Tuesday 7 February 2017

KEJOHANAN BOLA TAMPAR BAWAH 12 TAHUN MSSD 2017

Tahniah kepada Pasukan Bola Tampar Sekolah Kebangsaan Kampung Baru Kuala Abang kerana telah mendapat tempat ketiga bersama dengan Sk Paka II. Manakala Johan adalah SK Seri Paka dan Naib Johan pula adalah SK Sura.

Kejohanan ini telah berlangsung pada 6 Feb -7 Feb 2017 bagi L12 bertempat di Dewan UITM Dungun.

Jurulatih hebat Pasukan Bola Tampar SKKB adalah En Saifulizan bin Ghani dan Rohani Deraman, turut dibantu oleh En Suhaimi Mat Hassan (PKKO), En Bahaman Mohamed Nor dan En Suri Sham bin Mamat telah memulakan latihan pada sebelah petang iaitu selepas berakhirnya kelas Kafa.

Bakat dan minat yang ada pada semua pemain memudahkan barisan jurulatih menjalankan latihan kepada mereka tanpa rasa jemu dan dengan penuh semangat.

Tahniah dan anda semua adalah terbaik.

Kejayaan yang datang adalah hasil dari usaha yang luar biasa.





































No comments:

Post a Comment