Saturday 18 March 2017

PROGRAM GURU PENYAYANG

Guru penyayang seharusnya menjiwai bahawa murid mereka merupakan aset penting yang perlu diberi perhatian, dijaga, dibimbing, dihargai kewujudannya dan disayangi setiap masa. Justeru, adalah diharapka setiap guru menghayati konsep guru penyayang selaras dengan objektif pelaksanaan Amalan Guru Penyayang seperti berikut:
1. Menjiwai amalan penyayang sebagai budaya guru;
2. Menginsafi bahawa kehadiran murid merupakan rahmat kepada sekolah;
3. Menyedari bahawa setiap murid adalah aset kepada sekolah; dan
4. Menghargai sumbangan murid, ibu bapa, komuniti/masyarakat kepada sekolah.
Amalan Guru Penyayang hendaklah dilaksanakan secara berterusan agar menjadi budaya guru di sekolah. Bagi fasa pertama pelaksanaanya, sekolah hendaklah melaksanakan tiga aktiviti berikut:
a. mengalu-alukan kehadiran murid
b. memberi penghargaan kepada murid
c. program mentor mentee
Sehubungan dengan itu, semua sekolah hendaklah merancang strategi pelaksanaanya di peringkat sekolah masing-masing. Aktiviti ‘Mengalu-alukan Kehadiran Murid‘ dan aktiviti ‘Memberi Penghargaan Kepada Murid‘ berjalan seiringan.
Image result for PROGRAM GURU PENYAYANG






No comments:

Post a Comment