Thursday 23 February 2017

PROGRAM TEMU MURNI IBUBAPA MURID TAHUN 6 2017

PROGRAM TEMU MURNI IBUBAPA MURID TAHUN 6
SK KG BARU KUALA ABANG 2017


KHAMIS (23 Feb 2017)
11:00 Pagi
Makmal Komputer Skkb Dungun

Terima Kasih kepada para ibubapa murid tahun 6 kerana telah meluangkan masa bersama anak-anak dalam Program Temu Murni bagi melaksanakan :

- Pengisytiharan Murid Target 2017.
- Program UPSR sepanjang tahun 2017.
- Mengetahui perkembangan kemajuan prestasi pembelajaran anak-anak.

Penghargaan kepada En Hamdan Farhan @ Encik Hamdan bin Muda NYDP PIBG kerana bersama memberi sokongan sepanjang program tadi.

Kesungguhan Bonda Arzoraini Zahari, Guru Besar Skkb Dungun bersama En Saifulizan Ghani Penyelaras UPSR dan Barisan Guru Tahun 6 dalam melaksanakan program kecemerlangan UPSR 2017 pasti akan membuahkan kejayaan kepada semua.

Kami barisan guru SKKB sentiasa mendoakan kejayaan kita semua dan amat mengharapkan sokongan daripada para ibubapa untuk bersama membantu anak-anak di rumah.

"Kekitaan Yang Erat Tiada Yang Berat"
"Semarakkan Kejayaan Kerja Bergandingan"


































No comments:

Post a Comment