Thursday 9 March 2017

SKPMg2 - Standard Kualiti Pendidikan Malaysia Gelombang 2

SKPMg2 ataupun Standard Kualiti Pendidikan Malaysia Gelombang 2 adalah merupakan penggubalan semula SKPM 2010 dengan beberapa penambahbaikan hasil daripada beberapa siri kajian dan mesyuarat. Penambahbaikan kepada SKPMg2 adalah bertujuan untuk meningkatkan kualiti dan juga menyesuaikan SKPM dengan perkembangan pendidikan semasa.


SKPMg2 - Standard Kualiti Pendidikan Malaysia Gelombang 2
SKPMg2 Standard Kualiti Pendidikan Malaysia Gelombang 2

Draf SKPMg2 yang dikeluarkan pada 13 September 2016 oleh Jemaah Nazir dan Jaminan Kualiti ini merupakan piawai yang digunakan bagi menentukan  tahap pencapaian kualiti pendidikan mencakupi beberapa bidang seperti kepimpinan, pengurusan organisasi, pengurusan kurikulum, kokurikulum dan hal ehwal murid, pembelajaran dan pemudahcaraan dan kemenjadian murid.Download



Standard 1 : Kepimpinan

Pengetua / Guru Besar (PGB) berperanan sebagai pemimpin berimpak tinggi yang berupaya menggembleng dan menggerakkan warga sekolah secara bersepadu untuk memajukan sekolah dan meningkatkan kualiti pdp. Download

PGB sebagai Peneraju

PGB sebagai Pembimbing
PGB sebagai Pendorong



Standard 2 : Pengurusan Organisasi

Organisasi sekolah diurus secara cekap dengan mengambil kira potensi dan keperluan warga sekolah, kemudahan sumber dalaman dan luaran untuk meningkatkan keberkesanan pengoperasian sekolah. Download

Pengurusan Sumber Manusia

Pengurusan Aset
Pengurusan Kewangan
Pengurusan Sumber Pendidikan
Iklim
Pengurusan Perpaduan
Permuafakatan Strategik


Standard 3 : Pengurusan Kurikulum, Kokurikulum dan Hal Ehwal Murid

Bidang kurikulum, kokurikulum dan hal ehwal murid diurus secara cekap dan berkesan untuk melahirkan murid yang seimbang dari segi intelek, rohani, emosi, jasmani dan sosial selaras dengan halatuju sekolah. 

Kurikulum Download

Ketetapan Pelaksanaan Kurikulum
Pengurusan Mata Pelajaran
Pengurusan Masa Instruksional
Pengurusan Penilaian Murid

Kokurikulum Download

Ketetapan Pelaksanaan Kokurikulum
Pengurusan Kelab / Persatuan
Pengurusan Badan Beruniform
Pengurusan Sukan / Permainan
Pengurusan Program Kecemerlangan Kokurikulum
Pengurusan Sukan Untuk Semua
Pengurusan Pentaksiran Kokurikulum

Hal Ehwal Murid Download

Ketetapan Pelaksanaan Hal Ehwal Murid
Pengurusan Disiplin Murid
Pengurusan Keselamatan Murid
Pengurusan Kesihatan Murid
Pengurusan Bantuan Pelajaran Murid
Pengurusan Perkhidmatan Bimbingan dan Kaunseling



Standard 4 : Pembelajaran dan Pemudahcaraan

Guru berperanan sebagai pemudah cara dalam pembelajaran dan pengajaran yang berkesan untuk memperkembangkan potensi murid secara menyeluruh dan pencapaian murid pada tahap optimum secara berterusan. Download

Guru Sebagai Perancang

Guru Sebagai Pengawal
Guru Sebagai Pembimbing
Guru Sebagai Pendorong
Guru sebagai Penilai
Murid sebagai Pembelajar Aktif

EXTRA INFO : Standard 4 SKPMg2 : Pembelajaran dan Pemudahcaraan




Standard 5 : Kemenjadian Murid

Murid yang dididik secara holistik dalam pengurusan sekolah yang cekap berupaya mencapai potensi diri yang sepenuhnya dalam penguasaan pengetahuan, dan kemahiran,  berketrampilan, berakhlak mulia, bertanggungjawab dan berkeupayaan mencapai kesejahteraan diri. Download

Kemenjadian Murid Dalam Akademik

Kemenjadian Murid Dalam Kokurikulum
Kemenjadian Sahsiah Murid 


No comments:

Post a Comment