ialah pada 22/12/2016 13:49 (Sekolah/Kelas Premier), 22/12/2016 14:10 (Sekolah ELIT) dan 22/12/2016 14:01(SMKA). Calon yang telah MENOLAK tawaran tidak perlu ambil tindakan, tetapi digalakkan untuk membuat semakan kali KEDUA kerana mesej penolakan akan dipaparkan .

2. 24/12/2016 1630 - Penambbaikan dibuat dengan semua calon yang MENERIMA tawaran sebelum ini, membuat SEMAKAN dan PENGESAHAN semula kerana sistem akan mengeluarkan MESEJ status PENGESAHAN. Calon yang telah MENOLAK tawaran tidak perlu ambil tindakan, tetapi digalakkan untuk membuat semakan kali KEDUA kerana mesej penolakan akan dipaparkan .

[PENGGUNA LEVEL - Urusetia JPNT ]
1.  24/12/2016 2000 - Statistik Pengesahan Tawaran telah disiapkan untuk membuat pemantauan dari semasa ke semasa bagi tujuan HEBAHAN SEMAKAN dan persediaan untuk Ambilan KEDUA. Calon yang tersilap TOLAK tawaran akan diRESET kembali dengan hubungi URUSETIA terlebih dahulu sebagai pengesahan.

2. 31/12/2016 - PEMANTAUAN Status Pendaftaran/Lapor Diri Calon akan dikemaskini oleh Urusetia Sekolah Kawalan pada hari pendaftran murid Tingkatan 1 yang bermula 31/12/2016. Status ini amat penting kepada Urusetia JPNT untuk membuat perancangan untuk Ambilan yang seterusnya.

[PENGGUNA LEVEL - Level Guru Besar (ID dan KataLaluan Pengguna seperti yang diemailkan)]
1. 26/12/2016 (Jangkaan) -  Akan dikemaskini semakan dan pemantauan untuk Statistik Murid mengikut status pengesahan. Pihak sekolah akan boleh membantu menghubungi Penjaga untuk mengambil tindakan bagi calon yang BELUM membuat pengesahan. Maklumat peribadi murid akan dipaparkan seperti nama penjaga dan No HP bergantung kepada sumber data yang ada.
2. Minggu Ke3 Januari 2017 (Jangkaan) - Akan dikemaskini Statistik Calon UPSR 2016 Penempatan Tingkatan 1 Semua Jenis Sekolah (Termasuk SABK, IMTIAZ dan SBP bergantung dengan perkongsian data).

[Level Pengetua Sekolah Kawalan (ID dan KataLaluan Pengguna seperti yang diemailkan)]
1.  26/12/2016 (Jangkaan) -  Akan dikemaskini semakan dan pemantauan untuk Statistik Murid mengikut status pengesahan.

2. 28/12/2016 (Jangkaan) - PERCUBAAN Pengisian Status Pendaftaran/Lapor Diri Calon akan dikemaskini oleh Urusetia Sekolah Kawalan sebagai PERSEDIAAN pada Hari Pendaftran Murid Tingkatan 1 yang bermula 31/12/2016.

3. 31/12/2016 - Pengisian Status Pendaftaran/Lapor Diri Calon akan dikemaskini oleh Urusetia Sekolah Kawalan pada hari pendaftran murid Tingkatan 1 yang bermula 31/12/2016. Status ini amat penting kepada Urusetia JPNT untuk membuat perancangan untuk Ambilan yang seterusnya.

[SEMUA LEVEL PENGGUNA ]
1. 24/12/2016 - Telah dikemaskini sistem dengan merekodkan BILANGAN KEKERAPAN login, tarikh dan masa serta IP Address yang terakhir pada setiap kali login. Ini sebagai rekod pemantauan Urusetia JPNT.

Sila klik pada pautan di bawah untuk semakan.

Pautan SEMAKT1 (Calon/Penjaga)  :- http://jpnterengganu.moe.gov.my/apps/semakt1
Pautan PENTADBIRSEMAKT1(Guru Besar/Pengetua Sekolah Kawalan/Urusetia JPNT)  :- http://jpnterengganu.moe.gov.my/apps/pentadbirsemakt1

Sebarang cadangan dan komen kepada sistem ini, sila email ke faisal.jusoh@moe.gov.my .

JABATAN PENDIDIKAN NEGERI TERENGGANU, [25.12.16 14:06]
...sambungan
Sehubungan dengan itu, mohon kerjasama daripada semua calon dan penjaga untuk membuat semakan dan membuat pengesahan tawaran sama ada menerima atau menolak tawaran sebelum tarikh tutup ini.
Calon-calon yang mendapat tawaran tetapi tidak membuat sebarang pengesahan sehingga tarikh tutup ini dianggap telah menolak tawaran tersebut dan tempatnya akan diisi dengan calon yang lain bagi Ambilan Kedua. Pengesahan ini amat penting untuk proses penawaran Ambilan Kedua.

Sebarang pertanyaan kepada Urusetia, sila hubungi :-
*Sekolah ELIT dan Premier*
 - Puan Siti Rohaya binti Mohd Nor di talian 09-6213128
 - Puan Nazeelah binti Othman di talian 09-6213239          
*SMKA*
 - Puan Azizah Ibrahim di talian 09-6213365

Sekian, harap maklum dan terima kasih kerana membuat hebahan perkongsian ini.

No comments:

Post a Comment